Friday, 30 September 2011

CIP Away Day

Dear All,

Our CIP away day(28th September 2011) is as follows:

2pm - Start to leave the office and meet at Mid Valley
3pm - 5.30pm - Games / Karaoke at Galactic Laser Mid Valley(*)
5.30pm - 6.30pm - freshen up and proceed to dinner venue
6.30pm onwards - Dinner at Amarin Heavenly Thai Mid Valley
(*) Galactic Laser
Lot T-012A, 3rd Floor Mid Valley
Beside Celebrity Fitness



Lunch @ MV food court


Lepak jap sebelum masuk Galactic Laser



Kat sini le kami nak tembak menembak..:)



While waiting for the briefing



In the karaoke area...sambil tu boleh je nak nyanyi-nyanyi to those yg suka menyanyi..:)


Ready with the shooting suit/gun



The briefing


CIP TEAM




The food @ Amarin Heavenly Thai. Sedap & banyak..saya siap bungkuih bawak balik lagi tau...rugi tak bawak balik..hehehehe.



Me with Cynthia & Wei Yee




Has, Jess, Azimah & Farah


Tuesday, 27 September 2011

Mini lanskap TY

Salam to all my dear friends and family.


Minggu ni minggu last bulan Syawal. Tiap-tiap minggu penuh dengan aktiviti open house. Next post nanti saya cerita pasal open house k.


Post kali ni bukan nak bercerita pasal open house. Nak cerita pasal mini lanskap Papa. Sekarang ni Papa ada hobi baru. Dia sekarang tengah berjinak-jinak dan nak beramah mesra dengan alam semulajadi dengan pokok-pokok dan juga burung-burung.


Mini lanskap ni simple aje...kecik aje..sesuaila dengan rumah saya yang kecik ni. Kalau buat lanskap besar-besar OVER plak orang kata kan..hehehe. Cukupla sekadar dapat mendengar air keluar dari buyung dan mulut ikan. Serta bunga-bunga kecik sekeliling kolam tu. Papa kata mungkin dia nak bela ikan sekor dua kot..ikan apa...tak taula kat dia.


Skrg ni sebelum pegi kerja waktu pagi, saya mesti singgah sini dulu..brckp dgn pokok-pokok ni, pesan to grow nice and glooming always. Tolong jaga Papa saya & lindung rumah kediaman kami ni. Orang tua-tua kata, kalau nak pokok tu sentiasa berbunga, rajin-rajinla bercakap dengan pokok tersebut..bukan orang saja yang perlu dibelai tapi pokok-pokok pun kena belai jugak dan diberi perhatian. Barula ia pun bersemangat nak hidup..dan pada masa yang sama juga ia mendoakan juga pada tuan yang menjaga agar sentiasa dimurahkan rezeki..Aminn.


Dengar air keluar dari buyung ni sungguh menyamankan..:) Elemen air saya percaya ia adalah satu terapi jiwa. Selepas penat, jiwa kita memerlukan ketenangan bagi memastikan kita lebih tenang untuk menjalani hari-hari berikutnya.


Bunga-bunga yang menghiasi mini lanskap TY :)


Bunga kena sentiasa dibelai, dimanja..bercakap dengan bunga ni untuk sentiasa glooming. Letak baja bunga seminggu sekali, kalau nak siram jangan banyak sangat airnya..:)



Path walkway ni tak siap lagi....InsyaAllah weekend ni nak sambung balik kerja menyiapkan mini lanskap ni dengan Papa. Semangat berkobar-kobar ni nak buat.


Itula serba sedikit cerita mengenai our new mini garden..kecil-kecilan aje sekadar mengisi lapang yang terluang. Tanpa peruntukan terlalu besar, sedikit kemahiran dan minat, pastinya taman kecil dapat direalisasikan di laman rumah walaupun hanya sebuah taman ringkas. Paling penting ia berupaya menjadi tempat menenangkan seisi keluarga. Bagi saya, membina taman hasil usaha sendiri lebih bermakna. Biarlah orang lain berbangga dengan taman besar tetapi saya senang dan bangga dengan mini garden kami ini..:)


Tuesday, 20 September 2011

On Malaysia Day


Salam to all my dear friends and family

16 September 2011 is Malaysia Day. Suka sbb jatuh hari Jumaat dan pada keseluruhannya cuti dapat 3 hari termasuk Sabtu & Ahad.

Kesempatan cuti panjang ni, saya & Intan plan nak tengok baby Oya. Intan datang rumah saya pagi hari Jumaat tu beraya...pastu kami gerak ke rumah Oya around 11am. Senang berjalan awal-awal ni..lagi pun tak nak ganggu time baby nak tidur ke, time baby nak makan ke..kalau pegi lambat-lambat ni takut hujan pulak ke...jammed kat jalan ke...knowing KL ni mmg susah nak predict.

Apa ek nak citer pasal Emma Nur Iman ni? First word is she's such an adorable pretty baby girl. I love newborns! They are so sweet and they smell so sweet (most of the time). Jom kita tengok gambar-gambar Emma Nur Iman.




I think Emma looks so adorable here, this was one of my favorites! Oya, I hope you love this picture as much as I do!

One smile can melt all your anger and take you away from your worries.



A baby gyms gift from me & Intan..:) Emma sukaaa!!

Last picture, Us with Emma..:)


Lepas tu, kami singgah rumah Akla plak. Dah alang-alang kami berada area situ, tu yang kami singgah nak beraya. Lagi pun dah lama tak jumpa Akla.



Bergambar dengan tuan rumah..:)



Asben tuan rumah ni bos Intan...hehehe..what a small world..:)



Akla with her handsome Zikri..:)


Thursday, 15 September 2011

Eid 2011


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI to ALL my dear friends & Family.


Sekejap aje rasanya balik ke kampung untuk beraya..walaupun saya dah duduk kat sana almost 10 days..tu pun tak cukup-cukup lagi..he..he...he..biasala tu kan..dah nama pun balik kampung haruss la duduk sana lama-lama..rumah mak ayah kita.

Saya balik kampung pada hari Sabtu (27/9/11) lepas Subuh. Tak subuh jugakla dalam 6.30am gerak dah la. Takut jugak banyak kereta ke apa ke kan. Syukur alhamdulillah....traffic sangat smooth..5 jam sampai dah kt kg. Cuma jammed sikit approching Rawang, Slim River & tol Juru. Other than that..mmg zasss lajuuu..:) Sepanjang perjalanan tu..on & off hujan..tak bolehla laju sangat drive kena jugakla berhati-hati..biar lambat asal selamat..tu penting.

Dari hari sampai kt kampung tu..sehinggala petang nak raya tu hujan tak berhenti. Berhenti pun kejap-kejap aje...lebat plak tu..nasib baikla tak banjir kat sana. Cuma ada sesetengah tempat kt Langkawi aje yang naik air sikit. Saya ni siap pakai baju sejuk dgn stokin lagi...dah ala-ala suhu kt Bukit Fraser dibuatnya. Masa tengah masak kat dapur pun pakai baju sejuk..he he he. Bukan saya aje...aunty pun sama pakai baju sejuk..haa..sejuk sungguh.

Raya tahun ni tak ramai...cuma 5 orang aje yg tinggai dari 30++ ahli keluarga. Abang-abang & adik-adik semua beraya di rumah mertua tahun ni...giliran kakak2 & adik2 ipar saya. Tahun depan giliran kampung saya pula..tahun depan memang bestla..mesti meriah sebab ada extra activities kami adik beradik plan nak buat. Plan apa tu? Tungguuu la naa...:)

Meh kita tengok gambaq2 plak. Tahun tk banyak amek gambaq...sikit-sikit aje. Jadikla kan dari tak dak langsung..:)

Ni la ahli keluarga saya seramai 5 orang..:) 2 tahun lagi tinggai 4 org..:(



Tengah menuggu guest datang rumah. 1st raya memang confirm tak boleh nak p mana..sapa2 nak mai raya..silala dtg on the 1st yea..mmg penuh makanan on the 1st tu. Mai lepas2 tu..hemm...tinggai serdak la naa..hehehe.


This is our dining area.

This is our kitchen. Both kitchen & dining dah ramai..padat..penuh. Tu kat living room duk tunggu turn plak.


Hari raya ke-2, kami keluar beraya, so tuan rumah di Bkt Pinang mmg tak ada dari pagi hinggala ke petang. Kami pun nak p beraya jugak..:)


2nd raya kami beraya ke rumah Tok Nda Aishah & Tok Ami Hashim.

Ni plak kt rumah Tok Ami Syed Harun.




Saya suka gambar ni...nampak caring & ikhlas..:)

Ni rumah Ayah Rashid. Rumah dia klasik..kiranya boleh buat muzium la..:)


Saya suka interior rumah Ami Patek ni..


Ami Patek ni buat open house 2nd day tu belah malam. Tapi kami terawal plak...dah alang-alang pusing beraya semua rumah sedara2..nak keluar semula dah malas..dah penat..singgahla siap2..hehehe. Aunty Zah jamu penuh meja jugakla..sedap betul semua masakannya. Ni canopy ready for that nite's dinner.


Raya ke-3 pula, kami ziarah ke kubur arwah tok & arwah mama. Patutnya pegi pada raya pertama atau kedua tu..tp kami lebih selesa pegi pada raya ke-3..orang pun tak ramai dah masa tu..masjid pun tak jammed..parking banyak..:)

Kubur arwah Tok Tan & arwah Tok Mak Ngah


Kubur arwah mama saya.



Ni baby Hannah. Comey kan...dah la baik...senyum aje...cantik putih mulus gebu kulit dia. Baru umur 9 bulan. Semua orang dia mau..tak nangis plak tu. Mama dia pun cantik....adore sangat kat mama dia. Mama dia tengah makan masa ni...kami culik jaga kejap..hehehe

Tu aje la aktiviti saya di kampung..nothing much. Walaupun hanya sederhana tapi tetap meriah. Abang2 & adik2 serta isteri sekeluarga balik ke rumah saya pada raya ke-2 & ke 3...lepas tu startla meriah semula..hehehe..suka suka suka bila ramai-ramai ni. Bila dah ramai-ramai tu...saya plak dah nak balik KL...tk dpt nk gosip2 pjg dgn my sister in laws...uhhuukk..uhhuukk...:(