Monday, 2 October 2017

Sapporo - Day 3


Salam to all my dear friends and family.

Pagi ni as usual hantar our delegates to Uni dulu. Amek Kak Fazillah and Kak Azlina kt hotel depa, then balik semula ke apmt, mandi, breakfast dan bersiap.  Journey untuk kali ni agak jauh jugak..dalam 3 jam perjalanan tu pun stop merata jugak.  Pagi-pagi tengok cuaca dah mendung semacam.  Takperla..apa2 hal pun kena jugak proceed as plan kan.  

As usual jugak..breakfast sudah siap tersedia...seronok berjalan camni makan minum siap terhidang atas meja..hehehehe.  Belanja breakfast kami dah jimat selama 7 hari kami kat sana..syukur alhamdulillah. Kami gerak dalam pukul 10am camtu.  Kena singgah Uni pulak...participant tag tertinggal..adeiihhh.  Menujula ramai-ramai ke Uni hantar tag.  Settle semua its time for us ladies adventure to Furano.  Apa ada kat Furano ni?  Furano ada sebuah daerah pergunungan yang letaknya di jantung Hokkaido gituuuu...  Untuk ke sana lebih kurang 2 jam ++.  Sepanjang jalan ke sana kita akan lalu daerah perkampungan jepun..kebun-kebun buah...kebun-kebun sayur..kiranya kita jelajah jalan kampung la ni. 


Main entrance depan Uni, pergi sana semula hantar taq ..tertinggal lah pulakk...huhuhu.



Tram di tengah bandar Sapporo



Let's us start our journey. Kami cuba untuk set our gps to Furano guna jalan kampung, but then gps tu tetap arah ke hiway jugak.  Tak tau dah nk set camne gps ni agar kita boleh jimat dari guna jalan toll ni.  Tak per, kami lalu jugakla jalan hiway bertoll ni.  Nak tak nak kena jugak bayar toll kan.  Kalau nak ikut taram arah jalan sendiri memang tak sampai la kami nanti. Takut lagi jauh ke apa ke kan..kita tak tahu sebab ni tempat orang.  Baik kami ikut perintah gps..hehehehe.  



Sepanjang jalan nak sampai sana, hanya menikmati pemandangan yang indah diluar tingkap ajer..walaupun mendung...still nk kena enjoy jugak the view.  Kalau cuaca elok..for sure lagi cantik viewnya..rumah orang, jalanraya, sekolah, gunung-ganang, sungai..memang nyaman dan aman.  Yang kuning-kuning tu ialah padi yea kawan-kawan..tunggu  masa nak harvest sajor.



Siler pastikan anda patuhi speed limit kat sana tau.. If not nanti gps akan terjerit2 suruh slow kan kete.. Senak perut rasanya bawa kete slow-slow ni..huhu.




Approaching the tunnel.  Sana banyak tunnel..tahula kan sana kawasan gunung-ganang... Kalau winter memang cantik kat sini..terkenal dengan tempat main snow.




After 2 hours driving...percaya ke tak our gps ni warning suruh take a rest.  "You have been driving for 2 hours, please take a rest at your nearest rest area" gituuuu...:) :D


Punyala cantik R&R depa ni...bersih! Toilet berkilat sparkling clean!! 





Toilet pun cantik bersih ...:)




Exit di Mikasa, menuju ke Furano.


Toll [Yen 2310 = RM86.00.] Bapaakk maheeii!!


Sepanjang perjalanan ke Furano, memang ini ajer view.  Tetap cantik di mata kami, something rare and new to see.  Masa tengah enjoy the view, kebetulan ada sign cherry picking di Ashibetsu.  Why not kita terjah ke cherry picking..untung nasib dapat merasa buah cherry fresh from the farm.  Memang ada a few signboard on fruits picking ni, tapi kami lebih berminat pada cherry.  Walaupun ada signboard yang kami tak faham nak baca, berpandu pada gambar and a little bit of English signage, kami berjaya jugak sampai ke tempat yang kami ingin tujui walaupun bukan dalam program for fruit picking.



Malangnya bila kami sampai kat sini, ladang ni sunyi sepi.  Heran la jugak mana p semua orang ni.  Depa ni jenis tinggal ladang camtu ajer ke tak ada sapa yang monitor.  Puas la kami ber 'hello'2..tak ada jugak orang yang datang tanya khabar kami...huhu.  Tiba-tiba datang sorg awek jepun ni.  Dia bgtau ladang ni buahnya dah habis, dah bukan musim dia lg dah.  Dah nak masuk musim sejuk, so depa nak kena buat preparation dari segi semburan racun, tanah, agar tanaman depa terjamin quality untuk musim berikutnya. Dia tak la sembang English baguih punya...tapi dia guna google translate and show to us the meaning through her mobile phone ...gituuu!!  


Ni bukan cherry yea kawan-kawan..ni mcm mini grape.  


Ada 1 pokok ni...ni ajer grape yang ada selambak camni.  Tolong jangan makan..takut dah disembur racun.


Kami dipelawa masuk dalam kilang penyediaan buah.  Buah-buah tu semua boleh beli.


Nama ladang cherry


Proses penyediaan buah-buahan untuk jualan



Kak Fadzillah dah beli tu...harga boleh tahan jugak mahalnya..huhu.


Under the mini grape tree.


Masing-masing dah selesai beli buahh..moh la kita p tengok ladang bunga pulak.  Cuaca pun menduuunng sokmo..memang tanda-tanda akan hujan ni.




Kan dah hujan.  On our way to Furano


Akhirnya kami selamat sampai juga kt Tomita Farm ni.  Hujan pun macam tak ada tanda-tanda nak berhenti..sekali lagi sediihh..:(  Tomita Farm ni memang terkenal kt Furano, Hokkaido.  Bunga yang paling terkenal kat sini is lavender, ladang dia memang luas dan memang sesuai untuk orang-orang yang macam kita suka bunga ni.  Musim lavender yang paling sesuai untuk datang ialah Jun hingga awal Ogos. Masa ni memang semerbak harum bau lavender kat sini.  Entrance dan parking kat sini FREE.  Tengok...ladang seluas alam ni depa bagi kita masuk FREE ajer. Kalau kt M'sia ni..dah berpuluh-puluh hengget kita kena bayar.



Make sure, rasa aiskrim Lavender sedap..sedap habaq hang..!!  Dia punya lemak berkrim..penuh 1 cone tu..nak habis pun rasa sayannngg ajer.  Memang filling betul aiskrim sana.  Rasa dia memang unik..rugi tak rasa..mai jauh-jauh tak makan ..rugi rugi..kekeke.  So, kenala rasa..at least once..!! Yen 300






Dalam kebun ni kita hanya boleh tengok bunga lavender, tapi kalau nak ikutkan ada macam-macam jenis bunga lain yang terdapat kat sini.  Kat kawasan sini terdapat ladang Hanabito yang buat bunga poppies, marigolds, ladang Sakiwai yang ada 4 jenis lavender iaitu Okamurasaki, Yotei, Hanamoiwa dan Ungu Gelap Noushiyazaki.  Info ni semua ada tersedia dalam pamplet.  Boleh refer kat sana.  Cuaca hujan..memang buatkan perjalanan kami sangat terhad..:(




Disebabkan hujan..frust jugakla sebab tak dapat nak explore lagi jauh. Kawasan lavender ni sangat luass..!!  Banyak lagi bunga yang cantik-cantik yang kami jumpa kat sini.. Kalau ada sun light...sure gambar kami kebabommm lawaa i tell uu..hehehe.  To those yang mengemar lavender, saya cadangkan datang in July, masa tu memang penuh la dengan lavender.  Lepas tu boleh singgah Lavender East, 4km dari Farm Tomita..kt sana memang seluas mata memandang.




Lepas dah tour setengah Farm Tomita ni kami lawat..kat sini jangan risau, banyak kedai cafe and souvenir shop. Antara benda yang wajib bila datang sini, kena rasa aiskirm lavender.







Saya suka Farm Tomita ni and is a must to go place when you're visiting Hokkaido in summer/spring/autumn.  Farm ni mempunyai tarikan yang tersendiri.  Mujur kami travel by car, sebab lagi senang nak explore lagi banyak ladang bunga by car route.  Ada sedikit terkilan disitu sebab hujan...uhuukkk uhuukkk.. Tu tandanya kena repeat datang sini lagi pada musim yang lain pulak.  InsyaAllah ..ada rezeki kami akan datang sini lagi.






Blue Pond ni terkenal dengan keindahan tasik biru yang menakjubkan.  Kawasan sini kecik ajer, dan tak amek masak yang lama pun kalau nak tour..memang tak ada apa-apa pun kat sini, no toilet, no shop, no hotel,..:) Kami tak lama kat kat Blue Pond ni..lagi pun hujan..huhuhu.  Nak lama-lama kat situ pun bukan ada tempat berteduh.  Tapi tempat dia, MasyaAllah..walaupun dalam semak camtu tetap ada keindahan disitu.






Ni kalau cuaca matahari tengah hangat lit lit ...definately terang lagi terserlah air biru tu.  It's a gloomy day...nampak pun gloomy jugak.  



Puas hati dapat jejak Blue Pond.  Dah boleh cite kat kawan-kawan kat M'sia..:)


Next stop is the restroom.


Berapa punya cantik daaaaaa toilet depa.


Done Furano trip.  Alhamdulillah everything went well..eventhough its raining whole day.  Apa-apa pun kami bersyukur sepanjang perjalanan kami lancar semuanya.  Dapat tengok tempat-tempat yang tak pernah kami jumpa sebelum ni, yang hanya baca kat google sahaja.  So, kali ni kami dapat tengok depan mata kami sendiri.  Jom la kita balik Sapporo, kesian kat kawan-kawan yang lain, depa tak boleh nak balik apmt sebab kunci rumah kat kami...haraaap maaafff..  Depa semua lepak dulu kt lobi hotel.  Perjalanan balik ke Sapporo mengambil masa 2 jam jugak lah. Sepanjang jalan balik ke Sapporo, saya drive..mujur ada gps ni tak la sesat larat kami ..hehehe.  


Selepas hantar Kak Fazilah & Kak Azlina balik hotel, kami ke Tanukikoji Shopping Street. Ingatkan nak balik, rupa-rupanya tak mau balik lagi.  Jom la kita explore TSS ni dah alang-alang dekat sangat ni. Tempat ni panjangnya lebih kurang 1km..macam long-arcade gituu.  Sepanjang arcade ni ada lebih kurang two hundred shops that runs east and west in downtown Sapporo.  Kat sini u name it you got it..ada restaurants, karaoke bars, night clubs, kedai souvenirs, local food products, cheap cosmetics to kimonos, tea etc etc etc .  Kiranya tempat ni great place for street shopping.  There is a 7 storey high Donji-quote kat sini.  Kiranya kedai ni menjual everything from LV, SF, Prada bags, electronics, household products to fake eye lashes, diapers and food too!!


Jarak dari satu pintu ke satu pintu yang lain tu lebih kurang 300 meter.  So, bayangkan berapa banyak kedai yang berderet-deret dalam tu.  Tolong pakai kasut yang bersesuaian kalau nak datang shopping kat sini..sebab bykk kedai nk terjah.




Tanukikoji ni lebih kurang macam PS kt M'sia ni.  Lot-lot kedai yang berbumbung..so kalau hujan ka..panas ka..snow ka..kita jalan bawah tu tak la rasa bahang cuaca.  Kat sini banyak barang macam perhiasan, boot, kasut, baju dan macam-macam lagi ..harga? boleh tahan jugakla kena pandai cari barang-barang yang kita nak tu pada harga yang sesuai dengan poket kita ni. 




Kat sini harga dia boleh tahan jugakla...dah nama pun Jepun kan.. Phewww..lengguh kaki berjalan dalam ni..sebab panjang sangat!!  So, kami jalan sekadar yang mampu sahaja.



Its a wrap for today.  Banyak jugak tempat yang kami sempat pergi walau dalam keadaan cuaca hujan pun kan.  Walaupun tak seperti yang kami inginkan...apa-apa pun kami puas hati..:)

Another adventure in the next story...stay tunnee..:)

No comments: