Salam to all my dear friends and family.
Bilalah saya nak habiskan entry Bandung ni...tak lama lagi nak travel lagi..ke mana?...Nanti saya akan cerita..:)
Flight kami pukul 2.05pm..before 12pm kami dah kena ada kat airport..tau jelah keadaan jalan kat sini..jem kat merata-rata tempat. Janganla ambil risiko nak pergi shopping tempat yang jauh dari airport..takut nanti tak sempat..terlepas flightla jawabnya.
Jangan tak percaya, kami check-out awal..untuk sambung last minit shopping di Pasar Baru. Habiskan wang-wang yang masih berbaki jutaan rupiah ini...hehehehe.
Hasil dagangan kami di Bandung. Ni pun tak habis lagi shopping...siap boleh sambung lagi and repack semula kat epot.
Sementara tunggu supir kami sampai...bergambar dulu kt lobi.
Hari terakhir kat sini, seperti biasa wajib beli ole-ole di Kartika Sari dekat Jalan Dato tu. Memang famousla kedai tu..kalau tak singgah macam tak lengkap..orang semua bertumpu kat kedai tu je...bakul masing-masing penuh dengan bermacam-macam pastries..kek..brownies.
Segala yang berbentuk pastry semuanya ada dijual kat sini.. Kuih-muih, roti kering, brownies, kek, cheese roll, toast bread.
Saya hanya beli brownies choco chip & brownies tiramisu..tapi memang sedaplah brownies ni...tak heranla ramai yang datang memborong..sedap brownies kukus ni.. Beli untuk kawan-kawan rasa sorg sikit kat office..:)
Kami singgah kat Toko Kue Sari Sari. Just nk rehat kejap setelah setelah penat buat last minit shopping untuk kali yg terakhir.
Kami sampai airport terawal. Kami ada masa lebih kurang 3 jam untuk mingle around kat sini. Sementara nak tunggu pintu bukak...sementara nak tunggu beratur..kami minum2 dulu...:)
Kopi O Float
Crispy mushroom
Hangat weeyy masa ni...
Naik pintu belakang...seat kami belah belakng..:)
Byee....InsyaAllah panjang umur murah rezeki..kami datang lagi yeaa..:)
Bandung dari atas.
Semakin jauh Bandung kena tinggal...:(
In flight meal..lasagna pasta and muffin.
Ok..meh saya share expenses semasa saya kat Bandung ni..total lost pada kali ni bagi per person termasuk flight, hotel, makan, transport, entrance fee adalah seperti berikut :
Flight (Malindo Air ) = RM305.90
Hotel (Green Batara) = RM135.00
Transport / Supir = RM148.00
Meal = RM160.00
Entrance fee = RM142.00
(kiraan ni berdasarkan pembahagian 4 orang)
Rate : Rp1,000,000.00 = RM322.00
Akhirnya...selesai jugak cerita Bandung saya ni. Jadi la untuk kenang-kenangan dan reference untuk saya dan kawan-kawan..:)
No comments:
Post a Comment