Monday 30 November 2009

AidilAdha @ Bkt Pinang

Salam AidilAdha semua,

Apa khabar to all my dear friends? Macamana dengan hari raya Haji baru-baru ni? Meriah tak?
Bagi saya tahun ni teramatla meriahnya. The Sulaiman's family balik Bkt Pinang. Sama-sama menyambut Hari Raya Haji.


Saya balik AOR hari khamis petang. Journey took us 8 hrs...that is standard. Kalau nak diikutkan 5 jam dah sampai. Banyak tempat yang kami berhenti tak larat nak drive straight. Lagi pun traffic agak heavy jugak dan hujan. So, kenala berhati-hati.

Sampai aje kat kampung, lepas dah settlekan hal mama, tukar diapers and bagi dia tidur, saya terus ke meja makan. Terlalu lapar. Nasibla dinner dah tersedia di meja makan. Thx to K.Hus and aunty.


Gambar ni pagi raya, saya dan sis in-laws beramai-ramai mengupas kulit bawang untuk kenduri pada keesokkan harinya. Pakai cantik-cantik tapi kupas kulit bawang..boleh?? Boleh aje...we all semua boleh..tak adala nak sentap2 ke apa ke..heh..heh...heh. Yang penting pagi raya tetap Vogue..!! Walaupun kena kupas kulit bawang.



Pagi-pagi raya haji ke-2, dah pergi ke Bkt Pinang untuk menyembelih lembu. Saya tak pergi, sebab masih beradu...huhuhu. Bangun aje tengok depa semua dah siap sembelih lembu dah. Dah ada pun kat pondok tinggal nak cuci aje. Tengokla gambar2 kat bawah ni k.

Inila lembu yang kami korbankan.

Kerja-kerja dilakukan di 76 Lorong Kelompang a.k.a Pondok Bkt Pinang..:)

Gigihla Abg Wan memotong daging tu.

Aksi kami adik-beradik membersihkan daging-daging lembu. 1st time ni, but it was FUN!! Kecoh lebihlaaa u all...hahahahahaha



Abg Shiral, Izuan & Syamil tgh kusyuk cuci perut lembu tuu..Semangat :P


Huhuhuhu....mcm tak reti buat kerja kaann...Hahahahaha..:P


Setelah selesai cuci segala-galanya. Masakla pulak. Mak Yah kami export dari Taman Uda untuk menolong kami masak untuk kenduri doa selamat. Dengan pertolongan K.Hus, K.Hasiah, K.Maria and Ila..segala-galanya berjalan dengan lancarnya. Saya ni seperti biasa menjadi tukang kacau, tukang potong, tukang cuci, tukang sibuk, tukang tengok..heh..heh...heh.


Ni la Mak Yah, our export chef from Taman Uda.

Tengah potong daging nak masak. Masing-masing kusyuk memotong.

Majlis doa selamat sedang berlangsung di ruang tamu.

Papa tengah cari senduk nak ceduk nasi..:)


Para tetamu yang hadir pada majlis doa selamat.


Chef-chef Bkt Pinang yg bertauliah tengah menjamu selera.

Pakai cantik-cantik..kesian kena cuci pinggan..heh..heh..heh..:)

Gambar2 ni semua adala hasil kerja allMoments.fotopages.com. Dibantu oleh - Abg Shiral, Abg Bok, Izuan, Naim & Syamil.


Last but not least, Best wishes to Abg Bok and K.Mariah on ur 14th wedding anniversary. May the love that you share, last your lifetime through, as you make a wonderful pair. Happy Wedding Anniversary!


Tuesday 17 November 2009

Cramp di kaki..

Sejak akhir- akhir ni , kaki saya selalu cramp. Sekarang ni tak kira pagi ke, petang ke, malam ke, kalau saya drive kena pakai socks. Kadang-kadang tu terlupa. Orang lain pakai sandle ke, kasut ke, tak berkasut ke while driving, saya kena pakai socks. Kalau tak pakai, kalau sejuk aje, nanti tiba-tiba ibu jari kaki saya akan automatik akan cramp. Addooii...sakit, then kena bagi signal tiba-tiba, berhenti pun kena tiba-tiba jugak. Sebab dah sakit sangat tak tahan. Lantakla…depa nak honk ke..apa ke…dah sakit kan…kenala berhenti. Jangan ada yg tiba-tiba sondol Cabai i udah le. Selalunya bila dah berhenti tu, kena urut-urut ibu jari kaki saya, hingga betul-betul baik. Kalau tak, mesti dia cramp balik.

