Sunday, 8 October 2023

Trip ke Tioman - Part 3

Salam to all my dear friends and family

21 August 2023

Saya sambung part 3 yang juga merupakan hari terakhir kami di Tioman. Breakfast seperti biasa di cafe resort. Kami amek buffet je pagi ni. 

Pagi ni juga kami terima berita yang menyedihkan, iaitu sepupu saya Kak Kay, telah kembali ke rahmatullah akibat denggi berdarah.  Saya sempat ziarah arwah sebelum saya datang ke sini.  Kehilangan arwah amat terasa dan bermakna pada kami sekeluarga :( Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Bergambar kenangan di balcony sebelum balik KL







Feri kami bertolak dari jeti pukul 11am. Tiba di jeti Mersing dalam pukul 1pm lebih camtu..bas kami ke KL pukul 230pm.  Kiranya timing kami dari Tioman to KL just nicela.  Sampai KL pun tak lewat sangat.


Ramai jugak yang menunggu Sanwa Express di Mersing Harbour Centre ni.  Jadi tak susahla kalau sesiapa yang plan nak datang dengan bas express terminal bas pun kat sini juga tak jauh dari jeti.


Lega dah masuk dalam bas ni..tak sabar rasanya nak sampai KL.  Perjalanan lebih kurang 5 - 6 jam ke KL.  Bas ni berhenti 2 tempat.  Yang ingat Muaddzam Shah...satu lagi tak ingat..:D  

Kami selamat sampai KL lebih 8pm++ camtu.  Anak Kak Su, fetch us kat TBS dan hantar saya balik...Alhamdulillah.  Terima kasih yea...:)

Sekian dulu coretan Tioman saya kali ni...insyaAllah kalau ada lagi cerita-cerita menarik saya update dalam blog ni lagi yea.

No comments: