Sunday, 24 July 2022

Semporna trip _ Day 4

Salam to all my dear friends and family.

Dah nak balik dah..cepatnya dah nak balik. Tak cukup rasanya 4h3m trip ni. Tapi kalau lama-lama pun boring jugakkan. InsyaAllah nanti kami mai lagi sini..:)

Breakfast dulu apa-apa pun...pehtu dah janji dengan adik Tahir, yang dia akan bawa kawan-kawan kami naik transparent boat.  As promised dia dah siap tunggu kita kat jeti.  Yang bestnya that day, air pasang pagi tu..so bot tu nampak macam rapat ke jeti..jadi cantik la gambar dia.  Macam kami semalam tu, air surut...so..nampak agak jauh. Tak kisahla..dekat ke jauh ke..janji view situ memang superb dan gambar-gambar semua meletop!


Air laut pasang..kiranya sampan ni pun dekat sangat dengan kita, hinggakan Zura siap bagi lipstik la kat salah seorang anak penduduk bajau di sana.


One for the album!







We gonna miss this place so much!  






Hujan punyala lebat masa ni, kami dah risau camne nak balik ni..lagi pun kami nak g Tawau lagi nak beli ikan-ikan kering etc etc  Mujur kami sempat buat activity dayung transparent boat pagi tadi lepas breakfast..kalau tak melepasssss.  Bukan senang nak dapat peluang camni lagi kan.


Beginila daifnya penduduk bajau di P.Mabul.  Terasa diri ini bersyukur sangat Allah bagi rezeki dimana kami semua dapat berkongsi sedikit dengan penduduk bajau di sana.


Sebelum tiba di airport, kami singgah dulu di Pasar Tanjung Tawau, untuk membeli ikan masin, ikan bilis, ikan bilis mata biru. Udang kering dan amplang pun ada jugak serta makanan-makanan kering yang lain. Ikan bilis mata biru adalah ikan bilis yang paling ramai orang nak beli kalau datang kat Tawau, sebab harganya lebih murah dari semenanjung. Tak tau betoi ka dak...betoi la kot kan.




Kalau mai sini, kena bawa duit banyak-banyak tau. Sebab rambang mata..macam-macam ada.


Selamat dah kami sampai airport. 


Tengah mengurus bag pecah. 


Bye Tawau nanti kita jumpa lagi yea..:)

Alhamdulillah, siap juga perjalanan kami 4 hari 3 malam di Tawau - Semporna - Mabul yang semestinya menjanjikan pengalaman dan memori yang terindah. Semoga kami diberi kesempatan untuk datang lagi ke sini..InsyaAllah


Semporna trip _ Day 3

Salam to all my dear friends and family.

Ok meh kita sambung activity hari ni, which is snorkeling, naik transparent bot, scuba diving, jalan-jalan tengok banglo mewah di P. Mabul ni.

First thing first is of course kita kena breakfast kan . Well, kat Amina Resort, menu makan kat sini semuanya sedap-sedap belaka. Dari kami dinner semalam, breakfast pagi ni..memang semuanya menyelerakan. Kenala dengan tekak kami ni.  Sebelum kita buat any activity...kita kena makan dulu bagi kenyang...tak masuk angin nanti kan.  Kita nak happy-happy...kita tak mau sakit kan..huhu.

Dah lepas breakfast kami, tunggu Tahir untuk bawa kami pergi snorkeling.  Tak jauh kat area Kapalai Resort. 







Breakfast kat sini ada beberapa pilihan...syok makan kat cafe' dia ni sebab mengadap laut lepas..luas mata memandang orang cakap...then weolls lepak, makan dan borak sakan kat sini..sampai la Tahir panggil kami for our next activity.







Pulau Kapalai ni amat sesuai untuk activity snorkeling, selam laut dalam ataupun untuk berehat. Pulau Kapalai ni terbina dari karang di tengah laut..terdapat lebih 30 buah chalet yang dibina dari kayu di atas tebing karang dan binaan chaletnya kelihat mewah dan cantik.  Masa kami tengah snorkeling kat sini, yang bestnya Tahir dive dalam-dalam sampai ke dasar dan tolong ambilkan gambar weolls dari bawah...haa best gilaa..walaupun tah mana bentuk gambar pun tak tahula kan...seriously syokkk gila rasa masa ni.  








Feeling-feeling retis atas bot...sementara kawan-kawan yang lain tengah snorkeling kat bawah tu. Ikutkan this is the 3rd snorkeling area..tak larat dah nak turun...boleh mabuk laut naik turun naik turun bot ni..hahaha..bagila depa yang lain turun..kami lepak bergambar aje atas bot ni sambil layan view Kapalai yang super cantik!





Selesai snorkeling kami semua balik semula ke resort.  Lepas ni no other activities...just activity bebas.  To those yang nak scuba diving..ada sedikit taklimat mengenai cari-cara untuk penggunaan alatan untuk menyelam seperti fins, snorkel, scuba requlator set, oxygen tank..etc etc. etc.


Masa ni duk mendengar taklimat dari Tahir...cara-cara nak scuba dive.  Saya teman Kak Sue..sebab dia join activity diving ni...saya tak boleh..akibat faktor kesihatan jugak..huhuhu. Depa ajar cara nak guna segala gear untuk dive tu..macam syok je nampaknya..tapi idoklaa ku nak mencubaa...takooottt!


Geng scuba dive.


Geng tak join scuba dive..Ok..jom kita mendayung sampan time tengahari rembang ni..hahahaha


The crystal clear water tu..memang sungguh menakjubkan...Subhanallah!!


Berjaya yeaa...walau dalam tengahari rembang masa ni..panas dia jangan cakap weyy...huhuhu


Ok dah..jom balik. Mission accomplished nak try transparent boat.


Sebelum kita jalan-jalan pusing kampung...kita layan music dulu kan Kak Su..:)


Dah petang sikit lepas Asar camtu..kami dibawa Tahir masuk kampung orang sina, masuk segala macam resort dan chalet..lepak bawah pokok kelapa..layan angin laut sampai laa kami ke resort paling mahal di Pulau Mabul iaitu Mabul Water Bungalow Resort..so kita layan bergambar je la ye..hehehe


Lanskap dia sejuk mata memandang.


Untuk sampai ke resort ni, uolls akan disajikan dengan pemandangan indah..pokok-pokok yang hijau banyak sangat..serius nyaman je rasa. Walaupun penat berjalan, serius tak terasa sangat.





Entrance nak masuk sini untuk tourist is RM30.00. Landmark yang terkenal di P.Mabul adalah Mabul Water Bungalow Resort. Harganya boleh mencecah RM2000+ per nite. Kalau ada bajet lebih..nak honeymoon ker..boleh la menginap kat sini. Bagi orang yang bajet paras hidung macam I ni..dapat melawat resort ni pun kira ok dah..hehehe. 



Dah puas berjalan, akhirnya nampakla laluan pejalan kaki ni..so, kena jalan lagi..baru la sampai ke resort.


Aktiviti yang boleh kita boleh kat sini semestinya bergambar aje la. So, tak mau nak cite panjang..uolls layan je la gambar yang sempat saya snap kat bawah ni.

















Jalan-jalan sampai dah nak maghrib..sempat melayan sunset yang cantikk di Pulau Mabul..cantik sangat! Damai je rasa duduk kat sini..lagi dah lewat petang ni, dah tak panas dah macam tengahari tadi..


Ok dah jom balik...malam ni nak pekena seafood plak..kita makan besaq malam ni sebelum kita semua balik the next day.



Dinner kami malam tu agak mewah dan sedap jugak. Lobster, Ketam, Kerang, Abalone, Sotong. Beli dengan kaum bajau laut. Minta tolong our resort chef masakan.


Zura tengah berkira-kira nak beli lobster dan other seafoods she's the expert!

Tak ada plak gambar lauk-lauk kami malam tu...adoiii. Takpela apa-apa pun masakan dari chef resort kami itu memang sangat sedap. Kalau uolls datang Mabul ni...duduk kat Amina Resort ni...chef depa terbaik..sedap segala masakan beliau.

Ok dah..jom kita pack bag..esok dah nak balik. Nanti kita sambung next chapter yaa...

Tungguu..