Mungkin sebab saya kurang aktiviti agak nyer. Asyik terperak aje kat office, terlampau lama duduk depan PC dalam keadaan aircond yang terlampau sejuk tahap maximum. Kurang bergerak kesana kemari. Emm..biasalah orang sekarang ni bermacam-macam penyakit. Kurang aktiviti bersukan kot. Sekarang ni kat office tempat duduk saya pun, saya pakai socks. ONLY at my place. Kalau saya kena berjalan to other floors...cepat-cepatla saya transform to my heels..heh..heh...heh. Tak kan nak pakai socks gak. Ada yg org HR sound nanti kann.:)

Kawan saya bagitau, kita akan menggalami cramp ni apabila darah tidak menggalir dengan lancar. Salah satu sebab perjalanan darah dalam badan kita ni tak lancar adalah kerana stress. Tak taula nak kata stress ke tak..rasanya biasa2 aje.

Ada yang cadangkan agar saya pegi berurut. Urut kat SPA yang jenis rileks massage tu. Urut tu tak sakit dan amatla nyamannya. Saya ni geli ya amat kalau orang tak tentu pegang-pegang tak tentu hala nih. Mungkin cadangan ke SPA tu boleh dipakai. Untuk merehatkan minda, rehatkan badan, why not kan?

Kena start cari SPA yang affordable and tertutup..tp dimana yaa..? Nak try pegi Sembunyi Spa la…situ privacy sket..:P

Mengada-ngadala….dah sakit urat sendi baru gatal nak pegi berurut itu ini bagainya. Tapi sekali sekala (bukan sekali sekali, tak pernah buat pun) untuk ketenangan fikiran, kesihatan tubuh badan…tak salah. Bujet dalam less RM200…bolehla disalurkan ke spa tu. Amik package for body treatment ke or massage, scrub and bath...cukupla..:)

Monday 16 November 2009

What A Weekend..:)


Rain in the morning...it just feels good. It's like a day dream come true, especially on a Saturday & Sunday morning.


Its quite a busy weekend for me. Dating dengan Papa to Bak’s Tailor. Hantar baju melayu yang ntah yang keberapa helai untuk tahun 2008 & 2009 ni. Sempat beli kain sampin Songket lagi tu…”sigh”. Its really nice…memang cantikla…memang patut pun Papa beli. He’s a sampin collector. Ni betul-betul nak sambut raya haji tahun ni. Then, saya singgah ke K.Dilla hantar baju saya yang ke berapa pun tak tahula for 2009 ni..:) Mcm dah banyak baju saya tempah kt K.Dilla tu. We had our lunch at KLCC, kt Madam Kwan. Kesian kt Papa dah lama katanya tak ke KLCC, well, saya dengan hati yang berbunga ria ke KLCC lunch kt sana. Lepas makan pusing-pusing, then terus balik.


On Sunday morning pulak, we went to IKEA. Last week, dapat catalogue baru for Winter Holidays promotions. Shopping kt IKEA, beli barang-barang nak bawa balik kampung untuk Raya Haji. Bukan untuk balik kampung saje, tapi untuk rumah jugak. Tahun ni kami buat Qorban seekor lembu dan nak buat kenduri doa selamat, kenduri arwah & kenduri kesyukuran.


Barang-barang yang diborong –


1) Kram / Lyligt – Paper Napkins
2) Fantastisk – Napkin holder
3) Tindra - Scented candles (cherry & apple)
4) Rotera – Lantern for tealight
5) Mjonas – Lantern with a block candle
6) Volym – Steel vacuum flask
7) Vanlig – Jug
8) Soft toys for Amir Hakimi.





Thursday 12 November 2009

More, more, more..

Why is it in our nature that we are never satisfied with what we have? Why do we always want more? More money. More power. More cars. More shoes. More handbags. The latest handphones. More bargains. More work? Nah, don't think so. More this. More that. More! More! More! Chipsmore. Drew Barrymore. Ahaks!

Everything comes with a price. Risks involved. Sacrifice. Hurt. Pain. So why do we do it? Why are we so obsessed with getting what we want at the expense of all that? I guess it's 'coz we're humans. High risk, high return. It's just a matter of taking chances and ending up losing a lot of things. Values. Faith. Even family and the ones we love. So is it worth it? To taste pleasure, we go through pain. No pain, no gain. Tepuk dada, tanya selera...


Wednesday 4 November 2009

Sana Sini CUCI



Musim teater Cuci pulak kan. Saya, Oya, Intan & hubby dia pegi dah tengok teater ni. Nak komen apa ek? Well, memang best dan lawak giler…dengan aksi group Cuci yang memang selamber aje. To those yang memang nak gelak dan release tension…boleh tengok Cuci ni and you gonna enjoy it to the max.

Walaupun saya and the geng beli tiket RM43 di Upper Circle, BUT, kami telah diupgrade ke Grand Circle…heh..heh..heh.

Secara jujurnya teater Cuci ni memang kelakar…sepanjang 3 jam tu, asyik gelak je…sampai nak pecah perut …memang tak tahan betul dengan lawak tak ikut skrip. Lagu-lagu yang dinyayikan pun easy going.


Kat poster ni harus kena bergambar :)

Me, Oya & Intan

Sebelum show start, sempatla post kejap.

Dinner kat Dome, KLCC.