Friday, 24 February 2017

Spring trip - Sydney, Day 10 & 11


Salam to all my dear friends and family.

Terasa panjang berjela trip saya ni..tak habis lagi ni..dah berpage-page saya update cite pasal pengalaman saya ni, still tak habis-habis lagi.  Bila kita kat sana, terasa time tu kejap aje berlalu kan?  Kes tak puas berjalan memang akan rasa macam ni kan?  Kami dah nak balik mesia..so untuk mengisi sisa-sisa masa yang tertinggal ni...kami harusla penuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Kalau tak rasa rugi je kan? 

Touch down kat Sydney dalam pukul 3.30pm. Seperti biasa urusan imigresen pun senang aje tak banyak soal dari pegawai kat sana...legaa.  Amek luggage semua..then proceed to taxi stand heading to our hotel di Leisure Inn Sydney Central.  

Dari airport nak ke hotel tak jauh sangat dalam 15 - 20 minit camtu..mujur jalan masa tu tak jem.  To continue our journey today, kami ada tour guide.  Kebetulan kawan kak bisma study kat sini further her phD and she's from Brunei.  Dia jemput kami kat hotel dan besar hati sudi bawa kami jalan-jalan tour bandar Sydney. First day kami sampai sana, memang kami dah jalan-jalan ..tapi tak cover sepenuhnya.  So that day, dia dah buat arrangement dengan kak bisma nak bawa kami experience naik bas, naik feri pusing-pusing bandar Sydney.

Lepas dah solat dan rehat kejap, Zati [kwn kak bisma] came to our room and kak bisma introduce us to her.  Rupanya dia kenal muka-muka kami sebab banyak gambar-gambar kami dalam fb kak bisma. Her husband waiting for us downstairs.  So, dari hotel kami berjalan ke bus station untuk pergi ke University of Sydney. Convenient to take a bus kalau nak ke mana-mana.  Bus depa memang on time..saya suker!! Kami memang tak tahu apa...kami ikut aje kemana Zati bawa kami. Saya tak ingat kami turun kat station apa...sebab bila kami turun tu..jalan dalam lebih kurang 10 minit camtu dah sampai university.  Aktiviti hari ni ala-ala santai sikit, actually tak la santai mana pun, still kena banyakkk berjalan jugak..hehehe.  

Apa yang best kat sini?  University of Sydney yang terletak area Redfern ni merupakan university tertua di Australia dan kalau ikut ranking ianya no 3 di Australia.  Apa yg lebih menarik, sebagai university tertua, bangunannya mengabungkan ciri-ciri dua universiti utama dunia iaitu Cambridge and Oxford! Sekali sekala nak jugak tengok suasana universiti yang ada kat luar negara ni kan...untungla student-student yang dapat belajar oversea ni..cuaca sejuk je kalau jalan kaki pegi kuliah jauh-jauh pun kira orait tak penat.



Turun bas..then kami kena jalan masuk taman mana tak tau.. Garden ni dekat dengan universiti yang kami nak pegi tu.  Indah sungguhla tempat ni.


Ada tasik...ada padang...kawasan ni kalau kita nak cycling ke..nak jogging ke...nk picnic ke...memang moleekk sangatlaa..:)


Kiranya bangunan dia agak lawa dan mengabungkan senibina lama dan moden.  Tapi cool jugak la tempat ni..dah rasa macam duduk kat England plak.  Macam bangunan Harry Porter..saya suker..saya suker..:)


Dah petang-petang ni..tak nampak ramai sangat student..mungkin class dah habis.  


University of Sydney ni adalah university yang tertua di Australia.  The old sandstone buildings...with creatures and gargoyles, arches and doorways..are so remarkably beautiful.!!










Can't get enough of this laa....


Puas hati dapat tengok sendiri tempat ni. Lagipun tempat ni free aje..just kena bayar tambang train ajela..so why not check it out.



Gembira ria muka masing-masing dapat naik bas..hehehe.



Tak ingat turun kat station mana...kami hanya ikut Kak Zati aje.  Dari situ kami terus berjalan ke Darling Harbour.  Banyak yang tak ingat ni...sebab dah lama tinggal bumi sydney..huhuhu


Bangunan yang cantik-cantik along our way to Darling Harbour



Angel Place Birdcage is an out of the way exhibition of empty bird cages located in a small laneway in the central business district of Sydney.  It is literally a whole bunch of empty bird cages strung together, suspended above passes bys who are looking for a short cut in between busy city streets.






Lepas dah habis tengok universiti, kami ke darling harbour.  Kalau kita cakap mengenai Sydney..rata-rata orang akan cakap mengenai Opera House and Harbour Bridge..memang famous la tempat2 ni. Sekarang ni ada lagi satu tempat yang famous kat Darling Harbour. Memang orang ramai datang kat sini.  Kat sini sebenarnya tempat untuk lepak-lepak sambil makan angin sebab banyak restoran, cafe, bar, kedai-kedai, muzium ada 2, aquarium, IMAX Theatre and Wild Life..mmg tempat ni happening la.  



PwC menjadi kebanggaaku...heh heh heh


Sempat singgah Hard Rock Sydney do some final shopping sebelum balik ke tanahair.


Tunggu feri nk cross seberang...hehehe.  Ke Circular Quay to be exact



Feri tu okey la...besar macam feri-feri yang ada kat mesia ni,  Naik feri ke Circular Quay. Memang banyakla feri kat sana..kalau terlepas 1 tu..tak lama lepas tu..datang lagi 1. Masa menunggu pun tak lama..less than 10 minutes aje.  Bila feri dah sampai, kami masuk..boleh pilih nak duduk dalam or  nak duduk luar.  Kalau luar kena tahan kesejukkan malam la kan...kalau duduk dalam rugi pulak sebab tak dapat tengok view.  Kami pilih lepak kat luar feri aje.  


Kita boleh snap gambar sebanyak mungkin..clearer view for Opera House and Harbour Bridge. Kalau naik feri ni kita boleh tengok keindahan bandar Sydney secara keseluruhannya.  View malam pun cantik...kalau siang apa tah lagi kan.  Sydney memang cantik.  Dah la bersih dan pembangunannya jugak hebat!!








Sepatutnya Kak Zati nak bawa kami makan special sket malam tu...tapi malangnya kedai kat sana semua tutup awal..huhuhu.  By 8pm 9pm dah tutup..dah tak amek order dah. Niat nak makan hebat la malam tu..memandangkan our last day kt sana.  Tapi kami tak ada jodoh dengan kedai hebat malam tu...so kami dengan rela hati...sudi terima pelawaan Kak Zati dan suami makan kat mcD.  Tu pun sedaap jugak...makan kala tengah kelaparan.. Last meal tadi pun dalam flight ajer..mujur heavy jugak.  


Us di mcD


Thank you Kak Zati..sudi bawa kami jalan-jalan pusing Sydney ni. Masa ni sejuukkkk banggattt!!  Tak sabar rasanya nak jalan balik ke hotel..nk rasa warm.  Paling tak seronok jugak ialah..nk kena mengemas bag-bag kami semua..sebab dah nak balik mesia keesokkan harinya..oh tidakk!!! huhuhu


Pejam celik pejam celik..hari ni adalah hari terakhir kami di Sydney.  Tak sangka kami berempat dah berada di luar negera mesia selama 14 hari!! Kami rasa backpaking trip yang paling lama untuk masa sekarang ni lah.  Apa-apa pun kami memang enjoy setiap saat kami spent kat NZ and Aussie ni.  Berbaloi-baloi setiap dollar yang kami belanja kat sana. Ni kami tengah tunggu kaunter AA bukak nak check-in.  Kami pergi banyak tu...balik pun banyak tu jugak luggagenya.  Kami travel dengan cara yang berhemah..beli apa yang perlu sahaja..hehehe.  Tiada pesanan-pesanan penaja yeaa...:) :D



Breakfast kat Sydney Airport - Toasted crumpets, smoked salmon, avocado cucumber...see see healthy breakfast gituuu..:)


Waiting for boarding


Dengan handphone masing-masing bagitau our whereabout..keh keh keh


Tamatla sudah percutian di NZ & Sydney..jika ada rezeki dan kesempatan, insyaAllah kami akan sampai lagi kt sini dengan ketentuanNya.

No comments: