Sunday, 22 October 2023

Trip to Hatyai - Part 1

Salam to all my dear friends and family.

27 Sept 2023 - 28 Sept 2023


Trip kali ni dgn geng-geng Seret Hikers. Kami plan ke Hatyai.  Ikutkan dari my homestown tak la jauh nak ke Hatyai ni.  Tapi tu lah...dari Alor Setar tu tak ada sedara mara yang nak join kt Hatyai ni...masing-masing suka menetap tetap kat Alor Setar je..kekekeke. 

Perjalanan kami kali ni adalah dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar.  Kami semua berkumpul di KL Sentral at 530pm. ETS kami is at 640pm. Saya pergi kerja dulu seperti biasa, sebelum tu saya simpan luggage saya di locker yang tersedia di KL Sentral.  Penggunaanya pun senang. Kita select size locker tersebut S or M or L. Luggage saya is M size...so kita select M. Locker ni boleh sewa untuk 24jam pada kadar tersebut dibawah. Kiranya convenient la kan..tak perlula kita nak angkut bag-bag kita ke office, simpan je sementara dalam locker ni. Cara pembayaran pun senang guna aje our debit/credit card..no cash yea.

Small - RM10

Medium - RM20 or RM30

Large - RM50





We're ready! Lets Goo...!!



Kami berkumpul kat KL Sentral..janji nak jumpa 530pm. Saya pergi je kerja macam biasa..sebab ETS pukul 630pm...kiranya sempat lagi la kan.  Koc kami D.  Mujur dekat dgn koc C tak jauh untuk ke surau, cafe, toilet OKU. Lepas station Sg Buloh dah lapar...jomla kita pi cari makan kat koc C. Order Nasi Bryani, Nasi Lemak, Nescafe hot. Mkn kat koc C, settled makan balik semula ke tempat..sambung tido sampaila ke Padang Besar.



Koc C yang lengkap dengan cafe.


Menu nasi lemak dengan ayam rendang

Tepat 1205am kami selamat sampai station Padang Besar.  Kak Zue dah buat arrangement homestay kat Bukit Chabang Rest House.  Kami sampai pun awal lagi kan masa tu..kami plan nk ke Hatyai naik tren pagi.  Elokla kami rehat dulu kat homestay ni sebelum kami continue our journey the next day. Kalau nak depa arrange transport amek kita to/fr station Padang Besar pun boleh...tapi kena bagitau awal. Dari situ, kami tunggu driver dari owner homestay to fetch us.  Di Padang Besar kami sewa homestay di Bukit Chabang Resthouse. Rumah yang serba lengkap 3 bilik, 2 bilik air, ada hall, living room, dining room.  





Kami gerak dari homestay seawal 7am.  Berapa jam je kami sempat tidur kan...sebelum tidur borak2 dulu la apa ke kan...2am++ almost 3am++ la kot baru boleh lena..huhuhu.  Sampai station Padang Besar plan nak naik tren kt Hatyai.  

Rupanya kaunter tiket buka 9am..pehtu tak sure plak pukul brapa perjalanan dari Padang Besar kt Hatyai tu...tren tu tak mengikut jadual katanya.  Muungkin pukul 11am...atau 1230pm baru bergerak dari Padang Besar.  Ikutkan kami 1st day tu dah penuh macam2 program...tak kan kita nak lewat2kan lagi kan.  So, we decided to take VIP van from Padang Besar to hotel kat Hatyai, 1 kepala is RM30.  They will arrange everything for us from A to Z.  Dari fill in white form, cut queue kat immigration macam ada special kaunter for this agents, straight to the hotel. Oh! the journey is only 1 hour.  Tak payah dah pening2 nak angkut bag berat2 naik turun tren kan.  Kita try again next time yea...insyaAllah.


Pens Leisure ni yang arrange everything for us. Kiosk depa ada kat station KTM Padang Besar dekat dengan cafeteria. Nampak tak tu depa tengah isi white form for us.  Lepas dah isi form tu kami semua naik van to Hatyai Border to chop passport.



This is the counter yang i mentioned earlier tu..cepat jugakla...i like!


Ok done! Lets Gooo...!!


Muka ada senyumm passport dah chop!!


Kami stay di Mayflower Grande Hotel. Convenient hotel ni..dekat dengan segala2 attraction. Kalau nak berurut ke...depan hotel je ada, Lee Market pun sepelaung aje...punyala dekat...pehtu Restoran Hameed pun tepi hotel aje...senang la makan kat situ..terjamin halalnya..kalau nak banding dengan kedai2 lain kan.  Money changer pun area situ aje...kotla nak tukar duit kan ...duit shopping tak cukup.  Kiranya kalau nak datang Hatyai...saya rekomenla duduk hotel ni.  So, lepas dah settle check-in...tapi kami tak boleh masuk bilik lagi..kami simpan je dulu bag2 kami kat tempat simpan bag yang tersedia.  Jangan risau..terjamin selamat.


Tengah negotiate dgn Pak Mail ni nak breakfast kat mana..sebab kami belum makan lagi.




First thing first is breakfast.  Dari Padang Besar tadi, kami tak sempat lagi nak breakfast. Kebetulan kedai yang kami singgah ni dekat je dgn hotel kami.  Sorry saya tak ingat nama kedai tersebut...gambar plak saya amek sipi2 aje..adeihhh.  Takpela...yang pastinya kedai ni menu breakfast sangat sedap yeaa... Lepas breakfast kami meneruskan perjalanan kami ke Songkhla.  Jauh jugakla naik tuk tuk ke Songkhla...kematu pungkuk...huhuhu.  Dalam sejam jugakla perjalanan ke Songkhla.  Journey was smooth...cuaca pun kejap panas...kejap mendung..  Sampai je kami di Samila Beach, memang terus kami ke The Golden mermaid...situla main attractionnya utk tourist kan.  Sepanjang pantai tu adalah gerai2 jualan minuman, souvenir, kedai2 jualan hasil kraf dari Thailand








Perjalanan diteruskan ke jeti feri, untuk menyeberang ke Songkhla, nak pi Samila Beach. Tambang feri cuma THB 20 je, tak perlu turun tuk tuk, macam feri kat Penang. Selain kenderaan, ada juga pejalan kaki yang naik feri ni.






Alhamdulillah, selamat sampai di seberangdan meneruskan perjalanan ke Samila Beach, yang femes, yang ada patung ikan duyung warna emas. 







Kalau datang Songkhla ni kenala datang ke Samila Beach ni



Ini memang sedap! Aiskrim yang diletakkan di kalam tempurung kelapa..diletakkan pelbagai kacang dan manisan lain jugak.  Memang sedap..emm...tak sure kat Msia ada ke idok..rasanya ada kot...cuma kita kenala pandai cari yedok..hehehehe.Orang Siam ni memang kreatifkan..nampak sedap tapi mesti kena ambil tahu jugakan...ada tanda halal barula boleh beli.





Seterusnya kami ke Tang Kuan Hill Lift Station.  Tak jauh pun dari Samila Beach. Untuk kita sampai ke puncak Tang Kuan Hill kenala kita beli tiket 45 baht.  Kita akan naik lif bukannya cable car yeaa...style ala2 Bukit Bendara kt Penang tu...tp ni concept yang bertutup. Sesampai sahaja kat atas rupanya ia adalah rumah ibadah orang Thai.  Kita pergi hanya untuk ambil gambar dan jangan anggap lain yea.  




Dari puncak bukit ni, kita boleh nampak bandar Songkhla dan juga laut.  Sebenarnya dari bukit tu kita boleh turun melalui tangga ni tau...tapi memandangkan kami memang hanya ingin meninggalkan jejak..jawapannya tak kuasa..! :D






Next destination ialah to Sea Verse Cafe and Restaurant.  Konsep dia adalah sebuah perkampungan terapung, taman tema mini, restoran dan kafe, kesemuanya digabungkan menjadi satu.  It's a new place..banyak tempat menarik untuk bergambar kat sini. Tempat ni merupakan tempat terbaru yang kena datang dan kena masuk dalam senarai untuk dilawati sekiranya datang ke Hatyai.  Tempat ni bakal menjadi lokasi tumpuan pelancong terutamanya pelancong dari Msia.



Sampai je kat sana kita kena beli tiket masuk iaitu sebanyak 30 baht bagi setiap orang. Masuk ke kawasan kaunter, memang dah boleh nampak hiasan kat registration kaunter je dah cantik! full of colors!  To me 30 baht tu harga dah berpatutan sangatla.



Pemandangan paling menarik tentunya dua ekor kuda laut ni yang bersaiz gergasi ni..tak sure apa motif kuda laut yang macamtu...tapi warna terang dan latar belakang langit biru memang santeekk..! 









The Central Mosque of Songkhla menjadi lokasi terpilih untuk menunaikan solat jamak untuk hari ni selepas mengunjungi Sea Verse. Sinilah masjidnya kalau kita dengar orang Msia kahwin kat Siam tu..:) )  Kenala kita naik tangga tu since driver tuk tuk tu berhenti depan masjid di ruang solat wanita.  Bahagian wudhu/tandas wanita di tingkat bawah. Kawasan ala-ala Taj Mahal, dengan kolam air yang panjang di depannya.


Kami diperkenalkan untuk singgah lunch di kedai Kak Sah Sosmtam & Tomyam. Perut dah keroncong kelaparan..Tak sure kedai ni viral ke tak...tapi dah tak kisah sangat dah...yang pastinya kedai ni halal dan perut kena diisi..hehehe.



Nasi goreng cina


Sayur campur



Chicken wing


Mixed seafood goreng tepung


Daging harimau menangis. Sedapp...!!

Lepas makan semua dah keletihan.  Mohh la kita balik hotel, berehat, mandi, solat. Dah check-in hotel, freshen up, baring-baring, rehat-rehatkan diri, kemudian keluar jalan-jalan cari makan. Kita plan keluar melawat kawasan sekitar hotel kami pulak. Or mungkin dah boleh mula start shopping kan..




Bazaar ni ada 2 tingkat : bahagian bawah menjual pakaian, souvenir dan sebagainya...manakala di bahagian atas menjual pelbagai makan Thailand.





Santek sangat hat ni..!!







Sebelum balik ke hotel, singgah jap kt Lee Garden Market..the famous pasar malam kat Hatyai. On the way ke bazaar, ramai dah buka gerai jualan. Para peniaga kena pastikan sama ada muslim atau pun bukannya.  Kena berhati-hati ketika membeli. Area ni meriah terutamanya pada malam minggu - Jumaat, Sabtu dan Ahad. 





Sebelum balik ke hotel, kami singgah dulu di Rest Hameed..untuk makan malam plak.  Rasa mcm lapar tak lapar camtu...tapi order je lah...takut nanti laparla plak. Order nasi goreng ayam kunyit dan sirap bandung.  Kat KL pun ada kan menu camni, tapi nk buat camne kan...dah tingin yang tu jugak walau dah kt Hatyai.




Lepas makan kami pun dah mula kepenatan, mohla kita balik hotel...nak mandi lagi untuk kali yang ke-3 hari tersebut..sebab bila dah berjalan di kawasan yang crowded tu, kita tak pasti apa yang melekat kat badan kita ni kan.  Jangan lupa yea..Covid masih ada...so kenala sentiasa berhati-hati. Okay sekian dulu untuk Part 1.  Nanti saya sambung Part 2 plak dalam masa yang terdekat ni.