Salam to all my dear friends and family.
Saya nk cite pasal short trip saya ke KT. Lagipun kebetulan Adik (my niece) dah habis semester dia kt Uitm KT..just nice for us to take a quick short trip to KT. Saya amek cuti hari Jumaat..so dapatla 3 hari direct till Sunday. Mujurla abang saya join ikut sekali, so tak la penat nk drive sorg2 sampai KT nuunn.. jauh tu beb!!
Dalam pukul 7am jugak la kami gerak. Slow drive aje...lagipun traffic smooth sgt..hiway boleh dikatakan kosong kereta tak banyak. Yelaahh sebab bukan cuti skolah...cuti umum...tu yg seronok tu...tekan minyak smp tak sedar dh cecah 140mph..huhu. Hiway Gombak / Hiway Karak / LPT all the way memang smoootth. Kan best kalau drive up north traffic camni jugak...confirm 3 jam boleh sampai Loqstaq..hehehe.
Pintu pagar Istana Syarqiyyah. Sempat snap ..tak lama lepas tu kena halau dgn guard istana..kawasan larangan daaa...huhuhu.
Sampai KT about 12pm...sebab hari Jumaat...cuti plak tu kat Tganu ni. Emm..cadang nk g straight homestay..tapi tuan rumah dah p masjid nk solat Jumaat. Takperla, then kami terus ke campus Adik..tak la jauh dari homestay tu..memang cadang amek homestay dekat dgn campus dia. Paper dia pun dah habis pukul 12pm...settle dah la zaman Diploma dia.. Cepat aje masa...3 tahun kt Tganu. Lepas dah settle amek barang dia semua, dia pun dah checkout dari asrama dia. Kami nk pegi homestay pun tak boleh lagi. Kami make a short tour ke kawasan Istana Syarqiyyah..tak boleh masuk pun..pusing-pusing depan pintu aje. Lepas tu Adik ajak jalan2 ke Pantai Baru Burok. Pantai paling dekat dengan town. Latest attraction kat situ ada buai. Yang ala-ala Lombok gituu... Memang excited betul nak g tengok buai kt situ. Memang tengah hangat lit lit baq hang!! Tak kisah nak jugak amek gambar kat situ. Masa tengah panas-panas ni la yg view cantik tak hengat!! Blue sky, blue sea..memang cantik!!
Buai yang menjadi sebutan/rebutan ramai..:)
Dah rasa macam bukan kt Tganu...rasa mcm kt Lombok ...Bali...negara belah-belah Indon nuuuun. Kat sana kan memang banyak benda2 camni kat laut depa kann :)
My tourist guide ..tq Adik bawa kami jalan-jalan Tganu..:)
Sapa la yang sanggup duduk kt buai ni waktu tenghari rembang hangat lit lit ni...:) :D Apa-apa pun saya puas hati..view memang cantik!!
Kat area situ ada food court. Kami beli lunch kt situ ajer and terus bawa balik makan kat rumah. Lagipun, tengah panas sangat ni..nak jalan g mana-mana pun rasa macam tak best la... Rehat dulu kat rumah..mandi solat makan tido...bagi tambah energy ..hehehe.
Homestay yang saya book ni kat Chendering. Memang dekatla dengan campus Adik. Dalam 5 minit camtu sampai dah. Homestay ni nama D'Chendering Homestay (siler google) for more info. It's new..bersih...kemas...besar..luas..selesa. Kemudahan semua tip top!! Memang sgt selesa for us all. To those yang nak datang KT..boleh stay kt sini. Harga..1 malam RM180.00. Consider still cheap for 3 bedroom + 2 bathroom. Kelengkapan kat sini semua cukup. Bilik-bilik pun ada aircond..memang selesa la duduk sini.
View depan homestay.
Dapur pun lengkap semua..ada gas nak masak situ pun boleh..pinggan mangkuk periuk belanga kuali sudip sudu garpu cawan gelas..semua ada laaa..name it got it..hehehehehe.
2nd room.
Masterbed room with attached bathroom.
3rd room.
Living room
Living and dining area. Luas jugak kat sini..boleh bentang Toto tidur kat depan sini pun boleh..lagipun kat living area ni sejukk..:)
Malam patutnya kami nak jalan-jalan cari makan. Cuaca tak mengizinkan malam tu..hujan ulak. So, nak tak nak kena tunggu hujan reda barula boleh keluar. Tak juga redanya. Keluar jugakla ke Pantai Baru Burok...tempat yang kami beli lunch masa tengahari tadi. Boleh tahan mahal jugak harga kat situ. Dari kebulur..makan ajerla..hehehe. Cadang nak lepak kat beach..tp dah tak larat dah penat..kesian kat papa. Lepas makan terus balik. Boleh tidur awal...esok nak explore KT.
Next morning, cari mekanik. Sebabnya lampu signal kiri kanan tak menyala..hon pun tak bunyi..central lock pun tak function. Benda ni terjadi malam sebelumnya. Merawang kami mencari mekanik. Mujur jumpa 1 ni area Rusila. Rosaknya tak la major...just tukar fius ajer..legaaaa!!
Tengah tukar fius..huhu.
Bila dah repair barula boleh rasa tenang nak berjalan kan. Kalau tak jenuhla nak kena bagi signal tangan ajer ye daakkk...hehehehe. Kami branch [bfast/lunch] kt Warung Rusila tepi pantai tempat ni. Yang sedap kt sini roti canai diaa...sangat mabeless i tell youuu..!! Sorg makan 2 keping..haa ameekk... Nasi campur pun lauk dia sedap jugak..and harga pun berpatutan...kiranya lebih kurang standard harga KL jugakla...kiranya harga mampu milik la. Roti canai - RM1 aje..i loikkee!!
View belakang kedai..cantik kan..? Mengadap laut tuuu..:)
Roti canai sedap..sorg makan 2keping..hehehehe
Belakang tu ialah Pulau Kapas. Adik kata..kalau nk g sana..boleh g balik hari aje.. G pagi balik petang...OR nk tidur sana 1 mlm pun boleh jugak..banyak chalet2 yang disediakan kat sana untuk keselesaan pengunjung..:) My next trip nak plan la g Pulau Kapas tu..:) View belakang kedai ni memang saya suka..rasa macam boleh duduk situ forever!!
Lepas brunch, Adik cakap nak cari tasik pepsi blue. What?? Pepsi blue..apa air pepsi amek dari tasik tu ke??? Adik kata...Taklaa Aunty...air dia biru macam air pepsi blue. Tasik Pepsi Blue ni kat Rusila, Tganu. Dari homestay kami tak la jauh lebih kurang dalam ½ jam camtu. Nak masuk ke tasik ni jalan dia berliku jugak. Sebelum jumpa tempat ni...jenuh tanya penduduk situ the exact location..sebab kawasan dia memang tersorok.
Tasik ni tersorok kat sebalik bukit-bukau memang tak akan nampak ..kena park kereta tepi jalan..lepas tu kena hiking sket ke dalam.
Subhanallah…memang cantik tempat ni. Bukan kt NZ aje yang ada blue lake….Tganu pun ada tauu… Air tasik ni memang biru…sebiru-birunyaa…rahsia Allah kan..:) Our own country pun secantik negara luar.
Thanks to Adik…ada jugak kenangan kami kat Tasik Pepsi Blue yang indah ni.. Nak pergi lagi sini..memang tak tahula bila ye daakk. It was so beautiful and blue..setenang jiwa memandang ..sedamai biru airnya..:)
Puas hati..hilang penat bila dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung ni. Bare in mind..tasik ni tak boleh suka-suka nak terjun mandi tau.. sebab airnya berasid Tempat ni dulu asalnya tapak kawasan perlombongan emas. Kawasan tasik ni agak curam berbahaya jugakla..tipula kan tak cuak bila duduk tebing tasik ni..huhuhu.
Next pitstop is Chendering Lighthouse. Nak masuk simpang sini pun boleh sesat..pun lorong nak masuk ni tersorok jugak. So, kalau nk explore tempat-tempat cun..harusla redah jugak lorong-lorong rahsia nak ke sini.
Papa, kami tinggalkan dia kt pondok ni. Lagipun dia tak larat nak jalan sampai tengah laut nuunn...lagi pun panaassss. Dia lepakla sorg-sorg..sambil makan asam..minum air...jaga kete...kekekekeke. Tengok kami dari kejauhan..hehehehe.
Silala menapak ke lighthouse ...rasanya sejauh 500meter kot..or more... Tak ukur plak aritu...tak tahan panas beb!!
Jalan sampai hujuunnng nuunn..:)
Ada yang memancing ikan jugak kat sini.
Jauh kami tinggalkan papa... Nampak kan bumbung rumah tu...haaa situ la dia duduk..:)
Tak la tinggi lighthouse ni...tapi dah sampai sini..kenala panjat kannn... Tengok view laut dari atas.
Haaaa...berpayung okey!!
Mesti ada ikan kat sini..kalau tak....takan depa beria-ria mancing kann...?
Fuhhh ...mikirkan nk patah balik tu....sabarr...sabarr....:)
Its windy up here..terbang-tebang tudung Ai...hehehehe
Next pitstop - Masjid Kristal. Rasanya ramai dah tahu pasal masjid ni kan..sebab masjid ni tersangatla popular kat Malaysia ni, Tganu apatah lagi kan. Masjid ni terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, KT. Untuk datang sini, walaupun terletak di pulau, kita tak perlu naik bot untuk ke sini ye...dah ada jalan penghubung melalui darat. Kena datang ikut arah ke Losong (kawasan yang terkenal dengan keropok), senang lagi ikut arah ke Muzium Losong pun boleh sebab memang akan ikut muzium tu dulu, nanti jumpa simpang ke kanan ..terus aje sampai TTI, Masjid Kristal ni terletak di hujung pulau di persisiran sungai. Di pulau ni memang tak ada penghuni atau perkampungan.
The 3 generations..:)
Pintu masuk ke kawasan masjid. Myself with the umbrella memang tak dapat dipisahkan kalau datang sini.
Nampak mewah masjid ni...cantik sangat!!
Masjid ni kalau dari jauh...senireka nak nampak hampir sama dengan Taj Mahal. Hampir sama aje...bukan exact pun..hehehe. Apapun saya happy sebab dah lama simpan hasrat nak mai sini...Allah izinkan kami semua sampai jugak kat sini. Alhamdulillah.
Okey dah..jom balik homestay. Papa kena rehat..dah lama sangat dia keluar ni..it's his rest time. Malam nanti lepas maghrib kita keluar pulak p cari makan. Adik kata ada 1 tempat ni nasi goreng ayam dia sedap and murah. So, malam nnt kenala explore g sana pulak kan..:)
Tempat makan ni kat Bukit Besar. Apa ada kat sini...eemm...tak sure ada apa..sbb tujuan kami datang sini nk makan nasi goreng ayam...Adik kata sedap. Kami semua order the same dish + tomyam putih. Emm...yess..memang rasa mabeles. Especially the tomyam putih dia tuh. Nama kedai ni ialah Restoran Ala Ghapoo. Boleh la singgah sini sapa-sapa mai Tganu besok ni naa.:)
Lepas makan..Papa kata..still early to ho home, why not kita p beach..lepak pantai katanya...:) Orait let's go to the beach..mana lagi kalau bukan Pantai Batu Burok. Kat sini at nite byk gerai tepi jalan yang menjual pelbagai makanan ringan bergoreng, minuman, sate ikan, rojak buah, jagung bakar dan banyak lagi. Kereta kuda ada jugak kat sini..boleh bawa kids pusing-pusing satu pantai PBB ni, tang harga tu tak sure plak berapa.
Kami duduk kat bench tepi pantai..sambil tengok bulan terang..dengar ombak kuat hempas pantai. He really enjoy it..dia kata peaceful kat sini..tak macam KL semak!! Lama jugak kami duduk kat pantai tu..till almost 11pm++ camtu. Tu pun dah sedar sebab tiba-tiba langit gelap nak hujan. No more full moon. We better make a move..tak sempat ni nak lari kalau hujan turun. Mujur sempat berteduh sebelum hujan lebat turun. Memang unpredictable weather kat sana.
Well, tamat sudah cerita jalan-jalan Tganu kali ni. Memang short trip ajer. Shopping pun tak kali ni...kopok apa pun tak beli. Bukan tak biasa makan kopok kan...KL pun berlambak kopok..hehehehe. Pasar Payang pun tak pergi...hehehe. Bahaya kalau pergi..takut cash laju aje keluar kalau shopping dengan Papa... Mana taknya...dengan segala songket, batik dia nak beli. Its better tak payah pegi langsung...jimat duit..hehehe. Yang duk ada dalam lemari pun tak habis pakai lagi..ni nak beli lagi yang baru...jangan bazir beb...hehehehe.
Depart from KT aroung 9am, lepas breakfast kt Rusila..makan roti canai sedap iteewww..!!! Sampai KL dalam pukul 3pm++. Memang lambat kami sampai sebab..stop banyak tempat...hujan at certain-certain place tak boleh nak speed. Papa really enjoy this time..dapat jalan-jalan tengok tempat orang..walaupun dia byk bising..hahahaha. Kami anak beranak dengar dengan hati yang penuh sabarrrrr...:) :D
Sekian.
No comments:
Post a Comment