Tuesday 27 September 2011

Mini lanskap TY

Salam to all my dear friends and family.


Minggu ni minggu last bulan Syawal. Tiap-tiap minggu penuh dengan aktiviti open house. Next post nanti saya cerita pasal open house k.


Post kali ni bukan nak bercerita pasal open house. Nak cerita pasal mini lanskap Papa. Sekarang ni Papa ada hobi baru. Dia sekarang tengah berjinak-jinak dan nak beramah mesra dengan alam semulajadi dengan pokok-pokok dan juga burung-burung.


Mini lanskap ni simple aje...kecik aje..sesuaila dengan rumah saya yang kecik ni. Kalau buat lanskap besar-besar OVER plak orang kata kan..hehehe. Cukupla sekadar dapat mendengar air keluar dari buyung dan mulut ikan. Serta bunga-bunga kecik sekeliling kolam tu. Papa kata mungkin dia nak bela ikan sekor dua kot..ikan apa...tak taula kat dia.


Skrg ni sebelum pegi kerja waktu pagi, saya mesti singgah sini dulu..brckp dgn pokok-pokok ni, pesan to grow nice and glooming always. Tolong jaga Papa saya & lindung rumah kediaman kami ni. Orang tua-tua kata, kalau nak pokok tu sentiasa berbunga, rajin-rajinla bercakap dengan pokok tersebut..bukan orang saja yang perlu dibelai tapi pokok-pokok pun kena belai jugak dan diberi perhatian. Barula ia pun bersemangat nak hidup..dan pada masa yang sama juga ia mendoakan juga pada tuan yang menjaga agar sentiasa dimurahkan rezeki..Aminn.


Dengar air keluar dari buyung ni sungguh menyamankan..:) Elemen air saya percaya ia adalah satu terapi jiwa. Selepas penat, jiwa kita memerlukan ketenangan bagi memastikan kita lebih tenang untuk menjalani hari-hari berikutnya.


Bunga-bunga yang menghiasi mini lanskap TY :)


Bunga kena sentiasa dibelai, dimanja..bercakap dengan bunga ni untuk sentiasa glooming. Letak baja bunga seminggu sekali, kalau nak siram jangan banyak sangat airnya..:)



Path walkway ni tak siap lagi....InsyaAllah weekend ni nak sambung balik kerja menyiapkan mini lanskap ni dengan Papa. Semangat berkobar-kobar ni nak buat.


Itula serba sedikit cerita mengenai our new mini garden..kecil-kecilan aje sekadar mengisi lapang yang terluang. Tanpa peruntukan terlalu besar, sedikit kemahiran dan minat, pastinya taman kecil dapat direalisasikan di laman rumah walaupun hanya sebuah taman ringkas. Paling penting ia berupaya menjadi tempat menenangkan seisi keluarga. Bagi saya, membina taman hasil usaha sendiri lebih bermakna. Biarlah orang lain berbangga dengan taman besar tetapi saya senang dan bangga dengan mini garden kami ini..:)


3 comments:

suriani said...

i like it.. i envy you and yr papa.. hehehe..

takpek nak nolong... looking at those kolam.. and the varieties of flowers .. i really am jeles!!

Syiera said...

Hi kak su bidadari

Papa skrg dah byk masa free...bolehla dia melayan kolam and burung2 skrg ni.

Jgn jeles...kak pun boleh buat benda sama..insyaAllah.

Syiera said...

Hi kak su bidadari

Papa skrg dah byk masa free...bolehla dia melayan kolam and burung2 skrg ni.

Jgn jeles...kak pun boleh buat benda sama..insyaAllah.