Wednesday, 6 July 2011

Cataract Ops



Salam my dear friends and family

Pada 14 Jun 2011, Papa buat ops mata kat PPUM. Dah lama dah doctor nasihat Papa ni to do the ops..tapi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan, terpaksa ditangguhkan dulu. Setelah tertangguh selama lebih 5 tahun, akhirnya Papa buat jugak eye ops dia ni.

Alhamdulillah dah selamat semuanya. Takut jugak kalau ada complication ke apa ke like last time. Kali ni memang kena jaga betul-betul takut the same thing happen again to him macam dulu. Kalau both eyes tak nampak terus, susahla kami sekeluarga nanti. Kali ni saya betul-betul kena jaga Papa, dari segi pembersihan mata, eye drops, medications, mandi, solat, makan, travelling…setiap tapak atau perkara yang Papa nak buat kena remind him takut dia terlupa atau terlepas pandang. Kalau saya drive him to the hospital for follow up & check up saya kena ingat yang saya ni bawa orang sakit tak bolehla nak drive macam F1 driver..hehehehe. Kena hati-hati dijalanraya juga..:) Almaklumla jalanraya kt KL ni banyak lubang sana sini walaupun dah banyak kali turap…haaihhlaa.. :( Kalau bergegar effect pada mata tu sakit jugak sebab baru lepas buat pembedahan

Cataract ni selaput yang ada pada mata kita. Faktor usia (tak kira tua atau muda), sakit kencing manis, sinaran cahaya UV, merokok atau keturunan punya penyakit cataract ni.

Bila selaput dah semakin tebal, maka makin kaburla penglihatan kita ini..silap-silap boleh buat kita jadi buta…jadi berhati-hati yea. Ops ni, iaitu kanta yang lama dikeluarkan dan digantikan dengan kanta intraolular (kanta palsu). Kalau tak buat pembedahan, bagi orang dewasa, ia akan menyebabkan mata buta dan penyakit Glukoma. Bagi kanak-kanak plak, kalau lambat dibedah akan menyebabkan mata malas (camne mata malas ni saya tak pasti plak, ni pun info dari pamplet yang saya baca kat PPUM sementara menunggu Papa ops)

Simptomnya.

· Penglihatan kabur
· Warna jadi kelabu
· Silau dengan cahaya lampu waktu malam



Siapakah golongan berisiko?

· Pesakit Diabetes yang tidak mengawal penyakitnya
· Orang dewasa yang berumur melebihi 60 tahun
· Kanak-kanak / bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit seperti Rubella


Kalau rasa macam ada symptom-symptom di atas, segera buat check-up dan operate terus. Tak ada cara lain nak buang selaput ni melainkan dengan operations sahaja. Jangan tangguh tau…sebab kalau makin tebal cataract tu, semakin berisiko bila nak buat ops nanti.

Lagi satu nak pesan, rawatan herba selalu kita dengar dengan diiklankan yang boleh mengelakkan, mengurangkan dan menghapuskan cataract ni. Atas nasihat pakar mata yang pernah saya dengar masa teman Papa pegi check up, tiada bukti sains yang menunjukkan rawatan herba ni boleh membasmikan cataract. Bear in mind yea…kalau sakit mata, apa saja yang berkait rapat dengan mata, silala berjumpa dengan doctor pakar mata..jangan sesekali mengunakan eye drops without doctors advice or prescription…atau beli kat any kiosk. Kalau buat jugak, alamatnya tanggung sendiri yea..:)

2 comments:

suriani said...

good info ira..

Syiera said...

hi kak su bidadari

yes...thank you.