Wednesday, 19 March 2008

Many missed call

I ni org yg suka bercakap kat tepon (kalau I tak bz la). Tapi suka2 pun telinga I hanya boleh bertahan selama paling lama pun sejam. Lebih dari tu, mmg I akan mengalami masalah telinga kepanasan. Tak kisah la org tu kekasih ke, darikasih ke.. kalau telinga dah dah panas. Mmg I akan mintak izin untuk berhenti dari bercakap.

Lagi la skrg ni bila guna henpon, lagi cepat panas telinga I. Bila dah panas mula lah keluar bunyik2 seperti.. 'Ha?' 'Apa?'... hehehe. Tapi kadang-kadang tu baru je cakap hello dah keluar 'ha?'. hehehe.. kan kan? Hai la henpon, kenapa la kau tak sejuk. Skrg ni, I tak boleh la bayangkan hidup sebagai pekerja ni tanpa henpon. Musti cam weird rasanya. Hidup henpon!!

Tapi satu je masalah henpon ni yg I rasa sedikit men'tak best' kan kehidupan. Ini adalah kehadiran manusia2 yg rajin bagi miss call bertalu2. Kalau miss call tu berlaku sbb tak sempat nak angkat tepon takpe la jugak. Ini baru henpon tu berbunyik setoet, dah abih. Tiga saat pastu bunyik lagi. I punya pesen, kalau dapat miss call dr no tah pape tah, toksah la harap I nak call balik. Buat perabih duit I aje. Baik I call mama I lagi best. Dapat gak pahala..:-)

Setakat ni dua nombor yg mmg komfem I akan call balik kalau dpt miss call setoet hanyalah parents I dan jugak partner I. Tapi kalau yg I tak sempat nak angkat tu, I call la balik. Kot2 ada hal penting ke, ada nak bagi hadiah ke, peminat ke... Sekali lagi diingatkan, I ni suka borak dlm tepon... terutamanya kalau panggilan tu percuma. Bahagia tauu!!

Toksah la Miss Call.Maka di sini I nak nasihatkan kat sesapa yg suka main2 tepon buat miss call tu, tak menjadi utk I skrg ni. Tapi tu la, kengkadang ada org yg rasa nak cakap lelama, tapi takde kredit, tu yg duk buat miss call tu.. mengharap la kononnya.

Kalau camtu mehla I bagi tips sket, buat cenggini yea kengkawan:

1. mula2 call la org yg dirindui tu

2. bila dia dah angkat, cakap la dgn nada yg baik.."awak boleh call saya balik tak? kredit saya dah nak abis, tapi saya rindu... boleh ye wak?"

3. Pastu letak tipon cecepat.

kemudian tunggu la jawapan...

Sekiranya dia call balik; itu tandanya dia rindu jugak.Tapi sekiranya dia tak call2 setelah sepelaung anda menunggu, itu anda bolehlah buat spekulasi sebegini:
  • kredit member tu dah tarak
  • org tu takleh call pasal tgh sibuk
  • dia tak rindu pun kat anda
  • anda sebenarnya ter call org lain
OK, next time, I bagi tips camna nak berborak dlm tepon sambil tido... orait? Jom kita balik!

2 comments:

Anonymous said...

wahhh... dah pakai post-paid pon x nk call balik ke? hehehe...

tapi oya tau kalu oya miss call mesti ira tepon balik kan? =p

Syiera said...

halaa....saper yg call tu..org tula nak bckp dgn kita...so diala yg kena call..:)