Salam to all my dear friends and family.
Hari ni cuaca helokkk... harapnyala kan...sebab hari ni ada trip Bosphorus Cruise. Kalau hujan rasanya tak syoqla..nak tengok permandangan...nak amek gambaq.
Jarak antara Bolu ke Istanbul kira-kira 300km dan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai sana.
Akhirnya bas sampai di Istanbul bahagian Asia berhampiran Martyrs Bridge. Tempat ini bukan jeti rasmi untuk mengambil penumpang tapi ada kawasan lapang yang membolehkan kita semua dapat naik bot dengan senang.
Bot besar dua tingkat ini hanya untuk kumpulan kami sahaja.
Perjalanan hampir 5km dengan bot tak terasa lamanya sebab pemandangan yang sangat cantik. Banyak bangunan lama dan masjid di sepanjang selat ni. Perhentian terakhir bot ialah di jeti berhampiran Jambatan Galata di Istanbul bahagian Eropah.
Makan tengahari kami di Sirena Restaurant di bawah Jambatan Galata.
Lepas lunch kami dibawa naik trem..mini tour Istanbul
To be continuee...
No comments:
Post a Comment