Monday, 22 May 2017

1st visit to Asian country..:) - Part 2


Salam to all my dear friends and family.

Meh saya continue cerita Bandung ni.  Bangun pagi tengok tingkap punyala cerah..saya ingat dah lambat dah pukul 7 lebih ke...rupa-rupanya baru 5am lebih ..punyala terang menderang ...dah gaya pukul 7am gitu. Sambung balik tidur kejap..hehehe.  

Btw, by 7.30am kami dah siap turun breakfast. Hotel dining starts at 6.30am..awal kaannnn?? Baguihla siap awal-awal ni...manala tau kot ada yang nak kena catch flight awal pagi ka...nak g Puncak ka...ada long journey to other places ka kan...  Good job Green Bataran. Janji dgn Irwan to fetch us at 8.00am..so memang we have ample time coz we start early.

Program pertama kami ialah Pasar Baru, tempat yang memang terkenal dengan syurga shopping di Bandung ni. Kami habiskan masa kat sana dari pukul 8.30am - 12.30pm.  Tu pun tak puas lagi membeli..punyala banyak memborong..hehehehe.


View dari tingkap bilik kami.


Breakfast sedap kat hotel ni..menu tukaq hari-hari.


Area Cihampelas banyak gedung-gedung baju.  Ni pun depan hotel kami. Everything walking distance.  Murah-murah baju kat sini.



Sementara tunggu Irwan datang..kami lepak-lepak dulu kat lobby.


Kami sampai Pekan Baru awal pagi..kedai pun banyak tak buka lagi.  Selalunya kita boleh habiskan masa sekitar 3 - 4 jam kt shopping complex, kt Pasar Baru ni yang dipenuhi dengan segala macam barangan tekstil ni, kita kena luangkan masa sehari suntuk atau lebih jika ingin melihat pelbagai baju sulam, kain sulam, jubah, batik dan beg beraneka jenama dan gaya.  Harga yang dijual kat sini boleh serendah 1/4 dari harga barangan sama yang dijual diluar. Business hours kat sini dari pukul 9.00 pagi dan tutup pukul 5 .00 petang.  Sesapa yang nak datang sini elokla sampai awal pagi sebab bila dah tengahari, manusia sangatla sesak sampai nak bernafas pun susah.



Aneka style kebaya.


Lace yang berlungguk-lungguk.



First kedai kena serbu ialah kedai jual telekung di 1st Floor, Recommended sangat untuk g kedai ni sebab adik yang jual telekung kt sini sangat baik hati bersopan santun gituu..hehehe.  Banyak boleh diskaun dan faham sangatla dengan kehendak kami orang malaysia ni yang nak murah..hehehe. Kedai telekung ni banyak jugak bagi diskaun kat kami.  Contohnya, telekung bersulam yang dijual dalam RM500 ke RM600 boleh kita beli dengan harga RM80 or below.  Kalau telekung biasa yang dijual RM80 to RM60 kat sana dijual dalam RM20 saja.




Kalau rasa boleh lagi shopping, boleh jugak jenguk kat 3rd floor..boleh try variety of jeans.  Kat 6th floor untuk borong hbag dari pelbagai jenama antarabangsa yang boleh dibeli dengan harga semurah RM20.00 and below.  Kena pandai cari yang elok-elok la..:)

Disebabkan Pasar Baru ni ada 8 tingkat, pakaila kasut yang bersesuaian so that tak cepat lenguh.  So, tak yahla cite panjang PB ni sebab rata-rata orang dah tau apa yang menarik kat sini.  Tolongla elak datang sini tengahari atau lewat petang sebab sangatla sesak. Tambah lagi dengan pengemis yang tak give up mintak duit.


Persekitaran di Pasar Baru.  Ni kat bahagian luar PB. Macam-macam jualan ada kat sini..name it got it.



Pisang keju


Durian ais


Setelah penat shopping, time for lunch.  Kena la isi perut dulu sebelum kita continue to our next agenda.  Kali ni kami makan masakan sunda.  Sedap sungguh la lauk-lauk depa kat Bandung ni...saya suker saya suker..!!  Irwan la yang bawa kami ke sini..dia recommend kita datang lunch kat sini sebab sedap and ada live band.


The entrance harus bergambar...bukti kami dh sampai.


Ada kedai menjual kraftangan buatan Indon.


Lauk-lauk yang sungguh enakk..rasa macam nak makan sangat banyakkk..!!




Nasi yang square ni is nasi putih.  Yang 1 lagi tu yang macam pulut panggang tu..nasi bakar dalam tu ada ayam yang dibakar sekali dgn nasi itu.


Tengokla gambaq udang-udang ni semua...enak-enak donggg..!!




Persekitaran kat sini pun best...memang tak boringla kalau duduk kat sini lelama pun.






Kami pilih lauk-lauk ni semua...then depa bawa p dapuq depa...depa perangat tau.  Bagi kita makan lauk yang dah perangat..so kita jamu selera tu lauk tak sejuk..semua lauk yang panas-panas.  And..ada additional green tea boleh ditambah-tambah.


Kekenyangan masing-masing.  Lepas ni kami akan ke Lembang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam jugakla.




Bila perut dah kenyang, our next agenda is to Farmhouse, Lembang.   Perjalanan nak ke Lembang ni lebih kurang 2 jam jugak la.  Kebetulan hari tu public holiday, cuti hari Wesak. Traffic pun agak sesak jugakla...bukan agak..tapi memang sesak bangat..!! Emm...mujur kami ada supir..bagi la dia yg drive..kami ni penumpang boleh layan zzzzz sebelum sampai Lembang.  Apa yang saya boleh ingat, jalan nak ke Lembang ni macam arah ke kawasan pergunungan.  So, jalan dia agak seperti mendaki bukit...bukan sikit dakinya...memang mendaki sungguh!! Tobat la saya nak drive ke sana...memang fail laa. Sebab memang jalan dia sangat mendaki!! Haaihh...baguihh sungguhla supir kami iteeww..chayook chayook!!




Sepanjang perjalanan kami dinikmati dengan permadangan seperti berikut...sila tengok gambar-gambar dibawah.  Ini hanya sebahagian...ada lagi banyak lagi...cukupla had ni aje dulu naa..hehe.




Style masuk kebanyakan taman kat sini ialah bayar di entrance waktu masuk dengan van/kereta tu.  Takde kaunter-kaunter tiket bagai.  Tiketnya dibayar dan diberi masa nak masuk parking tu.  Harga tiket ialah 20kRp seorg.  Sekitar RM6.  Tapi tiket boleh diguna untuk dapakan segelas susu segar (perisa asli/strawberi/coklat) Jadi, masuk tu  macam free la sebab dapat susu segar satu gelas besar free. Memang best..:)


Love Locks.



Memang penuhla orang mengunci cinta depa kat sini..hehehe




Cantik kan..kat sini banyak hiasan akar-akar camni.



Lampu lawaa...:)




Farmhouse ni besar jugak kawasan dia.  Kat sini ramai yang pakai baju kembang-kembang ala holland tu.  Tak pasti kena bahar ke tak untuk nak pakai baju ni.  Kami tak tau pun pasal boleh pakai baju ni.  So, kalau sesapa teringin nak pakai baju ni, masuk aje Farmhouse nanti, terus cari atau tanya staff kat situ mana nak cari baju ni.  Kalau dari entrance, pergi ke sebelah kiri kot.  Tempat baju ni di tingkat atas.  Kami tengok beratur jugakla orang nak pakai baju ni.  Bermakna tak mahal atau free la kot.  Dan stok baju ni macam banyak je sebab boleh kata 50% pengunjung pakai baju ni dan boleh pakai untuk ronda-ronda seluruh Farmhouse ni. Bestkan..:)















Kaunter untuk redeem susu.


Anak kambing biri-biri ni comel.. Boleh je masuk dalam kandang ni..dan pegang-pegang biri-biri ni.  Lapar sebenarnya kambing-kambing ni.  Kalau sesapa yang bagi makan..kat orang tu la depa kerumun.


Bukan kat NZ aje ada Hobbit house..sini pun ada... Tapi NZ lagi best la kann..hehe.



Bole beli seikat carrot dengan harga 2kRp untuk bagi makan kat arnab.


Rabbit in the house..!!


Matching takkk?!?!


Lori ni depa dah deco elok-elok..cantik..!!




