Salam to all my dear friends and family.
Pagi ini aktiviti berjimba di Bandung diteruskan. Selepas sarapan, kami ke bertolak ke Kawah Putih, Bandung. Pagi ini kami keluar dari hotel dalam pukul 8.00 am. Irwan dah tunggu kami sebelum pukul 8.00am pagi lagi. Memang time management Irwan mmg tiptop.
Kawah Putih ni sebuah tempat yang merupakan bekas gunung berapi aktif. Pernah terfikir tak yang kita berada ditepi kawah puncak gunung berapi? Selalu tengok dalam TV je kan tapi kali ni real punya kawah gunung berapi depan mata! Hanya ada di Indonesia sahaja. Kat Malaysia of course takde.
Perjalanan dari hotel mengambil masa kira-kira 2 jam. Jadi seeloknya bertolaklah awal pagi contohnya dalam pukul 8 pagi ke. Memandangkan perjalanan agak lama, saya sempat melelapkan mata, beb. Persekitaran menuju ke Kawah Putih sangat cantik. Lerengan bukit dihiasi dengan gunung ganang, tanaman strawbery, sawah padi, pokok bawang dan deretan pokok teh memukau pandangan mata kami. Kita akan lihat banyak pokok buluh di kiri kanan jalan ke Kawah Putih. Itu sebabnya banyak tempat makan di Bandung dindingnya bercirikan buluh.
Lalu di Ciwidey...Cantik tempat ni..banyak sawah padi di lereng-lereng bukit..rumah pun comel-comel aje..berhalaman kebun sayur dan strawberry. Udara pun sejuk dan nyaman je...damainya rasa...:) Perjalanan pergi ke Kawah Putih ni banyak mendaki..menandakan Kawah Putih ni terletak di kawasan tanah tinggi.
Dalam pukul 10am lebih camtu kami sampai di Kawah Putih..terus ke Infromation Centre. Nak masuk situ kami kena bayar entrance fee sebanyak Rp30,000 seorang dan untuk bawa kereta sendiri terus ke kawasan kawah tu, perlu bayar Rp150,000 per car..kalau tak, kena naik shuttle bus yang disediakan..murah sikit laa..tapi kami malas la nak tunggu-tunggu naik bas tu..lagipun share 4 orang tak la mahal sangat kan.. Kt IC ni jugak disediakan tandas, kena bayar Rp2,000 ..bersih toilet dia, tapi airnya sejuk banget dong..!! Jalan untuk naik ke atas memang berliku dan hanya muat untuk satu kenderaan aje. Jadi bila ada kenderaan bertembung, satu lagi terpaksa berhenti untuk bagi laluan yang satu lagi. Jauh jugak nak naik atas tu..ada la lebih kurang 20 minutes.
Shuttle yang menunggu penumpang
Pendakian bermula. All the way 1st and 2nd gear ajer. Perjalanan mendaki memakan masa lebih kurang 10 minit. Terhoyong-hayang gak naik dan agak thrill jugak.. dah la jalannya berbengkang-bengkok.
Kami sampai awal pagi tu..tak banyak lagi kenderaan yang parking kat atas ni..rasanya less than 5 aje kot kenderaan yang ada. Depa kat sana galak kita pakai mask. Sebab bau sulfur agak kuat kat sana. Kalau kita tak pakai mask, kita mungkin tak dapat tahan berada lama kat kawasan ni. Tempat ni boleh tahan sejuk jugak la..sejuk-sejuk manja..pakai cardigan pun ok dah. Mask ada jugak dijual kat pintu masuk ke kawah putih tu..tapi harga saya tak tahu berapa. Di tepi tangga untuk ke kawah pun ada penjual yang menjual batu-batu gunung berapi, belerang dan jugak baja untuk tumbuhan.
Nak ke kawah kena turun tangga sikit. Sikit aje...tak penat pun...jangan risau..semua orang boleh datang sini.
Menurut lagenda, kawah ni sebenarnya masik aktif. Suhunya panas hingga burung yang terbang melintas atas kawah ni akan mati dan jatuh ke bawah!! Not sure how true this story is...betul la kot ekkk??
Excited sebab kawasan ni sangat cantik berwarna kebiruan. Air dia panas tak boleh sentuh!! Masih kelihatan asap-asap dari kawah ni.
Kalaula kawah ni meletus....jadi gunung berapi..mana la kita nak lari..??
Datang sini kalau hidung jenis tak tahan debu..sila pakai mask sebab debu-debu sulfur ada yang berterbangan kat kawasan sini. Tiba-tiba tekak kita akan jadi perit. Saya tahankan ajer...lagi pun kami kat situ tak lama.
Airnya kalau disentuh rasa suam-suam gitu. Lumpurnya warna putih kehijauan dan panas. Pegang lah kalau nak, takde pun orang nak marah. Tapi, jangan sampai berendam. Sekadar nak rasa, sentuh, bau saya rasa memang tak ada masalah. Kena hati-hati ye...jangan sampai termasuk dalam air yang sulfur tinggi tu..banyak signage amaran yang diletakkan kat kawasan ni.
Ingatkan orang mesia aje yang datang sini..rupanya orang indon pun ramai jugak .. Tempat pelancongan kan...tentula ramai.
Dah puas bergambar, naik atas semulaa...sangap jugak nak naik tangga tinggi tu kan.. Bercampur dgn sakit tekak tertelan sulfur ni haa..adeeihhh lagi rasa peritnya..adeihhh.. Kat atas tu ada info mengenai kawah ni..masa turun excited sangat sampat tak sempat nak baca...sempat snap gambar ajer.
Ontang -anting comel ni..muat 12 orang kalau tak silap.
Alhamdulillah saya dah sampai ke tempat luar biasa ini...:) So, if datang ke Bandung ni jangan lupa singgah di Kawah Putih. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Kota Bandung. Almaklum jalan agak sesak dan sempit..tapi berbaloi la sampai sini..:)
Bila dah sampah bawah, ada beberapa kedai menjual souvenirs. Tapi kami singgah kejap ajer..sebab tak ada apa kami nak beli..just cuci-cuci mata. Kami cuma singgah di gerai strawberry dan kerepek. Beli sikit untuk makan kat bilik nanti.
Ada beberapa list tempat makan yang best kat area Ciwidey ni. Semuanya mengadap sawah padi. Irwan suggest kita makan di Saung Gawir, Ciwidey. Tempat ni jugak ada menyediakan resort penginapan. Menurut Irwan, kawasa sini pada malamnya is nothing...by 6pm semua orang dah masuk dalam rumah..sunyi sepi jadinya. Kami singgah sini untuk makan tengahari.
Geram ajer tengok permandangan camni...cantik kot..!! Restorannya sangat cantik. Tempat orangla katakan..semua yang kita tengok..semuannya cantik..!! Tapi memang betul cantik. Kawasan sini sejukk..pemandangan di persekitaran restoran pun cantik. Masa tu tak ramai sangat orang sebab belum time lunch pun..:)
Dari sini kita boleh melihat Gunung Patuha dari kejauhan.
Mushola (Surau) jugak disediakan untuk memudahkan kita untuk solat.
Indahnya permandangan kebun strawberry dan bukit-bukau.
Tempat makan kat sini didirikan di tepi-tepi curam bagi membolehkan kita untuk menikmati pemandangan alam yang cukup indah yang terdapat kat sini. Air yang keluar dari paip nak cuci tangan pun sejukkk..air datang dari kawasan pergunungan la katakan. Tempat makannya diperbuat dari buluh..dianyam dengan kemas teliti dan amat cantik.
Kat sini disajikan dengan Nasi Liwet iaitu makanan orang Sunda. Memandangkan kami sampai situ terawal sangat...nasi tu pun tak dan nak masak lagi.. End-up kami order nasi putih..:)
Kami order makanan yang ringkas-ringas ajer.:) Ringkas ke camni...rasa macam meriah ajer kann..hehehe. Lauk tak banyak tapi sedapp..!! Memang sedapla hidangan orang sana...makan sampai licin dibuatnya. Superb!!
Kami menikmati makan tengahari bertemankan permandangan yang indah pergunungan Ciwidey yang sangat mengasyikkan.
PakCik...buat apa tuu?? Petik strawberry yeaa...? Asyik sungguh makan kat sini...licin pinggan dibuatnya...pastu nak balik pun rasa malas sebab tak puas dengan view cantik camni..!!
Memang seronok berada kat tempat tinggi camni dengan suasana sejuk dan nyaman sambil menikmati makanan di samping di jamu dengan permandangan seluas mata memandang camni. Bertuahnya mereka yang tinggal kat kawasan sini. Peaceful bangat..!!
Dengan hati yang berat..kami pun melangkah keluar dari Saung Gawir ni..huhu. InsyaAllah kalau ada rezeki..panjang umur kami akan datang lagi ke sini.
Ada 1 kawasan pekan kecil di Ciwidey ni yang penduduknya menggunakan kereta kuda sebagan pengangkutan awam mereka. Memang banyak la boleh nampak merata-rata kat area Ciwidey ni. Bila sampai ke kawasan bukit ada pulak rumah-rumah kecil yang bercat warna warni ditepi jalan dan di depan rumah depa ditanam strawberry, kubis bunga, tomato dan macam-macam lagi..sebab kawasan sejuk ni nak tanam apa pun semuanya menjadi kat tanah tinggi ni. Tak sempat nak snap gambar..hp tengah charge masa tu. Ruggii...rugii....:( :(
Papa minta belikan jaket for him. So, Irwan bawa kami kat 1 tempat ni memang rata-ratanya semuanya menjual segala jenis style jaket. Kawasan situ memang terkenal dengan bomber jaket. You name it...you got it..contohnya..bomber surabaya, bomber bandung, bomber pria, bomber pilot, bomber zara, bomber wanita...etc etc. Harga kat situ memang tak boleh blaaahhh..murah!!! Saya grap 1 - 80kRp = RM20.00. Mula-mula tak percaya mamat tu cakap harga tu...berkali-kali jugak tanya..takut dia silap ke apa ke. Sebab, rata-rata sebelum ni saya tanya..cost is 150kRp above!! Yang ni dapat 80kRp..ko rasa???? Harusla beli lebihh kaannn!! Kalau nk buat berniaga pun bolehhhhh.. beli lagi banyak..lagi banyak diskaun akan diberikan.
Don't judge the book by its cover. Walaupun kedai dia tak berapa semengah...tapi hasil tangkapan bomber jaket kat sini..lumayan doonng..!! So, silala datang membeli segala jenis style bomber jaket..yang tak bomber pun ada..di Jalan Rajawali, Bandung.
Seterusnya Irwan bawa kami ke Jalan Dago, kat sini majoritinya Factory Outlet. Kami singgah 2 je FO sebab rasa macam dah penat dan hujan pulak tu. Gambar pun tak amek...adeeihh!!! Sementara tunggu hujan reda..rehat kejap. Tepi kedai ni ada gerai pisang goreng. Memang sedapla hujan-hujan jamu selera kann. Kat sini kami makan pisang goreng cheese. Kat sana memang terkenal dengan menu ni. Presentation pun cantik...
Next pit-stop is Pasar Kosambi. Singgah ni untuk beli kerepek. Kat Pasar Kosambi ni ada banyak kedai kerepak..tapi kami cuma singgah 1 aje..kiranya rezeki kedai tu la kan..rasa macam tak lalu lagi dah nak jalan jauh-jauh nak cari kedai lain. Itu yang ada depan mata..g situ ajerlah. Banyak jugak pilihan kerepek kat sini..siap boleh rasa/makan ikut sedap ajer..hehehehe.
Ni la kedai kerepek yang kami terjah..boleh je rasa mana-mana kerepek yang berkenan di hati..ambil dan ngap ajer...hehehe. Adeeihh gambar tak penuh pulak nama kedai tu..tapi kedai ni memang tepi tangga pasar tu ajer.
Saya hanya beli pisang salai..dan tempe goreng. Tu pun bimbang dah cecah limit access baggage...hahaha. Kena hand carry la all my kepek..masuk kargo kalu..mau lunyai jadi biskut hancur kepek2 saya tu..:)
Sementara tunggu Kamsiah pack her kerepek into the box..kami bergambar dulu... Lepas ni kami balik ke hotel...lepas maghrib keluar semula untuk dinner.
Lepas magrib, kami bersiap keluar dinner di CiWalk Mall.
Kami dinner di The Kiosk, Ciwalk Mall.
Saya boleh makan ayam hari-hari...so, jangan kecam saya..hahaha. Kat Bandung, my fav food is rice and ayam. Menu macam gambar kat atas ni...memang sedap lah kalau boleh makan hari-hari pun takpe..:)
Muka dah keletihan. Jom la kita balik hotel. Esok dah nak balik..moh la kita packing barang..hehehe. Lepas makan ada kot singgah kedai tudung beli 3 lai bawa balik kg. Selai dalam 50kRp = RM15 ajer...harusla borong kaann sebab murah!! Kedai pun ala-ala Arzu KLCC nuunnn conceptnya. Kelasssssss!! Lepas tu tak masuk dah kedai-kedai lain..mood shopping dah kelaut...duit pun macam di hujung tanduk aje yang tinggal ni...hahahaha..bertabahlaaa..:)
Sampai hotel, kami kemas-kemas la beg masing-masing dan siap timbang berapa kilo bag masing-masing. Nak diikutkan rasanya tak yah takut sangat sebab luggage kami memang boleh masuk 30kg. Apa-apa pun be on standby la kan. Rasanya cukup semua luggage kami. Lepas dah siap-siap kemas beg then tidoo...!! Esok last day..ada last minute shopping lagi ni.. Wait for the next post.
Sekian..:)