Kawan-kawan semua. Saya dah selamat pulang ke kota metropolitan ni. Dan dah mula kerja pun. Hati masih di kampung lagi ni haa. Tak ada mood nak kerja lagi..still in a holiday mood.
Nak cerita ceriti raya kat Alor Star. Bertolak dari KL malam raya. Sampai Alor Star pukul 4 pagi. Kenapa lambat? Eemm.....bertolak pukul 9.30pm, berhenti kat Tapah sejam. Makan2, minum2, rehat2, cuci2 mata. Pehtu, hujan dari Sg Perak sampaila Alor Star. Kalau dah hujan tu, memang tak boleh nak SPEED la. Ingat pesanan penaja, berhati-hati di jalanraya, biar lambat asalkan selamat. Errmmm...memang lambat pun...7 jam baru sampai. Kalau bawa laju-laju nanti takut beraya kat hospital pulak...lagi haruu..:)
Selalunya pagi raya kami semua akan ke kubur arwah tok. Tp, pagi tu masih hujan. So, cancel nak ziarah kubur, pegi the next day. Jejaka-jejaka tampan semua bersiap untuk sembahyang raya. Saya tak pegi, sebab kena jaga mama, begitu juga dengan kakak2 ipar dan adik ipar. Ada yang siapkan hidangan, ada yang kena jaga/siap/mandikan anak, ada yang kena kemas rumah, etc..etc..etc.
Lepas dah bermaaf-maafan, snap gambar sana sikit...sini sikit. Kami ramai-ramai ke Istana Anak Bukit, untuk berjumpa dan berhari raya dengan Tuanku Sultan/Sultanah Kedah. Ingatkan cuma budak-budak aje dapat duit raya...saya pun dapat jugak tuanku bagi RM5.00. Jadikla dari tak ada langsung.
Ramai sedara mara yang datang beraya kat rumah kami. Memang tak menang tangan dan tak cukup kaki tangan dibuatnya. Kesian kat kakak2/adik iparku. Tp nasibla depa semua cekap buat kerja...tu yg saya paling respect. Heh..heh..heh..:) Nak harapkan saya, eerrmm......saya amik contract cuci pinggan, susun pinggan/gelas ajer :) Auntie bagitau kat saya, next year memandangkan semua kakak2/adik ipar akan beraya ke rumah parents masing-masing, saperla yang nak masak, bersiap makan segala ni? Memang kalau auntie sorang dia memang tak larat. Nak harapkan saya, alamatnya tak bergerakla dapur tu haa. My suggestions is, either auntie berhari raya di rumah menantu or buat katering or beraya kat KL or rumah kt Bukit Pinang tu tutup, sebab tuan rumah pergi bercuti...heh..heh...heh. See how it goes next year k.
Selama saya kat kampung. Tak banyak aktiviti yang saya buat melainkan, makan, tidur, tengok tv, beraya & melayan tetamu yang datang.
Untuk tatapan kawan-kawan yang disayangi...inila hasilnya hari raya 2008 di kampung saya di Alor Star. Enjoyyyy!!
Ini adalah aksi-aksi Malaysia's Next Top Model..:) Ni semua adalah abang-abang dan adik-adik saya..:)
8 comments:
Cantik Baju Raya Ira...Ur beutiful as ever....Selamat hari Raya
Terima kasih ziez...:) Murah aje tu..RM50 :) Selamat Hari Raya AidilFitri 2u2.
Selamat Hari Raya Iera..wahhh..seronoknya tgk gambaq beraya kat kg..meriah naa..dapat berkumpul suma adik beradik kan...nak puji gak ur kebaya tue..cantikkkk..tue la untungnya kalau badan slim..elok terletak je..
btw, nak tanya gambaq2 tue suma hasil seni tgn ur bro tue ke? He's kind of cute jugakkan...kim slm dia ek..hehe
Selamat Hari Raya to you too Only me..:)
Kebaya saya cantik? Terima kasih :)
Yup..tu semua hasil seni abang saya Abg Wan. Cute ek?? Eerrmm...mmg pun ..nnt saya smpikan salam kat dia k.
Hi syiera, wow semua nya segak bergaya di hari raya. seronok nyer you di kelilingi abg2 & adik2 jejaka yang handsome. Beruntung you yer. Kalau saya nak engage Abg Wan you tu amik gambar I leh tak..?
Hi nanie...
Thanks for the trust...my Abg Wan need to understand what you really need and objective..
kenduri kawin ka...? khatam quran ka..? family potraiture ka..? graduation
ka..? Where will be the venue...? KL..? Kampung ka? Ke London..?
Malam or siang sessions...? :) :D
Details please..:) Or u may email to me at shahira.sulaiman@my.pwc.com
c u....
iera, ab wan amik ke job kat KL? mana la tau kot2 x berbaloi kan...mana nak cover petrol la..tol la... tp dia tue nampak cheeky ek.... jgn marah iera...
hi iza..
boleh ajer....dia merata-rata tempat dia boleh pergi...bagitau aje kat mana. Cheeky?..hehehe...iyer kot..ntahla..:)
Post a Comment