Salam to all my dear friends and family.
Rasanya semua duk pakat-pakat pi Openhouse lagi ni kan..raya kita kan sebulan. Ni saya nak cerita raya saya untuk tahun 2017. Emmm...tak lain sangat dari tahun-tahun sebelumnya...sama ajer. Cuma tak semeriah dari tahun lepas. Tahun ni kami beraya hanya 4 orang yeaaa... Yeaa 4 sahaja gituuu.. Family lain semua raya ramai-ramai...kita plak 4 orang kenapa ekk?? Hehehe...adat berumahtangga begitula kan..harus berlaku adil. So, for this year..semua abang-abang and adik-adik saya beraya di rumah mentua depa masing-masing. Ada yang balik Kelantan, balik Seremban, balik Perak, balik Penang pun ada..:) Cuma adik saya seorang aje beraya kt Melbourne...dia kerja kat sana. Wife + kids aje beraya kat sini..insyaAllah depa akan menyusul tak lama lagi.:)
Tak kisah la ramai ke idak...raya kena la beraya jugak kan. Menu pun ala kadar ajer..main dish Laksa, Sate, Ketupat daun palas + kuah kacang. Lain-lain tu biasalah macam biskut-biskut raya...kek...puding tu semua standard.
Guest yang datang pun ramai jugak.. Lepas depa pi Istana mengadap Sultan, memang menjadi routine jugak depa zasss datang rumah kami. Sebab papa merupakan sedara paling tua dah sekarang ni. Hat lain semua dah tak dak. Tak sempat la nak bergambar dengan tetamu yang datang beraya...sebab saya jadi orang kuat dapor gituuu...hahahaha.
Saya bertolak lepas solat terawih. Papa kata dia nk last terawih kat surau ni...So, i pun OK jer... Malam tu memang slow moving traffic. Kami singgah Tapah makan kat sana. Mujur masuk Tapah tak ramai ...and I have my fav spot to park my car..which no body knows....keh keh keh. Actually, parking tu for Papa's convenience..easy access to toilet tak payah menapak jauh..:) Next stop kat Simpang Pulai.. ni memang kena stop mata dah tak larat nak bukak...tidoq la sejam kt situ. Rupanya memang banyaakkk kete bhenti situ berehat siap sahur sekali. Apa2 pun its an experience travel malam raya ni..:)
Dah sampai kampung...almost 7am jugakla... Lambat kaannn?? Tapi yang penting kami selamat sampai.
Ni juadah last buka puasa..meriah kan? Izuan and his family still around masa ni....dah malam sket depa pun balik Sg Dua. Tinggal la kami 4 orang..:)
Menu raya kami..sedap kann..walaupun simple...rasa dia kebabomm tauu.. Aunty masak sedaaappp..!!
My small family..:)
Pondok ni kat belakang rumah saya ajer. So, kalau sesapa nak photoshoot ke..boleh je datang sini..nk buat iklan ke...photoshoot kawin ke...nak berparty ala-ala kampung ke boleh sangat-sangat...:) Harga boleh dirundingggggg..:) :D
Berangannn itu freee kann...layan perasaan sorg-sorg...hehehe
Kucing kampung.."Ta" nama diberi. Dia balik nak makan ajer...lepak dlm 2 3 jam..lepas tu dia keluar la p cari awek...hehehehe.
Sempat singgah beraya rumah Tok Nda ajer.. Kesian Tok Nda..dah uzur sangat haa... Doa semoga Tok Nda and family baik-baik aja kat kampung..:)
Kan dah kata....mmg pondok ni boleh buat backdrop photoshoot...hehehehe
Dah tak banyak pondok camni kt kampung...kebanyakan dah transform to rumah batu.
Ruang dalam pondok... Kalau nk lepak tidur pun boleh...complete furniture termasuk katil pun ada dalam pondok ni.
Pokok mangga telur tepi pondok ni ajer...punyala banyak buahnya..hingga tamu mai beraya pun boleh amek petik bawa balik as buah tangan..:)
3rd Raya tu...Abg-abg dan adik yang beraya di perantauan a.k.a rmh mentua, balik mai kedah. Giliran sini pulak..selalunya camtula..ikut giliran.
4th raya saya dah balik KL. Tak mau nak semak sesak jem kat hiway..better we make a move first. Gerak lepas Subuh...bfast pun kt Tapah...by 11am kami dah sampai KL. Alhamdulillah ..smooth journey on 4th raya tu..traffic pun tak banyak lagi.
Dah smp awal kt KL...harusla buat laundry kan. Tak kuasa nak simpan lama-lama baju dari kampung ni..:)
So, sambung terus menulis openhouse la yea... Lagipun blog raya ni rasa macam pendek dan gambar pun tak banyak ... Jadi, saya campur dgn openhouse sekali lah..:)
2nd week of Syawal. Majlis rumah terbuka my aunty buat kat Royal Selangor Club. Ramai adik-beradik, sedara-mara, sepupu-sepapat datang kat sini. Semua dah datang sini..kiranya terus berhari raya kat sini..then tak payah dah nak datang rumah. Kalau nak datang rumah pun boleh...tapi dah semua pakat duk jumpa kat sini kan...so, kira beraya terus lah kat sini..hehehe.
Bergambar dengan tuan rumah. Tq aunty for the invitation. Makanan semua sedap-sedap..!!! Bertambah-tambah dibuatnya..:)
3rd week of Syawal. Yang ni memang unplan. Earlier saya dan Amie keluar gi KLCC. Nak beli barang and survey barang kat sana. Then, kak mama called, dia tanya kat mana...buat apa now..etc etc. I told her kt klcc ni nak coffee2 tengah cari tempat lepak. Dia kata..tak payah..meh lepak rumah kak..meh beraya..kak buat makan-makan sket. Pucuk dicita ulam mendatang...boleh ajer..terus zass keluar klcc g rumah kak mama. Rupanya dia buat untuk kawan-kawan Batrisya and Danish. Dah alang-alang tu...dia jemput terus. Kebetulan memang ada makanan pun. Tak lupa jugak dia jemput Kak Yan, Fiza, Wawa and Anie.. Masing-masing semua tengah berangan kat rumah doing nothing at home...berjumpa jugak kt rumah kak mama.
Grilled chicken in the making.
Bukan grilled chicken ajer, mee kari, pasta, dessert, cookies, cakes
Kak Yan pun ada...gamat betul kalau dapat bersembang dengan Kak Yan ni...gelaakkk aje..:D
Chef yang sentiasa sibuk di dapur. Sempat snap gambar ni aje. Nanti bila-bila kita amek proper pics.
Amie, Anie, Fiza & Wawa... Thank you so much tuan rumah...jangan serik jemput kami naaa... Kami sudi je datang jika ada kelapangan. Tq jugak..siap tapau mee kari + grill chicken tuk TY.
3rd week of Syawal. Setiap tahun without miss...Tax FS mesti buat jamuan hari raya. This year lain sket..kita semua g makan kt Rebung Restoran, Chef Ismail yg terkenal tu. Dulu restoran ni dekat je dgn ofis kt Bangsar ni. Now depa dah pindah p Bukit Aman nuun. Tak lah jauh pun..mgkn sana tempat dia besar dari bangsar ni la.
Its Joy's bday on 11/7.
Bergambar kat sini..bukti kami dah sampai dulu sebelum yang lain sampai.
Reservation nama boss...tapi depa pandai2 plak tukaq tambah 'Jane' tu..hahaha. Mujuqla boss tak kata apa...
Hidayah bawa baby Yasmin.
Our big family in Tax FS. Thank you Jennifer for this lovely raya makan-makan. We love it so much..!!
Sekian dulu cerita raya dan openhouse. Nanti kalau ada cerita lain saya akan update lagi.
No comments:
Post a Comment