Jika ke Bandung, jangan lupa ke Lembang.  Jika dah ke Lembang, pastikan ke Farmhouse..:)

Okey, dari Farmhouse ni, kami terus pergi makan kt Kampung Daun.  Katanya, kalau datang sini, memang wajib singgah makan kat sini.  Sedap sangat la ni kot kan..sebab famous bukan main lagi kan.  Lagi pun kami awal lagi ni kalau nak dinner.  Apa-apa pun ikut kata Irwan la yeaa..dia supir kami.  Katanya boleh minum petang dulu sebelum makan malam.  Baiklaa..kami ikut saja donngg..:)

Perjalanan diteruskan dari Farmhouse ke Kg Daun.  Rasa macam tak jauh less than 30 minutes lebih kurang.  Jalan nak ke sana agak sempit..lalu celah-celah rumah orang. Jalan kat sini memang agak sempit dan tak berapa rata.  Kami dalam van dh macam naik unta dibuatnya..huhuhu. Kami sampai Kg Daun dalam pukul 5pm camtu.  Suasana pun dah nak senja..dah nak masuk maghrib.


Akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju.  Ramai jugak orang makan kat sini..rasa macam ramai tourist yang datang sini makan.  Cantik sangat-sangat tempat ni..memang tak ada konsep camni kat KL.  Sejuk dan nyaman sungguh.  Sampai sini aje kami kena daftar nama, dan perlu tunggu untuk diberi no ke pondok makan.  Mujur masa kami sampai tu banyak pondok-pondok makan masih kosong.  Memang patutla kosong, sebab kami sampai sana bukan time dinner..ce kalau time dinner..mau kena berjanggut tunggu beratur amek nombor ni.







Sambil menikmati ciptaan tuhan..Subhanallah..cantik sangat tempat ni.  Laluan menuju ke pondok makan sangat bersih dan cantik..dipenuhi dengan tumbuhan semulajadi..Bersih dan selesa..  Air terjun ni original tau..bukan buatan punya. 


Pondok-pondok makan kat sini best.  Variety of sizes..ada kecik, ada yg besar mengikut capacity pengunjung. Nak panggil waiter, kena ketuk 'ketongan'.  Dalam pondok ni siap ada bantal lagi..boleh lepak baring-baring sementara tunggu makanan sampai. 


Konsep back to nature ni memang mengenala dengan suasana Kampung Daun ni.



Kat atas air terjun tu pun ada pondok-pondok makan.  Best kan..makan sambil menikmati deruan air terjun dan alam semulajadi.






Ni tangga untuk ke pondok makan di tingkat atas, besar sangat kawasan kt Kg Daun ni. Cantik kan?? Rugi kalau g Bandung tak mai makan kat sini.


Konsep order kat sini, pekerja akan datang bagi kad menu, pastu dia terus blahh.. Kita boleh pilih lama mana yang kita nak, tanpa segan silu tanpa paksaan.  Once dah siap pilih menu, ketuk la buluh yang ada kat tepi pondok ni, then waiter/waiteress akan datang amik order.


Batagor - Bakso tauhu Goreng


Ais Krim Goreng


Pisang Krekes Keju


Best makan kat sini..food sedap..environment cantik, gazebo kami sebelah air terjun, sejuk dan nyaman (mujur tak ada nyamuk), service tip top dan tak la mahal sgt..affordable gitu.. Haruuslaa kan sebab kami makan dessert ajer ni.  Ce kalau nasi...harga sure mahal...tapi masih dikategori mampu bayar gituuu..:)


Now dh pukul 6pm.  Suasana malam lagi breathtaking baq hang..!!  Lagi nampak cozy..eemm..i loikkee!!!


Siler sebut betul-betul nama mee tersebut.  Baagusss..!!  
Macam style mee goreng gituu..:)

Done with our dessert.  Lepas ni kami terus balik ke hotel..it's a long day today.  Jauh berjalan kami pada hari itu.  Dari Cihampelas, ke Pasar Baru, ke Lembang, ke Kg Daun. Balik hotel rehat kejap...then kami bersiap ke CiWalk mall cari makan malam and cuci-cuci mata shopping kat mall situ.

Saya akan bersambung lagi...


Sekian.

No comments: