Salam to all my dear friends and family.
Kemana kita hari ni? Sepatutnya ada a few places we can explore on that day. Disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan..kami terhadkan hanya explore certain-certain place within walking distance sahaja.
Earlier plan is to go to Hokkaido University Campus, Shiroi Koibito Park, Nakajima Park, Susukino, Red Brick, Clock Tower, Sapporo Factory. End up hanya - Odori Park, Sapporo TV Tower, Red Brick, Sapporo Factory sahaja. Tempat-tempat ni semua either just walking distance or boleh naik subway.
Pagi-pagi kena hantar our delegates to Hokkaido Uni dulu. Conference starts at 8.30am. Lepas dah hantar depa, then kami balik bersiap, breakfast etc and out u go.
Early morning traffic di Sapporo
Ada pokok apple tengah-tengah jalan tu. Yang peliknya buah lebat dan tak hilang pulak tu. Baguih sungguh depa ni...buat lebat camtu tak hilang. Kalau kat negara kita ni..tinggal dahan je dah rasanya.
Dari aptmt kami station subway tak jauh..6 minutes walking distance. Sebelum nak jumpa station tu, memang kena sesat larat la dulu..ntah mana-mana hala kami terjah tak jumpa stationnya. Merata orang kami tanya subway ni. Akhirnya jumpa jugak stationnya. Memang tak jauh..tapi sebab tempat ni kami tak biasa so..confirm sesatla kami semua ni. Orang sana English depa tak berapa nak faham. Kenala bercakap macam ayam dan itik..huhu.
Beli daily pass, harga 830 yen - RM31 (weekday) dan 530 yen - RM20. Valid untuk sehari sahaja with unlimited subway rider. Naikla sampai lebam kemana sahaja. Kalau nak guna lagi esoknya, beli daily pass lain. We as a tourist this pass is cheaper. If not 1 trip aje is 200 yen - RM7.50.
Menuju ke Odori Park.
Dari Misoho Station ke Odori Park, Toho Line.
Suasana dalam train. Majority semuanya buat hal masing-masing. Tengok phone, baca buku, tidur..tak dengar pun depa menyembang ke apa ke. Yang dengar hanya suara kami sahaja.
Sapporo TV Tower ni tingginya 147.2m shj. Lokasi tower ni kat Odori Park. Kalau time winter, tempat ni memang port untuk winter festival yang famous tu.
Kat sana hujan shj tak tentu hala. Mula-mula dia hujan..lepas tu redup...lepas tu stop. Tak lama lepas tu..hujan balik. Perjalan kami agak terhad pada hari tu..sbb gloomy day.
Sapporo Factory, shopping mall paling unik di Chuo-ku, Sapporo. Macam berada dalam warehouse pun ada...macam rumah hobbit version melangit tinggi pun ada. Dari luar memang tak sangka ni shopping factory, tapi bila dah masuk ke dalam..memang lain dari yang lain conceptnya.
Hujan baru berhenti masa ni... Sebelum kami sampai sini, kami berteduh dulu. Lama jugak kami lepak kat situ sementara nak tunggu hujan berhenti.
Daun ni la yang cover dinding factory ni..macam maple leaves...cantik kan.
Dalam Sapporo Factory ni terdapat lebih dari 160 kedai fashion, souvenir ships, restaurants, cafe, cinema. Bahagian atrium kat tengah ni ada restaurant/cafe kita boleh have a short break after a long day shopping kat sini. Historynya, tempat ni merupakan Japan's first beer brewery dan kompleks ni masih mengekalkan dinding batu bata merah yang original.
Di bahagian belakang Sapporo Factory, bangunan dia adalah bangunan lama, dulu bangunan ni merupakan kilang membuat beer. Masih mengekalkan batu bata merah. Dari sini, kami berjalan hingga ke Red Brick. Agak jauh jugakla dengan hujan yang semedang turun tak henti-henti.
Old Government Building ni jugak known as 'Red Brick'..bangunan ni dari jauh lagi dah nampak color merah dia tu..kat tepi bangunan ni ada pond kecik..tapi sayangnya tak sempat nak terjah sebab hujan..huhu.
Tempat ni open for public dan boleh masuk free of charge..so, tempat yang free harusla kita terjah dan selami traditional culture kat sana.. Nak juga tengok rupa bentuk dalam bangunan lama ni kan. Datang jauh-jauh tak explore rugila kan.
Kat tingkat atas.
Model ni made of sugar
Hallway kat 2nd floor ni..dalam bilik2 tu ada exhibitions and historical artifacts dari zaman dulu-dulu.
View dari tangga tepi main entrance.
Autumn fest ni sebenarnya untuk memperkenalkan makanan yang terdapat di Sapporo. Macam-macam jenis desserts, fruits, cakes, vegetables, jams, ice creams..etc etc etc
Masa kami sampai kat sini..most of the stalls dah nak tutup. Kat sana gelap awal by 6pm dah gelap..huhuhu.
Cheese stick with strawberry cream.
Take a break for a while..setelah berjalan jauhhhh.
Sebelum balik kami singgah kat tempat jual sayur ni beli fruits sket. Barang makan kat sana mahal-mahal belaka..huhuhu.
On our way home, kami naik subway. Nak dijadikan cerita kat sana kami sesat. Sebenarnya tren, line, subway, station semua dah betul. Kami turun pada pintu yang salah. Kalau nak diikutkan..sepatutnya kami keluar kat Gate 2 instead of Gate 1. Kami memang tak tahu yang station sana ada 2 Gate. Ingatkan station kecik ajer..so situ la pintu keluar masuknya..rupa-rupanya salah..!! Sepatutnya kami dah boleh sampai apmt kami dalam masa 6-10 minutes sahaja. Disebabkan kami sesat tak jumpa langsung jalan yang kami datang pagi tadi...totally different route. Hari dah semakin gelap... End up tahan taxi..take us home. Dengan keadaan hujan lagi pada masa tu...dengan gelapnya lagi..must as well we take a taxi..lagi selamat. Taxi pun tak jumpa apmt kami yang mana satu..sebab hujan sgt lebat..jalan kat sana pun nampak macam semua sepesen ajer..huhu.. Dah lama pusing-pusing cari alamat apmt kami..Alhamdulillah kami semua selamat sampai..legaaaa..:)
Malam yang teramat letih...malam yang kami sesat tu...kami dihidangkan dengan Gulai Ikan Salmon. Malam tu memang kami makan dengan penuh syahhduuuu....sedaaappp!!!
Sekian dulu untuk kali ni...nanti saya sambung lagi kisah Sapporo ni ya..:)
No comments:
Post a Comment