Tuesday, 13 January 2009

Masuk UH pulak....

Semalam mama dah discharged from UH. Bertapa leganya dapat balik rumah. Saya bawa balik mama lepas ofis petang lepas pukul 5.30. Abang Faiz pulak bawa balik barang-barang dulu. Dia nak kena fetch anak-anak dia balik sekolah pulak so dia tak boleh nak stay lama-lama kat UH tu.

Saya sampai UH mama belum siap lagi, i mean belum tukar baju masih pakai baju hospital. Saya sampai terus tukar baju dia sementara Papa pula pegi bayar bil.

Saya tengok condition mama ni macam tak sihat aje. Tp, dah doctor allow us to go home, kami pun balikla. Dalam perjalanan nak balik tu, mama mula batuk-batuk..dah sampai Taman Tun, makin teruk batuknya terus muntah!! Muntah dalam kereta..yaAllah...i was so panic masa tu...habis dashboard/front area penuh dgn muntah termasuk gear..2 3 kali pulak tu...MasyaAllah....awat pulak ni. Then aku terus jugak drive ke masjid Taman Tun. Berhenti kereta kat situ, ambil kain/towel segala-gala kain yang ada dalam kereta lap mama. Muntah macam air kopi hitam, pekat penuh dengan kahak. Ya Allah....baju saya pun habis kotor penuh dgn muntah mama. Takpelah...lap pelan-pelan seluruh badan. Kat masjid tu ada air..saya basuh segala kain/towel kat situ..lama jugak berhenti kat situ..takut mama muntah lagi.

Bila dah tenang, mama pun dah nmpk mcm dah lega baringkan kerusi bagi mama tidur. Saya drive macam biasa, tak boleh nak 'speed' heavy traffic plak petang-petang ni orang balik kerja. Bila dah sampai rumah...lap sekali lagi badan mama...then barula bagi dia tidur.

Dalam pukul 2.15am, papa jerit-jerit panggil...mama muntah lagi. Kali ni lagi banyak...habis tilam, bantal, lantai...huhuhu. Saya betul-betul tak tahu kenapa boleh jadi macam nih. Mama pun tak boleh nak bercakap bagitau sakit kat mana. Dia pening ke, sakit kat PEG tu ke, sakit perut ke...kami ni yang kena fikirkan untuk mama. Kena lap badan mama, tukar cadar katil, mop lantai...addooi....tak tidur saya & papa dibuatnya, kerana menjaga mama takut dia muntah lagi. Tersengguk-sengguk kat tepi katil. Menjaga orang tua yang sakit...tak sama menjaga budak-budak kecik yang sakit. Daya tahan memang kena kuat...kederat kena kuat...our mind kena kuat....tak kuat kalu...susahla. Nak harap kat siapa lagi kalau bukan family kita sendiri.

Papa suruh saya tidur, tp macamanala nak tidur dgn keadaan mama yang tak stabil nih. Risau dibuatnya. Takpela...tidur-tidur ayam pun takpe...tak penting walau apa pun terjadi..saya dan papa disisi mama. Cuma kami berdua yang nak buat kerja-kerja nih.

Lepas subuh saya dah mandi, solat & bersiap nak pegi ofis. Tapi 7.45am juga saya keluar rumah..walaupun saya bersiap awal. Sekali lagi..sebelum saya keluar rumah mama muntah lagi sekali. Papa kata tak boleh jadi ni nak kena bawa mama masuk Emergency. Tak sampai 24 jam kat rumah dah kena masuk hospital pula mama saya nih. Tadi masa saya telefon papa, dia kata mama masih kat emergency still under observation..haaiihh..lamanya. Takpela...esok saya update lagi.

6 comments:

nydia-mama akif said...

hi...salam perkenalan...
Saya doakan ur mom cepat sembuh...

Anonymous said...

k.ira sedihnya raser nk nangis baca.. x dapat bayangkan cmne le kalau kt tempat k.ira tu.. byk2 bersabar yea.. doakan semoga mama k.ira sembuh.

Syiera said...

Hi nydia-mama akif..:)

Salam perkenalan juga. Terima kasih kerana mendoakan..:)


Hi ina zainal..

Setiap umat manusia ada dugaannya. Hingga terpaksa lupakan kepentingan untuk dirinya sendiri. Doakan semoga mama k.ira cepat sembuh k.

Anonymous said...

ok...k.ira pun byk2 bersabar ye... dugaan Allah tu.

Anonymous said...

iera, so sorry to hear abt ur mom's conditon. Moga doa2 kita suma mengiringi kesihatannya.. amin..anyway, kudos to u for being anak yg penyabar...

Syiera said...

hi iza..

InsyaAllah..segalanya akan selamat. Terima kasih krn mendoakan.