Salam to all my dear friends and family.
Excited nak bercerita pasal trip saya kali ni. Ni la baru ada masa nak bercerita.
This time nak share pasal trip ke Semporna, Sabah 2022. Pergi bulan Jun okay. Still not too late kan..hehehe masih fresh from the oven story ni.
Ceritanya kami memang dah plan lama dah nak pi Mabul ni. Actual place is Maldives...tapi disebabkan serangan Covid...maka kami pun pendam dulula trip Maldives ni. Maka early this year terjadilah semula topik nak bercuti ke pulau yang cantik itu..iaitu Maldives. Pehtu disebabkan beberapa faktor nak kena consider, kami tukar ke Pulau Mabul. Mabul ni pun not bad juga gaisss!! The most beautiful island in Malaysia okayyy!
Ohh sebelum tu kan..ada jugakla my family members keep on asking "Eh, Selamat ka pi sana? Tak takut pirates ka..?" Come on guys...Mabul Island is SAFE! Padahal setiap hari ada je askar yang datang berkawal kat kawasan Mabul ni. Depa jalankan tugas untuk kawal bahagian sempadan. Don't worry, we are safe here!
We decided to take tour package aje..senang dah tak payah nak fikir-fikir lagi dah kan. Just pay and pack your things and you are set to go! Lain-lain tu biar agent yang fikir kita bawa badan aje..hehehe. Kami pilih Caravan Serai Holidays. They arranged everything for us which I likeeeee it so much!! Total pakej tour kami is ni RM1500 sahaja. Which includes, return flight (MAS), accommodation (1 night Semporna, 2 nights Mabul Island), BLD, airport transfer which I think it's good enough for me.
Perjalanan dari KL mengambil masa lebih kurang dua jam. No direct flight to Semporna. To those yang nak pi Semporna kena amek flight to Tawau. We took the very first flight. Tapi, kalau uolls nak amek any other services from other agents pun tak menjadi masalah. Naik saja bas, kereta sewa atau teksi ke Semporna. Kami dah deal dgn wakil CSH ni, semuanya diuruskan kami tak perlu risau apa-apa. Kita duduk rilex saja..ada orang tunggu untuk bawa kami ke Semporna.
We gather everyone kat sini counter C berjumpa dengan wakil CSH.
Dah lama tak naik flight.
Selamat tiba di airport Tawau. Tahir, wakil kami dah sampai rupanya..bagus dan pantas! Perjalanan dari Tawau ke Semporna mengambil masa lebih kurang sejam lebih gak la. Permandangan sekeliling biasa saja. Typical permandangan hutan dan pokok-pokok kelapa sawit. Tak terasa pun perjalanan yang jauh asyik bersembang macam-macam topik ..sedar sedar dah sampai. Kami terus dibawa check-in Sipadan Inn untuk bermalam disini.
This is our hotel kat Semporna, we stayed here for 1 night.
Selesai kami check-in, rest a while pehtu kami ke Restoran Warisan di Kampung Tampi Tampi. Kawasan dikelilingi rumah-rumah kampung air. Sesiapa yang belum pernah tengok perkampungan air..boleh mai tengok kat sini. Istimewanya di sini, restoran ni kelilingi dengan sangkar ikan yang mempunyai pelbagai spesies ikan laut dalam yang dibela oleh pemilik restoran tersebut.
Geng yang buat surprise birthday celebration untuk Kak Sue.
Advance birthday celebration untuk Kak Sue
Layan sunset
Dah kenyang semua..moh kita balik..esok another journey to explore kan. Restoran ni memang recommended la to those yang nak makan seafood.
Akibat lambat sangat driver kami sampai...mohla kita p minum ayaq nyioq. Kedai ni tak jauh dari tempat kami tunggu shuttle kami tu. Biaq driver tu plak tunggu kita..sapa suruh lambat kan. Tu crown kepunyaan Kak Sue..pinjam pakai..hehehehe.
Elok je kami sampai hotel, there's another briefing by Tahir for tomorrow punya activites.
Penat juga hari tu, dari pagi kan kami dah start gerak. Keluar rumah pukul 4am, sebab nak sampai airport 5am, 2 hours before depart nak kena ada kat airport kan. Mujurla sekarang ni dah tak kena buat RTK test/PCR test lega... Kalau tak lecey jugakla kan nak buat benda-benda ni kalau nak travel. Can't wait for tomorrow..so stay tune..:)
No comments:
Post a Comment