Tuesday, 8 November 2016

Spring trip - Milford Sound & Te Anau, Day 5


Salam to all my dear friends and family.

Good bye Queenstown...we gonna miss you so much!!  


Hari ni kita sambung kisah pengembaraan dari Queenstown ke Te Anau ke Milford Sound and back to Te Anau.  We gonna stay 1 night there at Te Anau.  Can you imagine that...how far it is?!?!?  It's 5 hours journey.  Knowing us...its more than 5 hours...percayala...hehehe. This entry will be so long berjela-jela and loads of photos to share here.  So, bertahanla wahai kawan-kawan bila scroll ni nanti or mungkin akan ada part 2...mungkin aje tau..muuungkin. Semangat ni sebab tempatnya cantik giler!!  We have a good night sleep last night, setelah kami figure it out where does the noise came from...so, malam tu kami dapat tidur dengan nyenyaknya...hehehe. It's not a ghost okey!! Bangun pagi dengan penuh semangat.  Kenala breakfast dulu sebelum kami gerak barula ada energy boost!!  Pastikan isi minyak kereta penuh-penuh, its gonna be a very long journey and there is no patrol station along the way to Milford Sound..so beringat la naaa...:)  




Traffic pun tak heavy pagi ni..sebab semua dah masuk office kot depa ni.. I  like this peaceful place..tak serabut macam KL ni..stress..!!



Jarak pemanduan kami kt NZ ni memang jauh jauuhh belaka.  Tu yang sampai rasa nak cuti driving setahun bila balik mesia..kekekeke. Alhamdulillah cuaca baaeekkk.  Hujan sikit-sikit kat sesetengah tempat..tapi tak per..mesti hujan akan stop bila kami tiba ke destinasi kami nanti. Kami gerak pun lewat sikit....sikit ajer. 


Walaupun mendung...tu pun kejap aje..tak lama lepas tu..matahari pun muncul.. Alhamdulillah..


Allah permudahkan perjalanan kami :)  Permandangan pun cantik.. Nampak tak gunung kat depan tu..cantik macam drawing.



Kami tiba di satu kawasan bernama Otautau.  Weird kan nama tempat ni..but it's unique too.  Otautau is a small farming, foresty and milling town.  All this while asyik nampak yang jauh-jauh aje.


Dalam kawasan rumah depa pun, depa bela kambing..gemuk-gemuk pulak tuu.. Tu yang membuatkan perjalanan kami terhenti secara tiba-tiba ..sebab nak snap gambar kambing secara dekat.



Sayup aje perjalanan ke Milford Sound ni.  Kereta pun tak berapa nak ada.



Seterusnya kami singgah pula di Eglinton Valley..satu kawasan tanah lapang yang luassss gilerr dengan berlatarbelakangkan gunung-ganang.  Tempat ni merupakan lokasi penggambaran Lord of the Rings. Bila dah mai sini..harusla Amie dan Kak Kay buat photoshoot..memang merupakan salah satu agenda tetap kami kalau kami bercuti..hehehehe.


Selapang-lapangnya...hujung sana kita boleh nampak snow capped mountains.. uolls perasan tak?  Cantik tauuu kalau dapat tengok live.. menakjubkan!!




Takde maknanya nak tengok kiri kanan jalan...hehehe banyak tempat tau boleh singgah di sepanjang perjalanan dari Te Anau ke Milford Sound...semuanya terletak di dalam Fiordland National Park...tempat yang kami singgah semuanya tepi jalan jer...cuma kena alert dengan signage jer la....antara yang kami singgah adalah Eglinton Valley!! tetap view meletop!rasa taknak balik... 





Monkey Creek - alpine water straight from the mountains.  Clear, cool and can drink.







Inilah dia Monkey Creek.  Airnya sangat jernih yang cair dari salji. Boleh minum terus - dijamin bersih 100% 




Saujana mata memandang.. Subhanallah..cantik dan magikal ciptaan Allah.  Tak tergambar dengan kata-kata..sekali sekala ternampak air terjun kecik-kecik yang tinggi mengalir dari bukit-bukit tu...aaiihh..lawaa baq hanngg..!!




Snowcapped mountains along the journey




Nak ke Milford Sound ni kita akan lalu satu terowong one lane sahaja.  Kat NZ ni hampir ke semua bridge yang kami lalu ialah one lane.  So, make sure berhati-hati dan ikut peraturan papan tanda arah mana yang diberi priority untuk lalu dulu.  Tapi yang MS ni bukan bridge tapi terowong yea.  Dah la gelap, pastu jalan tak berturap. Sebelum masuk terowong ada traffinc light.  Ikut turn ok! Hijau baru jalan..merah STOP.!!




Selepas melalui Hormer Tunner yang gelap tu kami mula menuruni kawasan pergunungan. jalannya memang berbahaya, sempit, berpusing-pusing.  Keluar je dari tunnel tu, wahh view memang terbaiklaa...dikelilingi gunung batu ni haa..hugeee!!  Masih ada lagi saki baki snow kat atas tuu.. tak dapat bayang kalau datang masa winter ni...mesti penuh snow tempat ni.. Keluar aje dari tunnel ni jalan menuruni curamm...so kena hati-hati sikit..Masa ni tak banyak sangat kereta. Tapi viewnya...awesomee sangat.  Banyak water falls boleh kita tengok kat rekahan gunung-gunung sini.


Jalan berliku-liku apabila semakin menghampiri Milford Sound.  Terutamanya selepas terowong, memang nampak gaung kiri kanan weeyy....steady...steadyy...kiranya ni 3rd experience dah la...should be no problem.  Dalam hati ni memang kecuutt weyy...takutt!!


Keadaan jalan ke sana agak mencabar dan pit stop yang banyakk semestinya perjalanan akan bertambah lamaa..hehehe.  Seriuss..kami memang asyik terpukau je sepanjang perjalanan ke sana.  View cantik sangat. Subhanallah.  Perjalanan pun diteruskan dan semaking mendaki, semakin bengkang bengkok.  Mengaum bunyi enjin meneran nak mendaki..cayala kak kay..gigih memandu dalam keadaan kritikal masa ni..hehehehe.  





Selepas melalui jalan yang kona kona, naik turun bukit, akhirnya kami sampai Milford Sound. Or known as Piopiotahi..sebut betul2 yea..jangan salah tatabahasa yea.. sebab itu adalah bahasa depa.  Kami sebenarnya tak naik pun cruise ni.  Ramai yang pesan suruh naik cruise ni..tapi kami tak naik pun.  Kami menikmati view tepi tasik ni..tengok cruise2 yang parking kat jetty ni..and snap pictures.  Kalau orang kampung tanya...hang dah sampai ka MS...kami akan jawab..Daaahhhh...hehehehe.





Milford Sound terletak di Fiordland National Park..dan diiktiraf sebagai eight wonders of the world.


 

Tak dapat naik cruise...bergambar depan jetty pun jadila.  Permandangan kat sini sungguh menakjubkan..tak jemu dibuatnya.






Memang suasana kt situ nampak panas...tapi jangan tak tauu...sejuukkk ni habaq hang....gggrrrggrrrr






Bukti kami dah sampai Milford Sound tanpa naik cruise...hehehehe.  



Singgah kat cafe' take a break sebelum kami meneruskan perjalanan ke lodge kami di Te Anau.. jauh lagi rasanya dalam sejam lagi kot dari MS ni.  Menu for that day is vegetables soup and cappuchino.



Dari kejauhan dh boleh nampak water falls..air turun dari rekahan gunung-gunung depan mata weollss...SubhanaAllah...cantikkk sangat!!




Burung Kea ni semakin pupus.  Spesis rare ni..jangan lepaskan peluang..ada yang kata burung ni jinak..ada yang kata burung ni ganas..  Burung ni memang tak takut dengan manusia.  Siap lepak atas kete weolls lagi masa tu..memang menakutkan.  Paruh dia tajaammm!! So, hati-hati bila berdepan dengan burung ni.


Masuk terowong balik..hati-hati jalan ni hanya sehala..switch on your lights..sebab dalam terowong ni memang gelap gelita..!!


Another amazing view lepas keluar dari terowong..kami tak tahu bila kami akan datang lagi ke sini.. so, we need to enjoy to the max of this magnificent view!!!



Then kami gerak lagi, ternampak pulaaaa air sungai!!  gigih berpatah balik mencari jalan kecil menuju ke sungai tu...beberapa simpang kecil gak la kami masuk tapi tak jumpa...tapi sebab kegigihan pusing banyak kali, akhirnya sampai juga kami ke tepi sungai ni...cantiknyaaaa ya Allah...air sungai tu biru hijau!



Aksi kami berempat memang tak lepas peluang!!


Tengah jalan pun bolehh...hehehehe.


Dah penat dah ni..jom kita check in kt lodge yang kami dah booked through agoda.com. Jauh jugak tempat kami tu..lodge kami ni kiranya 30km dari bandar Te Anau.  Jadi lambat ni pun sebab gara-gara duk asyik berhenti sana sini je kerja ni..sepatutnya boleh sampai awal..tapi kalau tak buat macam tu ..ntah bila pulak kami nak pegi situ lagi yea dak..:)


Inila tempat penginapan kami di Te Anau. Fiordland National Park Lodge.  


Belakang lodge kami ni ada tasik..cantik jugak.  Tapi kami tak tahan sejuk dah nak explore ..sebab dah nak maghrib masa ni..jadi pandai-pandaila kami membawa diri masuk ke dalam yea.


Mr Wayne owner lodge ni.  Dia la yang menjaga kawasan sini..punyala friendly dah macam family plak.



Basic facilities aje kat sini.  Untuk pengetahuan semua wifi tak ada yea kat sini.  Untuk pengguna tegar Wifi macam kami ni... rasa macam tak complete hidup tak ada wifi!!! Arrgghhhhh..stressss masing-masing.  Takpela...kami redha..back to naturela conceptnya yea dakk...once a while tak ada wifi..huhuhu.


Masa kami sampai situ, Wayne tengah machine rumput..kenala jaga kawasan supaya bersih so that ramai lagi tourist yang akan datang menginap kat sini.

 

Masa kami sampai situ..rasanya kami je la yg guest pada hari tu.  Tapi tak lama lepas tu ada 1 family check in..legaa..:)  Takut jugak kami aje guest pada malam tu.


Kosong aje lodge ni...rasanya sebab weekdays...kalau weekends or public holidays or during summer..mgkn ramai guest check in situ.  Masa summer kalau datang nz ni semua accommodation harga akan menjadi berganda2 mahalnya.  Termasukla car rental pun jadi mahal during summer.  Sebab ramai european tourist datang sini sebab summer tak sejuk.  Negara depa kan sejuk dgn snownya during christmas..tu yang depa mai cari matahari kat sini. 



Lobby at the reception.


Wayne explain to us, where to go...place of interest..etc etc..


Kat sini kami nak beli sayur-sayuran untuk makan megi malam ni.


Living room / Dining room


Jangan tak tahu...dapur kt sini lengkap segala-galanya..dari pinggan, mangkuk, cawan, gelas, sudu, garpu, pisau, periuk kecik, besar, kuali kecik besar, semua la perkakas dapur lengkap kt dapur si Wayne ni.  Kami guna dgn sebaik mungkin..lepas dah guna..pandai-pandaila kemas yeaaa..jangan buat sepah kt tempat orang...jangan buat malu kat orang mesia weyy..hehehehe.


Jemput makan semua...megi yang dimasak oleh kak mama dengan penuh kasih sayang...nampak tak mangkuk tu...haaaa..berround-round tambah.  Mujur tak ada orang lain kat situ..if not sure kami dah offer megi mesia kesukaan ramai ni..hehehehe.


Suasana bilik tidur kami.  Bilik air dia besarrr... mujur attached bathroom.  Sebab ada lodge yang kami booked, toilet kat luar...memang meranala kalau musim sejuk toilet kat luar.  We learnt our lesson.  In future book la attached bathroom, takpela bayaq mahal sikit pun.  Ada heater jugak bilik ni, tapi sayang heater pulak terlalu bising..kami pasang kejap2 aje....bila agak2 rasa sejuk kami pasang...agak rasa bising tak tahan bingit telinga ni..kami off... 



Beginila keadaan situasi kami jika tak ada wifi..line.. Tidur pun jadi awal..huhu.  Kesian kak kay..hahaha...bertabahala wahai saudara ku sayang..hehehehe.  Tak dapat nak update live status kat insta or fb or tunang tersayang..kekekekeke.

Mujur tak masuk ke part 2.  Saya stop kejap untuk kali ni...panjang dah drama saya kali ni..nanti saya sambung lagi cerita Te Anau pulak yeaa.. Good night.

Stay tunnee...

No comments: