Wednesday, 30 July 2008

Sampin Songket


Hari sabtu lepas, pagi2 lagi papa dah kejut…suruh I bersiap. Terkejut jugak, bersiap nak pegi mana? Tp, waktu tu baru pukul 7.00am. Tp memang nak bangun dah pun time tu. As usual, cuci kain, pergi pasar, buat breakfast, kemas rumah..etc..etc.. Bangun pagi2 ni senang, nak buat apa pun senang…boleh rehat panjang. Dalam pukul 10 lebih I & Papa dah keluar rumah.

Arah ke Jalan TAR...tujuan sebenarnya adalah untuk mencari kain Sampin Songket. Dan ini adalah hasilnya (tengok gambar kat bawah tu). Berapa harga kesemuanya ni? Habis dalam RM1k++ jugakla...:) So, bolehla agak-agak...berapa harga sehelai tu.. :) :D

Tak rugi beli kain songket ni, sebab boleh guna hingga ke anak cucu. Lagi lama kita simpan, lagi tinggi valuenya. Bergantung jugak cara pemakaian dan penyimpanan songket tersebut. Kalau kita ni cermat, tak selalu bagi pinjam kat orang, orang yg meminjam tu pun pandai menjaga harta orang, tertib pemakaian.....i’m sure songket ni boleh tahan lama.

Penjagaan songket juga harus dititik beratkan. Songket seharusnya digulung semasa disimpan dan tidak dipegang dengan tangan yang kotor. Ia perlu dibersihkan secara minimum dan tidak dijemur di bawah matahari yang cerah.

Setakat ni, dalam simpanan Papa ada 30 helai kain songket…banyak tuuu….:) Macam-macam jenis corak, macam-macam jenis benang, macam-macam jenis material, to him its a sentimental value yang ada nilai commercial. Hahahaha…ada ke? Eemm…ntahla.

Yang paling bernilai, ialah songket dari pemberian Tuanku Sultan Kedah. Ia merupakan hadiah perkahwinan my parents. Ditenun dengan benang emas dan perak, disulam ke dalam garisan antara benang-benang sutera dan kapas pada kain. Ianya sangat eksklusif di kalangan raja-raja Melayu pada zaman dahulu. Kalau tak salah songket tu dah menjangkau 45 tahun. My parents pun dah 45 tahun anniversary this coming December :)







10 comments:

Anonymous said...

erm...banyaknya sampin..nak wat pe tue?? untuk anak2 lelaki ur papa kot...

Syiera said...

hehehe...byk ek?? tula..for my dad's personal collections..his hobby

Anonymous said...

sampin nie..kalau kena bunga dia..kaler dia..mmg cantik...klasik...anyway gud collections.. send my regards to your papa ;-)

Syiera said...

iyer betul tu iza...mmg cantik & klasik..tp kena pandai pilih la..my dad prefer sampin yg different from other ppl, tu yg payah nak cari tu..:)

Anonymous said...

exactly...nak dpt yg eksklusif tue bkn senang..my arwah dad dulu pun byk koleksi sampin tp x tau la mana p nya..

btw, i njoy reading your blog..u r a good writer indeed...keep up d gud work girl ;-)

Syiera said...

thanks iza sbb sudi singgah baca blog i nih. yg tak tahan tu u tulis..'good writer' addooii...good tang mana tu pun x taulah iza :) :D

Anonymous said...

bole hntq p muzium... priceless!!!

Syiera said...

good old fren - dari i hantar kt muzium...baik we all adik bradik simpan smp bila-bila..it's family's personal collections it's not meant to publish to publics.

Syiera said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

amboi, melawak pun x bleh kaaa....