Sunday, 4 October 2020

Turkey Day 7 : Istanbul - Masjid Biru, Hagia Sofia, Grand Bazar

 Salam to all my dear friends and family.

Lepas lunch tadi makan ikan, kami naik tram turun kat station Sultanahmet. Sini terletaknya Masjid Biru, Muzium Topkapi dan Hagia Sophia. Jauh jugak kami kena menapak untuk ke sana. Mujurla udara nyaman dan dingin, jadi memang tak ada hal pun nak rasa penat ke apa ke kan. Banyak kedai yang best-best..macam nak kena habiskan Lira ni..walaupun baki tak banyak mana dah. 

Muzium Topkapi kami plan akan pergi pada keesokkan harinya. Tak cukup masa nak explore semua.



Masjid Biru (Blue Mosque) ini merupakan masjid besejarah di Istanbul. Ia dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Dan juga ia mempunya 6 menara! Masjid ni agak luas, tempat masuk dan keluarnya berlainan pintu.


Antara bahagian luar masjid yang sempat dirakam dari perkarangan masjid








Kubah-kubah disokong oleh tiang-tiang besar yang terukir indah dengan ayat-ayat al-Quran



Pemandangan kubah-kubah dalam Masjid Biru..warna biru itukah yang dikatakan jubin biru, dan dengan itu mendapat nama Masjid Biru?




Berlatar belakangkan Masjid Sultanahmet. Hagia Sofia terletak di hadapan masjid ini.


Next saya nak cerita berkenaan Hagia Sophia yang asalnya gereja ditukar ke masjid. Sekarang pula dijadikan musium sejak zaman pemerintahan Mustafa Kamal Attaturk. Tiket nak masuk sini adalah 40 lira. Didalamnya pula tergantung lukisan Mary, Jesus dan diapit dengan nama Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w. Kami amat kagum dengan keindahan Hagia Sofia ni. Jom kita tengok gambar dibawah.



Hagia Sophia ditukar status kepada Masjid






Masjid Hagia Sophia akan jadi masjid yang paling eksotik kerana terdapat nama Allah dan Nabi Muhammad s.a.w dan ditengah-tengahnya terdapat lukisan Maryam dan Nabi Isa.





Hagia Sophia, indah di setiap sudut yang melihatnya.



















Ada banyak masjid lama




Ini pulak adalah Grand Bazar iaitu pasar tertutup terbesar dan tertua di dunia. Ada yang mengatakan terdapat 3 ribuk kedai kat sini dan ada juga kata mencecah 4 ribu. Tak kisahla berapa pun angkanya, yang penting kemungkinan akan sesat tu memang ada..hehehe.





 Dari kedai souvenir, kain, barang perhiasan, makanan semuanya ada kat sini. Malah ada juga pekerja yang boleh berbahasa Indonesia. Tapi hati-hati sebab tak semuanya murah kat sini dan ada pula yang suka mengambil kesempatan dengan mengenakan harga mahal.




Tunggu bas...dah letih..tak sabar nak g hotel nak mandi..nak tidooo...zzzzz







Our last hotel di Istanbul - Ramada hotel. 



Penat dah berjalan seharian...beg dah nak kena kemas ni, sebab next day dah nak balik Malaysia...sedih plak nak tinggal Turki ni.  Ada lagi cerita...nanti saya sambung lagi.

To be continue..


No comments: