Salam to all my
dear friends and family.
Morning..!! Hari kedua di Queenstown. Malam tu tidur tak berapa nyenyak..sebabnya dengar tapak kaki berjalan kehulu kehilir non stop sampai pagi. Lodge kami tu diperbuat daripada kayu...so, setiap pergerakan tu kita boleh dengar dengan jelasss. Ingatkan hantu...yelaahh bunyi macam tu tengah2 malam pulak tu apa lagi kan kalau bukan hantu..kalau orang tak kan depa tak tidur!! Ingat kan saya seorang aje dengar..rupanya kami semua 4 orang ni dengar rupanya. Tapi gaya tidur depa tu macam tiduq mampoih..hehehehe.
Our road trip for today is - Lake Wakatipu, Glenorchy, Coronet Peak, Canyon River and Queenstown
Morning..!! Hari kedua di Queenstown. Malam tu tidur tak berapa nyenyak..sebabnya dengar tapak kaki berjalan kehulu kehilir non stop sampai pagi. Lodge kami tu diperbuat daripada kayu...so, setiap pergerakan tu kita boleh dengar dengan jelasss. Ingatkan hantu...yelaahh bunyi macam tu tengah2 malam pulak tu apa lagi kan kalau bukan hantu..kalau orang tak kan depa tak tidur!! Ingat kan saya seorang aje dengar..rupanya kami semua 4 orang ni dengar rupanya. Tapi gaya tidur depa tu macam tiduq mampoih..hehehehe.
Our road trip for today is - Lake Wakatipu, Glenorchy, Coronet Peak, Canyon River and Queenstown
We spent 2 nights here and really enjoyed our stay. Its walking distance from the town centre and free parking.
Breakfast yang simple dan sedap. Lodge ni ada disediakan breakfast untuk guest..so to those yang nak datang menginap kat tak payah la nak pening-pening fikir nak makan apa.
They provide just a simple basic breakfast...idakla beria-ria macam kat hotel nuunn.. Just bread, cereal, butter, jam, milk, coffee, tea and juice.
There is a free wifi and a large common space with comfy sofas. Lepak sini bestla sebab layan wifi sini lajuu..
Lepak lagi...dan lagi ..dan lagi..ntah rasa mcm tak mau gerak plak depa ni hahahaa... Dahh jom..jom..jom..
BBQ area. Kalau plan nak masak ke apa ke kat sini..sila minta kebenaran management.
Bilik kami kat atas nuunn...imagine nak mengangkut luggage besaq gedabak naik tangga ni. Lodge kat sini tak ada lif yeaa..harap maklum..mujur kami dapat bilik ground floor...kalau 3rd floor...mau kami tinggal aje luggage kami kereta dan amek barang yang perlu ajer..huhuhu.
Persekitaran Reavers Lodge, Queenstown. Belakang tu bukit yea kawan-kawan..:)
Room is clean, tidy and comfortable, come with bathroom, tv and kettle. Toilet is complete with toiletaries. Perfect stay for family and couples.
Sambung jalan-jalan pekan Queenstown. Bandarnya tak besar, kecik saja. Walking distance kebanyakkannya. Nyamannya berjalan kt pekan Queenstown, angin sejuk sejuk macam aircond memang syoklaa.. Bersih, terurus rasa nak pindah duduk sana… Haaihhh rindu Queenstown. Macam-macam ada kat sini. Nak relaks? Ia ada permandangan indah Lake Wakatipu dan pergunungan Remarkables dan Corontet Peak. Nak aktif atau sesuatu yang mencabar? Ia ada mendaki gunung, Ice Skating, Bungy Jumping, Skydiving, Jetboat, Paragliding etc. Nak shopping? Kedai-kedai di Queenstown antara yang menawarkan banyak pilihan dan murah. Banyak operator, pilih aje nak yang mana..yang penting kena ada duit..no money..no talk hokeyy..!! Orang-orang kat sini friendly. Kat sini lebih happening banding kat tempat-tempat lain di south island nz.
Scenic drive to Glenorchy..drive sambil menikmati permandangan indah melalui kawasan pergunungan dan tasik.
Lake Wakatipu - Is an inland lake in the South Island of NZ. It is in the southwest corner of the Otago Region, near its boundary with Southland. This is one of the most beautiful lakes I've ever seen. It's absolutely stunning!! The drive from Queenstown to Glenorchy is extremely scenic with several spots to pull over for views of the lake.
Queenstown terletak di pinggiran Lake Wakatipu
Lake Wakatipu ni panjangnya 84km dan merupakan tasik terpanjang di New Zealand. Lake Wakatipu boleh dinikmati sepanjang perjalanan menuju ke Glenorchy.
The lake is famous for its scenic beauty and is surrounded by mountains.
Road trip dari Queenstown to Glenorchy…Subhanallah..cantik
secantik cantiknya..!! You will be amazed!!
Tapi Glenorcy tu memang tak ada apa-apa..just a small town. Saya rasa ramai pelawat dari penduduk tu
sendiri. Tak jauh dari Queenstown dalam 45 minit aje.
Walaupun air tasik ni tak berapa nak menyerlah..tapi still cantikkan..:)
Lake Wakatipu is one of the most stunning locations I've ever seen. It is truly breathtaking.
Ni close-up lake wakatipu...yang mula-mula tadi tu dari kejauhan...hehehehe
Lake Wakatipu ni berlatarbelakangkan snow-capped mountains yang dah tinggal tak berapa banyak snow sebab masa ni dah masuk spring.
Driving dari Queenstown ke Glenorchy ada kot sejam..tak ingat dah sbb menikmati permandangan indah sepanjang jalan tu sampai tak perasan berapa jauh..tp rasanya kalau tak stop..lebih kurang sejam jgkla. Jalan ni merupakan antara the most beautiful road so harusla masukkan dalam itinerary kalau nak datang south island ni.
Sungai ni kami tak tau nama...sebabnya kami redah masuk celah bedah tak tahula...sebab kami tersesat nk ke Glenorchy ni. Dah alang-alang sesat ni...kami menikmati la permandangan indah kat sini jugak. Sungai ni tak jauh dari dari bandar Glenorchy.
Sungai sesat..hehehe..jangan maraahh aaaaa
Pekan ni kecik aje..cuma ada beberapa cafe, kedai, pub dan beberapa tempat penginapan.
Fish & Chips is our lunch on that day.
Tengokla view kat belakang tu...snow-capped mountain.
Kat sini pun kita boleh naik kuda. We plan to..tapi tula keadaan tak mengizinkan..next time maybe.. InsyaAllah.
Cantik pekan ni walaupun kecik ajer..aman damai.. Next is Coronet Peak...set GPS..tak jauh dalam sejam jugak la kalau tak menyinggah mana-mana..hehehe.
Next pit-stop is Coronet Peak. Yuupp..kami tau it's spring and there's no snow up there and it's close for public. Well, kami redah jugak...tak kira sebab nak jugak tengok snow walaupun seciput snownyala. Jalan ke Coronet Peak ni boleh dikatakan extreme jugak yang boleh melemahkan jantung kami yang gayat ni. Sepanjang perjalanan di kiri kanan kami dapat lihat permandangan kawasan pergunungan yang amat indah sekali. Tergamam dan Syukur.
Bila dah sampai atas Coronet Peak Ski Field ni, view dari atas ni subhanallah cantiknya..!! Pusat bermain ski ni terletak dekat aje dengan bandar Queenstown, dalam 20 minit. Memang berbaloi datang sini. Bila dah sampai ke kemuncak, permandanganya..Masya Allah memang cantik sekali. Cuaca yang sejuk dan langit yang cerah memang membuatkan keadaan lebih cantik.
Nampak panas ni...tapii...sejuk habaq haaanngg. Disebabkan masa kami visit sini dah habis winter, so snow memang dah tak banyak..dan kebanyakan dah cair..hanya tinggal sisa-sisa salji aje..
Sebenarnya dah habis musim main ski atas ni..weolls gigih jugakla naik atas ni nak tengok snow. Memang rezeki kami ada 'seciput' snow..hahahaha.
This is general knowledge yea, kalau nak masuk sini tiada sebarang bayaran dikenakan untuk sampai kat atas ni. Kiranya boleh masuk sini for free, melainkan kalau uolls nak main ski or other activities yang depa sediakan..then only you have to pay.
Tak ramai orang dah...hanya beberapa kerat manusia aje ada atas ni. Yang kat belakang tu orang mesia...kalutla suruh weolls naik atas tempat depa tu. Sayangnya kami tak boleh naik...sebab kasut kami tak kedap snow...hehehehehe.
Walaupun kejap aje lepak kat sini...sudah cukup buat kami happy to the max..
Tak mau nak balik lagi...nak duk lama lagi kat sini. Tapi sayangnya tak boleh la nak berlama-lama..hari pun dah makin petang.
The scenery from coronet peak is amazing..breathtaking! I enjoyed all of the beautiful scenery and taking pics on the snow.
Bahagia betul rasanya bila dapat tengok pemandangan secantik ni ...memang kita tak akan jumpa view camni kt mesia.
Wagon kami dari kejauhan...punyala tak ada orang masa ni. Tapi view dia jangan cakapla..sangatla cantikk...!! Rasa nak duduk lama kt atas ni..tapi kami ada 1 lagi tempat nk explore..so kenala turun jugak. Bye Coronet Peak..insyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi k.
Lepas habis melawat Coronet Peak, kami kt Canyons River which is one of the interesting place must visit, yang mana terletaknya aktiviti Jet Shotover nie. Kalau dari bandar Queenstown dalam 25 minit dah sampai..tak jauh pun. The World's Most Exciting Jet Boat Ride. More info on this speed boat..u may google.com
Harga untuk aktiviti ni boleh tahan jugakla mahalnya..untuk aktiviti jet shootover ni adala $130/pax..kalau convert adalah lebih kurang RM390.00..phewww..sekadar tengok dari jauhh bolehh...nak naik kaluuu..mintak maap la..kami tak mampu. We enjoy more to the nature.
Sunyi sepi..sebabnya bila kami sampai sini tempat ni dah tutup..sebab dah after 5pm. Tapi, kami dibenarkan untuk mingle around here ..dudukla situ sampai malam pun sapa pun tak marah.
Terpegun tengok air biru di Canyon River ni.
Air sungai ni sejukk gilerr..!! Turun dari air salji gamaknya...hhehehe.
Tak puas bergambar kat sini..cantik sangat..!!
Rasa macam tak mau nak move on...its too beautiful. We need to go...insyaAllah we will come again...Kali ni kami mesti naik shotover nak merasa kelajuan bot ni dalam sungai..next mission.insyaAllah!!
Ni kedai baju tidoq PeterAlexander. Malam terakhir kami kat Queenstown. Its time for us to do our last shopping. Mujur cuaca pun not too cold...but still cold.
Bandar Queenstown ni kecik aje..bangunan pun rendah-rendah ajer..:)
Shopping street di Queenstown. Juga dikenali at Queenstown Mall
Mana ntah orang semua pergi...kejap ramai...kejap empty...hehehe.. Bandar magic..:)
Nampak tak harga pakej tu, tak mampu...hanya mampu tengok saja. What you can see from the board there...haaa itula harga dan aktiviti yang terdapat kt sini. Silerla pilih mana yang berkenan di hati..buat tempahan awal kalau boleh. Jangan risau..kat sini banyakkk giler offer untuk these activities.. so not to worry kalau salah satu darinya fully booked...boleh try other centre plak.
Take a break kejap after long walk.
It's a beautiful city, one of my favorite and Queenstown jugak dikenali sebagai tourist city. Peaceful betul duduk sini..view tasik..view gunung..haaihh rinddduu kat Queenstown.
Seronok jalan-jalan kt kawasan bandar Queenstown ni..peaceful and relax...honestly i really miss this place so much..:)
Goodbye Queenstown...gonna miss this place so much..!! Till we meet again..InsyaAllah.
Turkish Kebabs our dinner..sedap jugakla..kebab dia besar share dgn amie..if not nanti membazir plak.. Kalau rasa tak cukup balik lodge nanti boleh makan megi plak..hehehehe. Mencari tempat makan kat sini adalah mudah sebab ianya merupakan tumpuan pelancong serata dunia. Dari fast food, kebab, nasi, ramen, sushi semuanya ada kat sini...cuma tanya pada selera dan bajet kita saje. Bila kami rasa lapar, kami makan saja yang menyelerakan masa tu ….semestinya yang halal.
Lepas makan...balik lerr...tak larat dah ni..seharian on the move saja.. Kena rest malam ni and kemas-kemas our luggage..another long journey tomorrow. Kita stop kat sini sat...panjang sangat dah ni.. Nanti saya sambung lagi our next road journey.
Stay tune..
No comments:
Post a Comment