Business and Wedding


Salam to all my dear friends and family

Ni memang cerita lama...tapi tak basi lagi..hehehe.  We've decided to go back to Alor Setar naik ETS.  This is my 2nd time naik ETS balik kampung. Dr KL ke AOR hanya memakan masa 4jam setengah saja.  Kalau naik pukul 7am...pukul 11am dah sampai sana..bestkaannn?  Kiranya memang senangla naik tren ni..tak payah saya pening-pening kepala nk kena drive ye dakk..sebab yang drive pun hanya saya seorang saja..penaatt..huhu. 

Best tren baru ni..well maintain, ada tv, bistro, tempat solat dan yang paling penting tandas yang bersih dan sentiasa dicuci bersih.  Priority untuk Papa la..coach C semua lengkap.  Ada bistro, ada surau, toilet OKU pun situ jugak.  Senang untuk Papa nk p toilet situ, sbb memang luas untuk keselesaan pengguna OKU macam Papa.  Memang coach C is our priority kalau naik ETS.  Sepanjang perjalanan tu..boleh tengok tasik, sungai, pokok-pokok, sawah padi, bandar dan kampung yang outskirt dari yang biasa kita tengok.  

Tujuan balik sana nak attend kenduri kawin sedara..sambil tu nak ziarah kubur arwah mama..lama rasanya tak balik ziarah..dan buat sedekah sket kat kampung.  Kebetulan masa tu, ada konvo kat uum sintok.  Abg Wan [my bro] & Kak Hus [my sis in law] ada booth kat sana meniaga kambing grill.  Memang kambing depa tu terbaik...tersedapla kat sana.  Depa meniaga kat sana ada kot 5 hari kalau tak salah...kiranya sepanjang konvo berlansung.  


Kami dalam ETS to Station Anak Bukit.  Station Anak Bukit ni dekat dengan kampung saya.  So tak payah nk turun kt Alor Setar..sebab sana jauh lagi banding AB ni.


Air Chun ni memang hasil tangan Abg Wan.  Dia aje yg tahu ramuan isi kandung dalam jus ni.  Kalau dari gambar ni kita nampak lemon, asam boi, serai, daun pudina, strawberry, lychee, 7Up + ais + secret...kekekekeke.  Students ramai beli air ni...cepat laku cepat habiss.. Lagipun tengah panas2 tu...sedut air ni..pegghh!! Nyaaamaaannnn.


Main menu kat sini is Kambing.  Sedap I tell you...!!  Kak Hus ni memang terror masak.  Resepi yang dia masak semuanya letops-letops!!  Kena rajin minat baru boleh berjaya..yea dakk? 


Set ni semua makan bersama Kambing.


Masa tengah duk grill ni..dia punya bau laaa..semerbakk sedaaapp.  Bau tu la yang memanggil2 tu...orang ramai serbu non-stop.


Abg Wan tengah bagi depa test kambing.  Bila dah test terus depa nk beli.  Skill meniaga tu jugak..hehehe




Kat Penang kalau ada mana-mana expo ka...jom heboh ka...sure they will take part g meniaga kat sana.  It's family businessla boleh dikatakan.  Abg Wan's family especially..:)  Business apa yang depa tak buat...business sewa keta ada...business cuci-cuci [office, rumah, kilang] pun ada...business kambing ada...business insurance ada...murah rezeki depa!!!  So, kalau ada sapa-sapa nk buat kenduri ka..nk buat expo ka..rasa macam nak tetamu makan kambing...boleh contact kt nombor yang tertera kat banner itu. 


Non stop orang datang booth.  




Musim konvo kan..memang laku la bunga2 ni semua...:)


Saya tolong sikit-sikit aje...sebab kekok tak reti sangat... Tolong pack makanan boleh...hehehe


Keesokkannya, berlangsung majlis kahwin sedara kami.  Majlis buat kat TH Hotel Alor Setar. Masa kenduri-kendara ni la baru boleh jumpa dengan sedara-sedara jauh dan dekat.  Sapa-sapa yang duk kt KL /overseas kenala terpa mai balik AOR macam kami ni haa..hehehe. Kalau tak sakit demam..insyaAllah sampai la kan.  Kalau tak sihat, kenala minta maaf awai-awai kt tuan rumah tak dapat datang. 





Kak Hasiah, my sister in law.


Nak jugak bergambar depan pelamin..:)


Seronok Papa dapat jumpa ramai close cousins and relatives.



With Kak Norzi..:)



Yang sebelah Papa tu...bapak pengantin perempuan


Yang tengah ni..mak pengantin perempuan.


Diyana & Irfan
Best wishes on this wonderful journey, as you build your new lives together.



Siblings...hehehehe. Selesai sudah majlisnya...jom kita balik.  InsyaAllah panjang umur boleh jumpa lagi.  Raya pulak la kalau nak jumpa ramai-ramai camni.  

Kami bertolak balik KL the next day, tren petang pukul 4.30pm.  Pagi tu dah memang menjadi kebiasaan akan ke Pekan Rabu.  Saya dah pesan kt Papa not to buy anything, sebab kita balik tren tau...tak ada sapa yang nak mengangkut banyak-banyak barang ni nanti..  Kalau bawa kete boleh la shopping kt Pekan Rabu ni.  Baru dia ingat..kalau tak pesan camtu...habis macam-macam dia beli kt situ.  Beli untuk geng-geng surau dia la selalunya.

Sampai sini dulu...nanti saya sembang-sembang lagi kat sini.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

ORANG TUA le Kata

lawak yang tak pernah dilupakan..

WA - Albany, Perth