Monday, 29 September 2008

Selamat Balik ke Kampung

Saya nak minta maaf, sebab saya dah lama tak update blog ni. Nak kata banyak kerja tak jugak tp, kerja tu tetap ada.

Hari ni saya boleh update blog, coz not in the mood nak kerja..mood balik kampung, hati pun dah kat kampung dah sekarang ni. Lagi pun bos pun buat kerja sendiri, depa pun faham, tak mahu nak ganggu secretary depa nih. So, secretary dia agak kekurangan kerja sambil melayan lagu-lagu raya. Haaihh...syahdu sungguh lagu raya ni, tak sabar nak balik kampung ni. Kawan saya siap burn to CD lagu-lagu ni, so that boleh dengar while driving balik kampung besok ni..hehehehe.

Nak bagitahu ni, dalam family saya, saya yang paling last sampai Alor Setar tu :( Nak buat macamana, saya kerja lagi 29 & 30/9/08 tu. Sedeynyaaa...huhuhuhu

Macamana persiapan raya saya tahun ni? As for me kt sini, nothing much. Biasa-biasa aje, just ala kadar dan tidak membazir, tidak berlebih-lebih, as simple as possible.

Last week & a week before, dah basuh semua curtain, kusyen cover, segala2 table cloths living room and dining room. Dah ganti pun siap-siap. Last week memang minggu mengemas rumah. Kipas habuk berkumpul pun dah buang, panjat guna tangga tau...punyala tinggi siling rumah tu. Pehtu chandeliar pun kena cuci juga. Sebijik-sebijik crystals kena keluarkan pehtu basuh..pehtu sangkut balik, pehtu silap pulak tempat gantungnya tu, keluarkan semula…addoii..payah betul..bila dah bersih barula shining..'blink..blink' :D Segala-gala frame/piring gambar pun dah lap, frame dinding ayat Al-Quran pun dah lap. Nak kena angkut bawa turun dari dinding baru boleh lap, kalau tak sure ada habuk yang masih bersisa kat tepi-tepi ukiran frame tu. Rasa macam ada lagi habuk yang masih terlekat :( Nak kena buat lain lepas balik dari kampong nnt. Semalam mengemas rumah, addooii..tak laratla. Penat :(

Tu tak termasuk pokok2 bunga kat luar tu lagi. Habisla mati pokok2 tu, sebab kami balik kampung tak ada orang nak menjaganya. Kena minta jiran sebelah rumah tolong siram, tu pun kalau depa tak pegi mana-mana. Dibuatnya, depa pun pegi holiday jugak...alamatnya pokok tu tinggal ranting ajela. Bukan banyak sangat pun, banyak dengan pokok bunga kertas, pokok bunga melor & pokok bunga raya. Yang lain-lain tu pokok biasa2 aje. Last weekend jugak, pakcik khalid ni datang potong rumput. Memang sebulan sekali dia akan datang rumah potong rumput. So, dia dah siap sapu, kemas, buang daun-daun yg dah mati siap susun pasu-pasu bunga tu elok-elok tepi rumah jiran saya, so that senangla nanti jiran saya tu nak tolong siram pokok-pokok tu :)

Tu cerita bab rumah, tu tak habis lagi cerita bab rumah, tak termasuk cerita pinggan mangkuk, sudu garpu, gelas lagi, dapur, bilik air, guest room, my room and my parents room, baju raya, duit raya, kuih raya, haa..byk tu. Cukup2la tu...nnt boring pulak.

Hari Sabtu lepas pegi service kereta. Bukan service apa pun, just to check tyre, engine oil, oil filter, battery water..etc...etc..etc. Lagi pun last month dah service. Susah hati saya kalau keadaan kereta tu tak tip-top...sebab travel malam, late at night pulak tu, pehtu bawa my parents sekali. Nasib Abg Faiz pun balik jugak dgn family dia, kami convoi..2 kereta. Ohhh..yea...saya akan bertolak balik ke Alor Setar pada malam raya tu. Mungkin lepas bebuka puasa kami bertolak. Every year memang macam ni, suka balik malam raya. Iyerr...saya tahu, jalan mesti jem. Tp, balik malam2 ni lagi best, sambil dengar lagu raya while driving....bestnya..:)

Penat tu memang penatla, dah siang tu kerja, malam nak travel up north pulak. Tp, sape yang tak tahan penat tu sure akan membebel2 mulut tu kan. Bising aje mulut mengomel. Tp, saya dah biasa travel long distance ni, dan bawa kereta sorang-sorang tak tukar driver, tak ada masalah pada saya ni. Tapi kalau ada driver yg boleh tolong tukar tu best jugakla kan. Tp, keadaan tak mengizinkan...redha ajerla :)

Baru-baru ni saya pegi Ikea beli hadiah untuk balik kampung. Mesti you all pelik, kenapa pulak saya nak beli hadiah bawa balik kampung. Sebabnya, ni nk cerita ni, every alternate years, kami whole family akan berkumpul anak, menantu, cucu semua di Alor Setar. Kami akan bertukar-tukar hadiah. Dah jadi macam acara tahunanla pulak. Every each one of us kena bawa 1 hadiah. So, saya ni bertiga, papa, mama & saya..kena bawa 3 hadiah. Maknanya, hari tu saya pegi Ikea, saya beli 3 hadiah. Pegi sana sorang-sorang aje. Pagi pukul 10am dah sampai kt Ikea. Parking kereta pun dekat dengan pintu senang tak jalan jauh. I can take my own sweet time mingle around dlm tu, tanpa gangguan. I like it very much!! Apa yg saya beli? Tunggu blog raya besok naa…:)

Abang Faiz, 4 orang, kena bawa 4 hadiah. Tak kisahla berapa harganya pun..no limit. It’s just for fun, mcm family gathering sebab bukan senang nak berkumpul kami semua sekeluarga. Tp, yang pasti setiap 2 tahun sekali insyaAllah kami semua dapatla berkumpul ramai-ramai.

Bila kami boleh buka hadiah masing-masing ni? Selalunya malam hari raya tu...lepas semua saudara mara dah balik, dan confirm dah tak ada guest yang akan datang lagi ke rumah kami. Masa tu baru privacy. 1st raya paling havoc..paling ramai sedara mara dtg on the 1st day tu. Tak terlayan pun iyer jugak. Routine beraya kunjung mengunjung iratkan silaturrahim :) Yg penatnya tn rumah. Tak dan kering tangan cuci pinggan dah sampai lagi 1 family or maybe more. Gitula raya kt sana.

Kat sana nanti, tak tahula sama ada you all nak percaya ke tidak. Total family saya semua is 33 orang. Termasuk 2 orang servant. Kereta 9 buah. Memang padatla rumah saya besok ni..:) Orang ingat ada kenduri kahwin ke, kenduri bertunang ke..sbb memang byk sungguh penghuni rumah kt sana. Tempat tidur kat mana? Haa..tu jgn ceritala…..biarla kami sekeluarga aje yang tahu..:)

Kawan-kawan yang diingati sekalian, saya doakan semoga perjalanan kawan-kawan ke kampung halaman berjalan lancar & selamat. Sekali lagi, berhati-hati di jalanraya, please be extra carefull, jangan berlumba-lumba ingat tu...biar lambat asalkan selamat. Oopsss....another thing, jangan lupa penumpang yang duduk kat seat belakang tu, make sure pakai seat belt jugak tauu…penting tu.:)

Mungkin ini blog saya yang terakhir pada bulan Ramadan ni. InsyaAllah nnt lepas balik dari kampung, kita sembang bab suasana berhari raya di kampung berserta dengan gambar-gambar family maybe.

Sekali lagi saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, zahir & batin, andaikata ada salah & silap kat kawan-kawan semua. Saya tak tahu la dah berapa kali saya minta maaf ni. Tp, elokla saya sedar dari kesilapan lalu, terus memohon maaf agar segala kesilapan saya, segala tingkah laku saya, segala pertuturan saya, ada terlanjur bicara, terkasar bahasa, terkecil hati atau apa2 saja yang kawan-kawan semua tak puas hati, dan segala-galanya dapat kawan-kawan maafkan. Saya tahu, mungkin saya banyak melakukan kesilapan kat kawan-kawan semua sama ada sedar dan tidak. No body is perfect rite? Maafkan saya yea. Saya harap Hari Raya tahun ini akan lebih bermakna & memorible untuk kawan-kawan semua. Sambutlah raya ini dengan yang tersayang & ceria-ceriala selalu.

Jaga diri baik-baik semua. Jaga makan dan minum. Apa saja yang kawan-kawan buat, make sure beringat selalu dan berhati-hati. Bermula dengan sesuatu perkara tu dengan Bismillah dan akhirkan dgn Alhamdulillah...insyaAllah selamat :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR & BATIN

8 comments:

Anonymous said...

wah..iera..rajinnya ngemas...tue kalau x cukup..tambah rumah i pun blh lg ;)..seronok dgr citer you, suma family berkumpul siap exchange gift lg..make sure nanti buh gambar byk2 in your next update k...anyway, wishing you a gud hari raya..drive safe balik kg..biar lambat asal selamat naa...

Syiera said...

hi iza...rajin ek? kenala buat sendiri iza, saya x ada maid. Sayala driver, sayala maid, sayala tukang masak, tukang sapu, mcm2 kerja lagi saya buat..:) InsyaAllah..nnt saya paste blog raya pulak. Iza balik mana? Selamat Hari Raya AidilFitri..u too, drive safe blk kg.

Anonymous said...

itu la namanya multi-tasking iera...hehehe...i x balik mana2 pun..kg kat sini je..boring tul la..x dpt nak rasa suasana balik kg....

RUN WITH THE WAVE said...

Hey there! Come and join us for a BBQ buffet at the beach in Penang this Christmas with watersports activities included! Sign up now! Check out my website at www.runwiththewave.com Thanks! See you at the beach!

Selamat Hari Raya!

Brecht said...

hello there syiera
kami ucapkan selamat hari raya aidilfitri, semoga selamat pulang ke kampong and selamat kembali balik ke KL.
Mush & family in Belgium

Syiera said...

Hello Mush.
Selamat Hari Raya to you & your family. Mcmana preparation kat Belgium? Mesti rindu family kt S'pore rite? Take care..

suriani said...

ira..
ko mmg anak yang baik..

Syiera said...

hehehe...semua tu tanggungjawab tu..tanggungjawab :)