Monday, 5 January 2009

Dec 08 – Jan 09


16/12/08

Mama discharged.


Saya amik cuti ½ hari sebab nak bawa mama balik. Balik tak semestinya mama sihat, tp Alhamdulillah kami dapat balik rumah setelah 3 minggu lebih berkampung kt UH tu. Keadaan mama masih tak berubah masih seperti dulu jugak..makan masih melalui hidung menggunakan NG feeding. Yang penting sekali mama sihat dan tak ada sakit lain yang lebih serius sekadar tak mahu nak makan aje.


18/12/08

Hari terakhir saya berkerja untuk tahun 2008.


Dept saya ni makin hari makin lengang...tak ada dah orang yang bekerja. Bukan tak ada langsung...adala dalam 4 5 orang yg masih bekerja. Masing-masing dah ambil cuti tahunan hingga ke tahun hadapan termasukla saya. Nothing much to do...cuma buat filing here and there aje. Raise bill a few clients aje.


19/12/08

Start menjadi partime ‘Bibik cum driver cum nurse’


Selalunya kalau saya cuti panjang-panjang sampai tahun depan, memang banyakla plan jalan-jalan cuti Malaysia saya ni dengan kawan-kawan bujang atau sendirian. Tapi kali ni berlainanla sikit plannya. Apa yang saya plan sedari awal, nampak gayanya tak menjadi...hanya tinggal plan aje. Kalau saya tak pegi pusing-pusing ke negeri lain, saya balik kampung ataupun saya pegi tempat-tempat peranginan yang dekat dengan kampung saya samada langkawi ataupun penang. Ni, kampung pun tak balik..haaihh..:( Tapi orang kampung datang KL..:)

Kalau dah duduk rumah ni memang dari pagi sampai ke malam kerja rumah tak siap. Ada saje yang nak kena buat. Lepas satu satu perkara nak kena buat. Nak, tak nak, memang nak kena buatla kan. Tp pada masa yang sama saya dapat merehatkan diri dari kepenatan 3 minggu lebih berulang alik hospital.


21/12/08

IKEA / The Curve


Pagi ni lepas breakfast saya pegi Ikea. B4 10am saya dah sampai kat sana. Pegi sini pun sebab nak beli hadiah kahwin Girl. Dari rumah lagi saya memang dah tau nak beli apa kat dia. So, tanpa membuang masa saya terus ke tempat yang dituju. Pilih punya pilih...finally dapatla juga barang nih. Orang tengah tak ramai ni memang best shopping, summore sorang-sorang plak tu....tak ada gangguan..aman damai nak shopping...i like it so much!! Kalau nak beli electrical goods, pada saya rumah ’bakal’ suami Girl tu dah complete everything dah...dari masuk pintu depan rumah hingga ke dapur dah serba lengkap. So, saya beli something yang dia boleh display or simpan dalam almari perhiasan. Up to herla dia nak buat apa pun..yang pasti pemberian saya ni ikhlas.

Lepas dah selesai kat Ikea…saja jalan-jalan pusing-pusing buang masa kat The Curve/Ikano pulak. Rasa macam dah lama tak datang sini. Nak krismas ni bykla krismas tree, santa claus, presents, nice-nice decorations…etc..etc. Saya kat situ pun tak lama. Grab kasut sepasang…pehtu balik. Cadangnya tak mau nak beli apa-apa...tapi naluri seorang perempuan kalau tak membeli tu tak sah...walaupun benda tu dah banyak dan berpasang-pasang dah kat dalam almari rumah....nak beli jugak lagi....haaihh..xperlah.

Kena balik b4 lunch ni, sebab nak kena prepare lunch untuk ’anak-anak’ kat rumah pulak. Bukan masak pun, cuma beli lauk-lauk ajer.


23/12/08

Masuk office kejap


Dalam pukul 10 lebih tu my bos sms asked about something and need to clear something by today. I’ve done it last week, but need to send out to client ASAP. Heemm…nak tak nak kena pegi jugak office siapkan kerja sikit. Our administrator pun cuti jugak, so tak ada saper nak buat kerja tu. Kami berdua merupakan pakar dalam hal-hal kerja nih. Nasibla saya berada sekitar KL, dibuatnya saya ni balik kampung ke, pergi overseas ke...tak ke haruuuuu.

Saya masuk lepas lunch. Isi perut dulu, pehtu baru pegi office...hahahaha. Meja saya dah macam sarang tikus...baru tinggal tak sampai seminggu dah bertimbun bill folder atas meja, addooi...mmg nak kena siapkan cover letter to client ASAP.

Sempatla saya siapkan semua tu, stay kat office till 5.45pm. Papa dah call tanya bila nak balik, lambat lagi ke nak balik. Kita ni duk pulun duk siapkan kerja, dia plak sibuk call tanya bila nak balik pulak. Issshh...macam tak biasa plak Papa nih..:(


26/12/08

Orang kampung datang


Uncle & Aunty datang hari ni. Syamil fetch them kat LCCT flight pagi, kebetulan syamil pun tak kerja hari ni. Kalau depa dah datang tu, tentula banya cerita nak sembang. Macam-macam ceritala…barula meriah sikit rumah saya tu, kalau tak asyik sunyi ajer.

Paling best kalau aunty datang, sebab dapat makan sesedap. Aunty masak sedap dan penuh meja tak kira lunch or dinner.

Tujuan depa datang sebab nak fetch Aunty Missy balik mekah this coming Sunday 28/12/08.




27/12/08

Girl’s BIG Day!!


Saya keluar rumah awal hari ni 7.30 dah keluar sebab nak kena sampai rumah Girl by 8am. Girl akad nikah pukul 9am kat Masjid negeri Selangor. Bila saya sampai rumah dia, dia tengah dimekapkn oleh mak andam. Tp, dah almost done. She look different today, pengantin mmgla lain dari hari-hari biasa.

8.30am bertolak dari rumah dia, terus ke masjid. Cabai saya jadi kereta pengantin…hehehehe. Ambik berkat tu Uuuuuu. Kot-kotla lepas ni I plak naik pelamin…Aminnnnn. Sampai kat masjid pengantin lelaki pun dah sampai. Makin berdebar-debar plak Girl nih. Macam tak biasa jumpa plak.

9.10am sharp..bermulala sesi akad nikahnya. Tanpa membuang masa tok kadi tu adala bercerita do and don’t dalam marriage ni…peraturan adap berkahwin dan macam-macam lagi…semuanya serba ringkas. Tak boleh nak panjang lebar sebab katanya…ramai lagi yang duk Q untuk dinikahkan hari ni.

2 kali lafaz jugakla En B ni. Debar ke??? Eemmm....nervous sbb kahwin anak dara kot...hahahaha. Alhamdulillah...segalanya dah selesai. Before 10am dah siap dah semua selesai dah segala upacara dan boleh balik.

Sampai rumah Girl sambil menanti ketibaan rombongan pengantin lelaki untuk tukar hantaran dan ada sedikit jamuan disediakan. 11am saya balik rumah.

Malamnya ada majlis berinai kecil.

Sebelum tu saya dah make an arrangement nak pergi dengan Alin. Saya ambil dia kat rumah. Dia bawa anak dia yang bongsu Alia Nur Zahirah.

Kami sampai rumah Girl, dah lewat. Acara berinai pun dah selesai. Takpelah, yang penting kami datang. Masa tengah makan tu, Girl join me & Alin so, terkeluarla semua cerita-cerita lama masa kat campus dulu. Kami ni roommates, 5 semester kami sebilik. Kesian hubby Girl...pandang aje kerenah kami..heh...heh...heh. Tp, Mr B sporting...tak kisah punya...:)

Keesokkan harinya diadakan majlis bersanding di dewan di Shah Alam. Tp saya tak dapat nak menghadirkan diri kena jaga mama kat rumah.

Well, Girl & Mr B...Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.



28/12/08

Aunty Missy balik Mekah.

Saya tak pergi ke airport untuk menjemput Aunty Missy balik dari Mekah. Yang pergi Papa, uncle, aunty, abg faiz & family. Papa nak sambut adik dia kat airport. So, saya pun dengan seikhlas hatinya mengofferkan diri untuk menjaga mama malam tu.

Sebab tulah kenduri sanding Girl malam ni saya tak dapat pergi. Tapi tak perlah sebab saya dah pergi masa dia akad nikah & berinai semalam.

ETA at 8.30pm. Depa semua tak terus pergi airport, tp singgah rumah my brother kt Sepang dulu untuk minum-minum petang. Lepas maghrib barula depa semua pegi airport.

Flight landed at 8.05pm.

According to Papa, Aunty Missy tak bawa banyak beg pun. Just her luggage beg, a small beg dan air zam zam…tu aje. Turun flight lengang-lengang aje. Barang-barang yang dia beli kat sana semua dia dah pos. Dah sampai kat rumah dia kat seremban pun. Senang betul...tak payah pening-pening kepala dah, bonet kereta cukup ke tak nak masuk sampai 3 4 beg besar-besar.

Selalu kita dengar jemaah yang pulang ke tanah air, bawa beg punyala besar-besar sampai ada extra-extra luggage pulak tu....punya byk benda yang dishoppingnya kat sana. Adatla tukan. Pergi negeri orang mestila nak bawa buah tangan untuk adik bradik, sanak sedara kat tanah air.

Syukur alhamdulillah segala-galanya dah selamat dan selesai sudah amal ibadat aunty missy kat mekah.


29/12/08

Pergi LCCT


Lepas lunch hantar uncle & aunty to LCCT. Depa nak balik Alor Staq dah today. How I wish depa duduk lama lagi kat KL ni..:( Flight pukl 4pm..kena ada kat airport 2 hours before depart.

Syamil pun ada sekali. He just landed from Penang. Dah alang-alang kat sana, tunggu ajerla kami ni. Lepas uncle & aunty dah boarding, saya dan syamil makan kfc plak. Nk diikutkan saya dah makan tadi kat rumah, tp xpelah…temankan syamil ni yg kepenatan baru sampai dari penang tak makan lagi.

Lepas tu saya tak terus balik rumah, saya singgah pegi OU pulak. Papa pesan beli some groceries kat sana.


31/12/08

Bedtime Stories


Saya tgk movie dgn my niece Fatihah & Farzana. Depa pun macam boring aje duduk rumah, so saya bawa depa tgk movie Bedtime Stories kat TGV, OU. Do some shopping sikit for them and for me as well. Need new cloths!!! Lepas tu dinner kt KR.

Show stat pukul 5.30pm. Saje beli tiket petang, bagi selesai dulu hal-hal rumahtangga then only baru boleh keluar rumah dengan aman damai dan tanpa gangguan.

This movie was hilarious, best sangat. Bukan budak-budak aje yang seronok, orang tua pun boleh enjoy tengok cerita nih. Ada 1 part ni memang nak tergelak sangat, scene masa skeeter nak present kat boss dia theme for their new hotel...cakap macam alien sebab lidah kena sengat lebah..it was soooo funny...hahahahahaha!! Siap ada translator plak tu..heh..heh..heh. Gelak sampai nak sakit perut berair mata dibuatnya. Lagi 1 hamster, nama Bugsy. Cute sangat….mata Bugsy ni besaq!!! Pehtu Bobbi & Patrick pun cute…comel budak-budak tu. Pandai pulak tu elaborate the stories to be more interesting…heh..heh..heh. Sebab tula all the stories tu boleh menjadi kenyataan..:) Nak tau lebih lanjut p la tengok kat wayang or beli aje DVD tu.


1/1/09

Visit Ziez & Aunty Missy kat Seremban


Lepas breakfast, saya bersiap dan keluar pegi rumah Oya. Dah janji dengan dia nak pergi tengok Hakimi husband Ziez yang kena admit kat KPJ Seremban on 26/12/08, mild heart attack. Saya ni dah biasa pergi rumah Oya yang lama, terlupa pulak yang dia dah pindah rumah baru…tersilap jalan, kena buat 1 BIG turn keluar dari rumah lama dia…heh..heh..heh. Oya dah pesan dah yang dia kat rumah baru….my mind dah auto set ke rumah lama dia tu ..hehehe..addooii…byk sgt benda dlm otak ni.

Bila kami sampai sana husband ziez dah masuk OT for bypass surgery. Duduk kejap kat rumah menunggu tu…lepas tu ajak ziez makan kat café. All of us makan nasi ayam. Banyakla benda kami sembang on that day, at the same time dapat menceriakan keadaan ziez yang tengah runsing tu, gossip sana sikit, situ sikit, updates on friends, plan nak cari kerja, future plan etc..etc..etc…banyakla :) 1.30pm minta diri untuk balik sebab saya nak singgah rumah aunty missy pulak kat Bukit Rasah. Kalau nak diikutkan hati, memang nak stay lama lagi kat sana temankan ziez, tp keadaan tak mengizinkan. InsyaAllah, lepas dah selesai segala-gala hal hospital nih boleh jumpa lagi.

Janji dengan Aunty Missy nak sampai rumah dia pukul 2pm..tp terlebih 10 minit. Aunty jamu makan buah kurma, kismis dari mekah. Aunty tak berapa sihat hari tu, batuk since kat mekah lagi katanya. Dia dah buat x-ray and ada lung infection pulak. Tapi tak teruk mild aje. Mild pun kalau tak jaga boleh melarat di buatnya. Tp, saya tahu aunty saya ni, bab kesihatan and disiplin memang dia jaga. She need to go for further check-up the next day.

Kami pun tak duduk lama, lepas Oya dah solat, saya pun minita izin nak balik. Sebelum kami balik, ada sedikit buat tangan aunty beli dari Mekah for my whole family.

2 comments:

zie said...

Thanks Ira sebab datang temankan Zie waktu tuh. Korangla penceria suasana masa tuh. Thanks again...

Syiera said...

Hi ziez...

No worries ziez...tula gunanya kawan. Susah senang bersama..cewaaahhh!! :) :D