Alhamdulillah, sehari selepas kita menyambut Merdeka, kita terus menyambut Ramadan. Macam satu keberkatan pulak saya rasa, bulan merdeka di bulan mulia ni. InsyaAllah, kali ni azam untuk menambahkan amal ibadat akan saya buat dengan sebaik mungkin. Hari pertama saya terawih tiba-tiba rasa sebak pulak, sebab cepatnya rasa Ramadan datang kali ni.. Ramadan 2006 ada kenangan pahit...tahun 2007 ada kenangan manis dan pahit... kali ni saya tunggu apa pulak dugaan Allah untuk saya. Alhamdulillah, dugaan lepas-lepas dapat I tempuh, kalau tak takde nya sampai ke 2008 ni... tapi yang penting setiap dugaan yang Allah berikan pada kita adalah untuk mematangkan setiap umatNya..dan menyedarkan kita, dugaan tu sikit ajer...ada lagi orang lain yang lebih teruk daripada apa yang kita alami.
Nila routine saya seharian sepanjang bulan puasa ni. Tu kalau on weekdays, weekend lain pulak ceritanya. Buat sementara waktu ni, biarla saya cerita xtvt on weekdays aje dulu k.
4.15 - 4.30am
Dah bangun untuk sediakan makan bersahur. Selalunya panaskan lauk semalam ajer, sbb masih elok lagi. Tak sanggup eh' nak masak fresh tengah2 pagi buta tu. Kena bangun sendirila.... saya ni tak ada maid, semuanya kena buat sendiri. Panaskan air, buat coffee untuk papa and milo for myself. Kadang tu kalau tak makan nasi cuma makan roti dengan serunding ke, dengan butter jam ke, dengan peanut butter ke or cornflakes ke. Ikutla mana dan.
5.30am
Dah kena bangun untuk bersiap pergi kerja. Ambbooii..awalnya bangun. Ada yang masih atas katil tidur lagi kan time ni..Tula...semenjak dua menjak komuter ni bermasalah, untuk elak dari sampai office AFTER 8.30am. Kenala ada motivasi diri untuk improve diri sendiri dengan pergi awal ke tempat kerja..walaupun dengan hati yang amat berat dan mata masih mengantuk. Baju dah gosok malam semalam. Mandi, solat, mekap, jalan kaki ke komuter station.
6.30am
Dah keluar rumah jalan kaki ke komuter station. Saya tak drive masa bulan puasa ni. Only kalau ada mana2 invitation barula saya bawa kereta...if not simpan ajerla dlm show room tu. Lagi satu nak jimat cost sebenarnya. Dan kereta pun akan tahan lebih lama dan berkeadaan tip-top dan bersih sentiasa. :) :D Fuel/tol/parking mahal weeiihhh...:( Orang kaya ajer drive to office hari-hari...Or to certain people yang ada source to the other half..haa..tu bolehla drive hari-hari...unlike me...saya ni segala-galanya sdn bhd.
6.50am
Komuter sampai. Early in the morning ni pun dah ramai orang yang tunggu komuter nih..nak kata padat tu..tak jugakla...tapi bagi saya yang berbadan slim ni boleh masuk dan mencelah-celah ke ruang yang lebih dalam dan kebelakang dan berdiri dengan lebih selesa dalam coach tu. Tak sanggup nak berdiri kat depan pintu komuter tu, sebabnya nnt sampai kat Segambut, rebut2 dgn berasak-rasak pula dgn Indon, Bangla, ntah mana-mana lagi negeri, plus dgn bau tak mandinya..completela adour dalam tu.
7.10am
Sampai KL Sentral...menapak ke 1 Sentral.
7.20am
Sampai office...tak terus masuk office singgah dulu ke surau take a nap.
8.15am
Baru turun ke 9th floor.
8.30 - 1.00pm
Start buat kerja sampai break
1.00 - 2.00pm
Break.
Sama ada tidur or hantar email kat family members, friends or update blog kalau rajin dan ada topik or jalan2 ke KL Sentral pegi bank bayar hutang2. Saya tak solat time ni, sbb ramai sungguh manusia waktu ni duk tidur kat surau tu. Kalau depa tak tidur, depa duk bising sembang-sembang. Saya tak suka bising-bising nih..lemas. Selalunya saya solat pukul 3++...masa tu cukup selesa, tenang, dan aman damai, free tanpa gangguan.
2.00 - 5.00pm
Start buat kerja semula.
5.00pm
Keluar office sharp!! no time to waste. Menapak ke KL Sentral.
5.15pm
Komuter ke Rawang sampai. So far, belum pernah delayla lagi...Alhamdulillah.
5.30 - 5.40pm
Jalan kaki dari Kepong station hingga ke rumah. Dah sampai rumah. Solat Asar kejap. Pehtu keluar semula beli juadah untuk berbuka puasa. Kali ni saya kena bawa keretala...xkan nak menapak jugak kot...agak-agakla.
6.00pm
Keluar beli juadah berbuka puasa. 2 tempat yang selalu I pegi, sama ada kat Bandar Menjalara or Bandar Sri Damansara. Nak harap kat Maluri Hill Garden tu...heemm...hampeh!!
Tak ada mender pun yang boleh dibeli kat situ. Nasiblah ada bandar-bandar tersebut. Harga? Heemm..knowing KL ni, mana ada harga yang murah. Kuih2 pun paling murah 4 kupang. Kadang beli 2 3 jenis aje sama ada karipap pusing or cucuq badak or pulut panggang. Kalau nak lain sikit beli cucuq udang..max is 4. Bujet untuk kuih is RM2.40 sahaja. Not more. Enough tak boleh nak membazir. Lauk pun beli 3 jenis aje. Nasi dah masak kat rumah. Total harga RM10.00..termasuk kuih. Kadang tu terlebih 2 3 ringgit. Banyak duit nak pakai lagi nih, summore nak balik kampung, travelling expenses, north south (toll/fuel), duit raya to nephews and nieces dan tak lupa juga insurance roadtax pun expired!!! Hampeh laaa...:( Memang wrong timing betul...:( :(
6.45 - 7.00pm
Sampai rumah. Lamanyaaa!! Mau tak lama, nak cari parking lagi, kalau tak ada parking, dah kena pusing another round or buat U turn, kalau ada orang tunggu dalam kereta tu lainla cerita rite? Ni saya pegi sorang-sorang. Pehtu nak cari juadah lagi, nak beratur beli kuih lagi, nak beratur bayar lagi, nak redah jam kat Kepong lagi, semenjak mrr2 tu tutup semua jalan jam!! nak redah traffic lights lagi, pehtu, ada pulak pesanan penaja pesan beli itu ini kat kedai runcit, dah alang2 dah keluar tu sekali harungla...mau tak laamaa....ingat tak penat ke??? Penat tauuu.
7.00 - 7.17pm
Siap meja makan pulak. Hidang segala-gala juadah tadi, buat air Sunquik...memang I tak beli la segala air tebu ke, air soya ke, air mata kucing ke, air cincau ke...mmg tak beli la. Cuma minum orange Sunquik..:) :D Buat 1 jag tu....tahan sampai tengah malam or esok pagi. Kadang-kadang tu papa bangun tengah malam tengok tv solat terawih...boleh minum lagi. Kalau beli air yg dijual tu. Habis time-time buka puasa pehtu...melopong..:) :D
7.45 - 8.30pm
Kemas meja, simpan lauk-lauk dlm fridge. Kemas dapur..etc..etc... Mandi, solat maghrib...pehtu bersiap ke surau untuk solat terawih. So far alhamdulillah...tak tinggal lagi..huhuhuhu. Nak kena buat amal ibadat lebih sikit bulan ramadhan nih..heh..heh...heh. I pergi seorang diri...I ni kan lone ranger...sorang-sorang pun I OK.
8.45 - 9.45pm
Solat terawih. Kat surau sini cuma buat 8 rakaat ajer. Dah tu ayat-ayat cuma ayat pendek dan ringkas ajer. Saya suka. Selalunya memang saya TAK tunggu more. Sebabnya...malasla nak bersembang dengan makcik-makcik or chekak-chekak at surau tu.....tak suka depa duk tanya itu ini...bosannn. Lantak la depa nak kata saya sombong ke apa...as for me yg penting ibadat saya pada Allah.
10.00 - 11.00pm
Masa ni la, baru nak berehat. Bukan rehat apa sangat pun...sambil-sambil tengok tv tu...iron baju kerja untuk esok. Sembang-sembang isu semasa dgn papa..or bergaduh ke dgn papa....ni bergaduh manja tauu.....bukan bergaduh tumbuk-tumbuk tu...:) :D Bila dah selesai tu, makan 2nd round pulak makan biskut2 ke, kuih yg beli tadi tu ke, masak maggie goreng ke, goreng scamble egg ke, goreng nugget ke...apa-apa ajerla :) :D
Itu sajerlah saya nak mengomel hari ni. Blog saya ni pun bukan ada sapa pun yang nak baca..mcm bosan aje, sbb tak menarik sangat pun. Tulis ni pun just for fun and during my spare time. So, share ajerla cerita-ceriti saya ni untuk tatapan kawan-kawan..:)
Selamat menyambut kehadiran Ramdhan Al-Mubarak. Semoga puasa kita kali ni akan semakin bertambah pahalanya. Andai ada salah & silap, saya mohon maaf zahir & batin. Ingat jangan berlebih-lebihan ketika berbelanja dibazaar ramadhan nanti ya.
7 comments:
1. "I pergi seorang diri...I ni kan lone ranger...sorang-sorang pun I OK." - Ayat power
2. "or bergaduh ke dgn papa....ni bergaduh manja tauu.....bukan bergaduh tumbuk-tumbuk tu...:)" - Kelakar la Ira nih...
Selamat Meneruskan Puasa & Selamat Hari Raya =)
Hi Shira.., pegi sorang2 diri jaga2tau. Sekarang ni macam2 yg x di ingini boleh terjadi. Selamat menjalani Ibadah Puasa..
ms rhb -
hehehe..kelakar ke? xderla..tiba-tiba ajer ayat tu keluar dalam kepala terusla type..:)
Selamat Berpuasa 2 u 2 :)
anonymous -
Hi, ok, insyaAllah saya sentiasa beringat walaupun dimana saya berada.
Thx.
Selamat Berpuasa 2 u 2 :)
Hi Iera, I noticed fr ur writing, u r very close with ur dad kan? seronok dpt posa sama2 dorang kan? tp mana mama u? take very gud care of ur parents k.. tue la..in the end kan..selalunya anak pempuan jugak yg jaga org tua :)
so, raya nie balik alor star ke dik?
salam ira ira..
akak tak nampak pun ira tulis pasal your mama, dia kat kg ke?
iza & umi ameer -
Mama saya ada, cuma keadaan dia sekarang tak berapa sihat. Dia sakit dah almost 8 years. So far, alhamdulillah dia sihat. Cuma keadaan dia tak seperti kita ni. Terima kasih kerana bertanya. Yelah..saya pun tak bercerita banyak mengenai mama saya kan..:)
InsyaAllah saya akan balik ke Alor Setar untuk berhari raya..dan iyer..saya balik sekeluarga. Nnt tengokla blog raya pulak..:)
hmmm... x sabar nak tunggu blog raya iera...sure byk cerita..take gud care of your mama..
Post a Comment