Wednesday, 25 March 2009

Homework

Saya ingat lepas dah habis sekolah ni tak payahla pening-pening kepala fikirkan pasal homework sekolah.

Rupa-rupanya masih jugak kena buat, tapi bukan untuk diri sendiri, ni untuk anak my lady bos.

Bayangkanla, homework karangan bahasa malaysia, disuruhnya secretary review.

Bila dah selesai review, kena pula repair tatabahasa yang terkandung dalam karangan tersebut.

Kalau macam tu, baik secretary dia masuk sekolah semula, amik exam semula instead of her son.

Aaiiyyooo…punyala pening karangan tersebut, bahasa malaysia dalam tu, masyaAllah…tak faham head and tail.

Hinggakan saya terpaksa minta tolong kawan-kawan saya untuk 'faham'kan apa sebenarnya ayat tersebut.

Kalau dah selama ni secretary asyik duk review homework BM, sampai bilala anak dia tu nak pandai Bahasa Malaysia.

Karangan tu mengenai adat-adat perkahwinan yang terdapat di Malaysia ni iaitu untuk masyarakat Melayu, Cina & India.

Untuk masyarakat Melayu ni, pandaila saya nak elaborate, tp when it come to India & Cina, addoooiii….TAK PAHAM tauuu!!

Anak dia ni bukannya kecik lagi dah masuk secondary school pun dah Form 1.

Well, it’s beyoooooond my job scope dah nih.

4 comments:

Ibu kami said...

biasa le tu k.ira, dulu pun selalu boss suruh tolong semak keje BM anak dia... nasib le time tu anak dia baru standard 1, tapi syllabus dia boleh tahan.. sek private kan.. nk tak nak kena le tolong jugak...

Syiera said...

Byk kali dah dia suruh k.ira semak kerja2 BM ni. Bukan tu ajer, siap suruh cari buku sekolah pun pernah jugak.
Nasib tak suruh k.ira jumpa cikgu amik report card..:) :D

Haaihh...redha ajerla..:(

Kelar the chubbies said...

Kuikuikui...roti bakar...susah2 kawen, last2 kena makan roti bakar jek? Haiihh..

Syiera said...

Tula tu kaan? Nk tergelak pun iyer jugak...addooiii..:)