Wednesday, 30 December 2020

Trip to Kuantan and Cherating

Salam to all my dear friends and family.

Dah lama kita ni duduk rumah kan..dari PKP, sambung ke PKPD...lepas tu sambung ke PKPB...and now sambung lagi PKPB sampaila tahun depan 2021.

Tahun ni rasa laju sangat masanya berjalan berlalu..rasa macam nothing yang I achieved for this year..melainkan WFH. Rasanya tahun depan ni pun sama jugak la schedulenya WFH dan masuk office alternate week.

Biarla semua tu jadi kenangan saya dalam blog ni untuk tahun 2020 ni. Lain yang kita rancang..lain yang jadinya kan. Takpela...kita sebagai umat manusia...kita boleh berdoa..agar covid 19 ni..segera terhapus dimuka bumi kita ini..InsyaAllah..Aminn.

Kebetulan sebelum PKPB somewhere in Oct. Me and my friends plan to go to Kuantan and Cherating. Masa plan tu..kita dah boleh rentas negeri/daerah dan kena patuh SOP. As usual trip kami tak lama..3h2m aje. 

Short escape with good foods and good friends. Now I know why Kuantan & Kemaman is such a have for foodies. Banyak sangat restoran & cafe kat sini yang tak cukup sehari untuk kami explore semuanya..sebab tu kami decide soon kami akan repeat Kuantan just for foods...only foods!!

Emmm not too sure apo bondo ni...mmg benda ni berdiri tegak je la...huhu

Tak ingat apa nama kedai makan ni..tapi kedai ni kat area Teluk Cempedak. Not bad la nasi ayam dia. Kami kan baru sampai dari KL..so apa yang kami nampak..kedai tu la kami tuju dulu.





Round-round Teluk Cempedak jap sebelum kami check in hotel.


Lepas makan...kami terus check-in di Swiss-Belhotel Kuantan. Hotel ni biasa aje to me..tapi yang tak bestnya ramai sangat umat manusia yang check-in kat hotel ni. Tapi tak salahkan guest jugak la...time ni la nak bawa anak-anak family pergi holiday. 




Lepas kami rehat solat kejap..no time to waste. Moh la kita pi jalan-jalan cari makan. 


Mulanya kami nak makan kedai kek lain...tapi kami terjumpa kedai kek yang ni dulu. Then, kami singgah kedai ni. Noha Cakes.





Sedap kek kat Noha ni...surrounding pun cozy tak ramai tak sesak. Tunggu pun tak lama. 


Lepas dah makan kek…kita cari makanan yang heavy sket. Tapi..sebab still kenyang kami cari jugak tempat makan yang pernah viral kat socmed. Kami ke Kimstone Foodcourt. Tempat ni pun tak jauh dari hotel kami menginap. Terletak di jalan Beserah..waze aje mudah kalau nak dating sini. Sampai je kat sini, Alhamdulillah ada parking kereta..still byk kosong.. mgkn sebab still early kot. Kalau lambat-lambat sure penuh tempat ni.



First time datang sini..waaa teruja juga sebab tempat ni cantik dipenuhi dengan cahaya lampu..Dekat Kimstone ni ada beberapa gerai yang menjual menu-menu western dan berbagai lagi menu lain. Malam tu kami order sate, yee mee, kerang bakar and drinks. Sebabnya perut masih kenyang dengan kek kat Noha tadi. 




Tempat ni menjadi tarikan utama pengunjung untuk singgah kerana kecantikan suasannya yang indah dengan lampu-lampu di malam hari yang mengasyikkan. Ok..sekian dulu..jom kita balik hotel. Dah makan kenyang kan. Esok kita sambung lagi.

Sebelum kita check-out..meh la kita bergambar jap kat area hotel ni.  Boleh tahanla tempat ni..tapi dinasihatkan..time covid2 ni...tolongla jaga SOP. Dalam pool tu..ramai nauu ha dengan manusia...huhuhu.  







Lepas check-out kami singgah makan di Nasi Kerabu Kemira, Tanjung Lumpur. Sayangnya bila kami sampai sini, banyak dah habis. Kami pun lewat sampai sini..sebab sebelum tu kami singgah di Jeti Nelayan, Tanjung Lumpur.



Inila Jeti Nelayan Tanjung Lumpur. Kami singgah sini untuk amek gambar aje..nak singgah makan kedai pun tak buka lagi.





Next is the famous Kula Cakes. Best jugak tempat ni. Yang tak berapa nak berkenan tu..sebab kena queue lama. Kami queue dekat sejam jugak la...aduhaaii...tapi demi kek...kami laluinya dengan hati yang tabah dan rela...hehehehe.



Muka ada senyum dapat kek..:)


Bergambar kenangan disini haaa....dan menara Teruntum.  Kalau orang tanya...dah pi ka...? Daahhh...hehehehe.



Next is Puteh Beach Bar. Tempat ni memang happening! Tempat ni dalam kawasan hotel Adena Beach Resort. Kalau uolls mai stay hotel sini bolehla layan tempat ni sampai malam. Tapi, kami singgah sini untuk lunch dan bergambar sahaja. Upon entrance guard akan tanya nak kemana? Bagitau aje nak p beach bar..depa bagi masuk, park keta kat tempat yg telah disediakan. 





Menu ni dah tak ingat plak nama2nya...aduuhh







Kami check-in sini plak.


Lega dah check-in. Masa ni the manager bagi briefing sikit. During PKP ni..mmg ada time untuk guest nak mandi pool and breakfast. Which is very good la kan. Tak la semua guest serbu at one time dalam pool and tempat makan. The hotel limit kan 1 hour untuk mandi pool. Ada list2 nya tu.. Same goes for breakfast jugak..which is I suka sangat konsep camni. Tak la rasa semak ramai dengan manusia.




Our villa for day 2.



Bilik yang sangat selesa for the 4 of us.


Petang pukul 6pm kami turun mandi pool till 7pm. Tak ramai langsung!! I likeeee!!




Tengok sunset.


Kami dinner di Kemaman. Tak jauh pun dari Cherating tu. Kedai ni pun ada hotel staff yang rekomen kat kami. Nama rest ni is Laguna Ikan Bakar, Kemaman. Masakan dia sedap!! Memang tengah lapar...so habis licin semua lauk2 yang kami order malam tu.



Next morning..lepas breakfast..kami pusing-pusing sekitar RCCV ni. To those yang nak mai sini...sangatla dialu-alukan. Tempat ni memang superb!! 












Ok dah nak balik dah. Saya plan nak datang lagi kat sini..tapi 1 je yang tak best...hotel ni tak mesra OKU...nak bawa Papa datang sini..mmg kena fikir 3 4 5 kali la..kesian plak kan. Tempat banyak sangat tangga2..mmg tak sesuai untuk orang tua & OKU. 


Sebelum balik KL, kami singgah lunch di Kedai Mok Na, Tanjung Lumpur. Lauk2 kat kedai ni semuanya yummeeehhh!!


Berakhir sudah trip jjcm kami. InsyaAllah kalau ada masa...ada rezeki kami plan nak pi lagi Kuantan ni. Sekarang ni kalau kita plan nk pi mana-mana...kita kena tengok sama..negeri/daerah mana kita rasa selamat untuk kita travel tu. Kalau rasa macam bahaya lagi tu...harap tangguh dulu la yea...bagi kes covid ni bertenang dulu bagi aman dulu...barula kita plan semula.  

Sekian dulu....

Bye.

No comments: