Salam to all my dear friends and family.
Trip kali ni JJCM ke Ipoh. Kami pergi sehari sebelum cuti hari Malaysia..sebabnya 16hb tu kononnya bolehlah rest at home kan..dan confirm kami semua ni akan sampai rumah lewat malam.
Kak Su & Aiza berkumpul semua kat rumah saya..gerak dari rumah saya dalam pukul 9am++ camtula. Then kami singgah R&R Rawang for lite breakfast..makan nasi lemak, pau & coffee..tu je. Sebab nak pi Ipoh ni nak pi cari makan.
Kami dah set dah tempat-tempat yang bakal kami explore.
Nice blue sky..weather pun cantik aje
2 jam perjalanan...traffic was so smooth..kami selamat sampai 1st pit stop its Canning Dim Sum.
First time rasa, dah jatuh hati..its a good food and Halal! The place is comfortable with air-condition and they will bring the dishes for you to choose.
Next is Tasik Cermin.
Bila sampai satu tempat lapang, korang kena lalu satu lorong agak macam tersembunyi tapi pergi dekat dekat nampak la terowong ke Tasik Cermin.
Panjang terowong ni dalam 50 meter je kot..takla panjang sangat..dari sini dah boleh nampak hujung sebelah sana..tapi kat tengah-tengah gelap sikit..kalau boleh on je flashlight kat handphone tu..insyaAllah tak takut pun masuk dalam tu.
Ini serba sedikit gambar kat tasik cermin Ipoh... boleh la cuci mata dulu.
Just sightseeing and best place for photography. Peminat photography bolehla datang sini untuk gambar nature. Just luangkan masa nikmatila pemandangan indah hak milik Tuhan.
Walaupun masa kami datang sini tak berapa nak 'cermin' sangat..tapi tetap je saya suka tempat ni..sebab dikelilingi dengan bukit kapur..kehijauan pokok-pokok..bau alam semulajadi..:)
Kedai makan seterusnya ialah Hokkaido Icecream Puff. Panas-panas ni..elok la kita makan yang sejuk-sejuk. Kedai aiskrim ni comel, klasik sangat. Ada banyak jenis perasa, dari coklat, keladi, mangga, kelapa, mint, raspberry..etc etc
Kami beli Mango & Choco O Chip
Basically diorang ambik aiskrim, letak di antara roti. Harga RM4.30 satu. Beratur tak lama beratur dalam kedai. Actually meja yang kami duduk tu untuk 2 orang sahaja. Yelahh...kena la patuh SOP. Kami ni dah letih menapak mencari kedai ni kan..minta maaf banyak-banyak yea..kami tumpang duduk bertiga ni haa...hehehehe. Kalau nak makan berdiri tak elok plak la kan...tak manisss orang tua-tua kata..:)
Seterusnya is Laksa telur goreng bersarang. Kedai nie mengunakan konsep setinggan..kedai ni menggunakan barang2 terpakai macam old school style untuk hiasan kedai tersebut..
Telur sarang ni macam telur dadar, cuma bentuknya macam sarang. Sebab tu panggil telur sarang.
Kami solat kat masjid ni..tapi tak ingat plak nama masjid ni. Banyak masjid ditutup masa PKP ni. Mujur kami jumpa masjid ni sempat kami solat jamak sebelum terus ke next destination.
Ini Concubine Lane. Dah wujud sejak 1908. That's like 110 years ago.
Concubine Lane.
Known as ‘Second Wives Lane’ this street dates back to the turn of the last century. At that time, the town houses were renowned for opium, gambling and brothels. The lane later developed into a residential area where the concubine of rich Chinese tycoons were reputedly kept.
Lukisan katun Lat ni antara yang terbaru mural di situ..sbb Mat tu pakai 'mask'
Kalau makan steamboat ni kita pastikanlah yang perut kita ni betul-betul bersedia nak makan banyak supaya tak de la nanti uolls kata tak berbaloi nak makan dengan harga sekian-sekian tu. Sama seperti kedai-kedai steamboat yang lain, Zul Yahya Steamboat & BBQ juga turut menyediakan makanan berat yang lain. You name it..you got it.
Berakhir sudah cerita jjcm kami kali ini. Tu pun banyak jugak tempat yang tak sempat kami nak explore..insyaAllah..umur panjang ada rezeki kami akan datang lagi ke Ipoh ni.
Till then...bye.
1 comment:
apple watch stainless steel vs titanium
› apple-watch-steel › apple-watch-steel Apple samsung galaxy watch 3 titanium watch stainless steel vs does titanium set off metal detectors titanium · 출장안마 Apple Watch Steel titanium flashlight · Apple Watch Silver · Apple titanium nipple bars Watch · Apple Watch Watch Bronze · Apple Watch Silver · Apple Watch Silver · Apple Watch Silver · Apple Watch Silver · Apple Watch
Post a Comment