Salam to all my dear friends and family.
Kat Semporna ni siang awal tau..Subuh pun awal. 8am kami turun untuk breakfast kat kedai berdekatkan. Tak banyak yang buka lagi..I mean banyak kedai makan tak siap lagi breakfastnya. Mujur ada 1 kedai ni tak ingat dah namanya..bolehla makan isi perut sebelum continue our activities kan.
Lepas dah breakfast, kami pun bertolak ke jeti. Rupanya jeti terletak bersebelahan saja dengan our hotel. Kalau jalan kaki, lebih kurang 5 minit pun dah boleh sampai. Kami sekali lagi diberi taklimat keselamatan dan sebagainya sebelum masuk dalam bot. Kira-kira 10am++ camtu, akhirnya kami pun bertolak ke pulau yang pertama which is Bohey Dulang.
Kami sebelum bertolak. Semuanya excited with our life jacket. It's a must yea pakai life jacket. The boat is super laju I tell youu..!!
Perjalanan ke Pulau Bohey Dulang sangat indah!! Dengan pulau-pulau yang berbukit-bukit, lautan biru yang berlapis-lapis (sekejap biru tua, sekejap biru muda, sekejap biru turquoise)..dengan langit cerah, matahari pun terik that's make the water more sparkling clear
Pulau Bohey Dulang ni amatla terkenal kat Semporna ni. Air dia jangan cakapla...jernih sangat! Untuk menjaga corals ni, dibina satu jeti khas berhampiran pulau..so, kalau boat akan berhenti dan menurunkan penumpang kat sini.
Welcome to Bohey Dulang. Kalau datang ke pulau ni, perkara yang harus dilakukan ialah hiking bukit..sebab tarikan utama di sini ialah pemandangan dari puncak bukit Bohey Dulang. Saya dan 4 orang lagi geng tak join hiking atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan. Dari memudaratkan diri...baik kita jangan buat kan. Jadinya, weolls cuma tunggu dibawah sambil tengok hidupan laut dan aktiviti bergambar.
Enjoy the view
Kalau kita tengok kat pemandang jeti ni memang terbaikla...Air dia jernih sampai boleh nampak dasar laut kot!
Jernih kan? Ikan-ikan tu jangan cakapla...macam-macam jenis ada...Tolak shark and whale aje...hehehe.
Tunggu geng hiking tak turun-turun lagi...padahal yang lain-lain semua dah turun..tinggal kami aje nih...mana depa ni?
Geng yang berjaya naik bukit Bohey Dulang..tahniah!!
View dari bukit Bohey Dulang...cantikkann!!
Tahir belanja tembikai...hehehehe. Sempat lagi tu... OK, Next is to Pulau Sibuan...tak jauh dalam 20 minit macam tu. Pulau Sibuan ni tengok je kecik...tapi manusia ramai oii. Semua nak snorkeling kat sini..hahaha. Mungkin disebabkan air dia tak berapa dalam kan. Kita boleh jugak jalan-jalan pusing pulau ni sambil layan view.
Pulau ni kecil aje. Tapi yang menarik tentang tempat ni ialah pantainya yang putih meleret jauh ke laut. Sangat insta worthy!! The photos will turn out to a very beautiful pictures.
Oppss jangan risau bab makan, sebab CSH ni pakej dia termasuk makan dan minum sekali! So, tak usah takut lapar dan takut kebulur..! hahaha. Kami lunch kat sini and rest kejap sambil menikmati keadaan sekeliling. Walaupun menu dia simple...dia punya sedap tu..memang makan sampai licinla..ENAK!!
Feel dia lain macam makan bawah pokok...angin sepoi-sepoi..perghhh..layaann :)
Laut yang jernih..boleh nampak Pulau Bohey Dulang kat belakang nunn.
Pulau Sibuan ni memang cantik uolls! Sibuan ni ada satu teluk panjang ditengah-tengah laut..seolah-olah kita ni berdiri ditengah-tengah laut.
Semoga persahabatan kalian berkekalan sampai bila-bila.
Layan view cantik ni sebelum gerak to the next island.
Kat sini ada jual air kelapa juga tau dan harganya cuma RM3.00 sahaja. Terima kasih naaa pada yang belanja kami hari tu... Moga Allah perbanyak dan perluaskan rezeki saudara/saudari seluas lautan Pulau Mabul ini..Aminnn
Kat sini ada anggota keselamatan.
The most awaited activities - snorkeling
Mula seriau nak turun..sebab tau bawah tu dalamm kan. Tak cuba kita tak tau kan. So, bila dah mula turun tu...dah mula syoq...layan je snokeling sambil tengok ikan-ikan..corals kat dalam tu. Cantik sangat!
Kena pegang pelampung oren tu...kalau tak mau hanyut kami..hahaha.
We really enjoyed it to the max!
Selesai snorkeling kami balik semula ke Semporna untuk ambil luggage kami yang kami simpan di lobi hotel. Dan kami naik bot semula untuk ke Pulau Mabul..dimana kami menginap 2 malam di Amina Holiday Resort di Pulau Mabul
Tempat penginapan kami di Pulau Mabul memang dekat dengan kawasan kampung, banyak rumah-rumah nelayan terapung di sini.
Bilik kami di Amina Resort. Just basic room, cukup sekadar ada 2 standard bed, water heater is a must!, ada aircond, ruang solat pun kecil comel aje... kiranya cukupla untuk keselesaan kami berdua. Lagipun most of our time, bukan lepak dalam bilik pun kan...kiranya bolehla..basic room. Kalau nak yang lawa-lawa..mahal-mahal...ada aje..terpulang pada pakej mana yang uolls pilih.
Sotong celup tepung
Ketam masak pedas
Dinner time! Makan sampai tersandar kami. Pehtu bila dah kenyang..mulala mata ni nk cari bantal kan. Dah penat seharian kami atas laut aje.
\
View waktu malam di Amina Resort.
Selesai dinner, kami nak mengopi..lagi pun the night is still young..haa gituu. So, kami tanya kat Tahir, dia kata ada..tapi kena jalan sikit ke dalam perkampungan nelayan kat dalam. So, Tahir pun bagitau kat kawan dia ke..adik dia ke..tak ingat dah... Diala yang bawa kami ke kedai kat dalam kawasan kampung tersebut. Tak la jauh berjalan ...tapi sebab gelap tak ada lampu. Kena guna torchlight from our phone. Dari situ barula kami tahu keadaan sebenar perkampungan nelayan di pulau mabul. Ok jugakla kedai situ, kampung style kan...dapatla kami basahkan tekak belanja adik yang bawa kami tadi tu sekali. Kami lepak pun tak lama...pehtu nak balik tidur dah. Esok another activities.
Stay tune...
No comments:
Post a Comment