Salam to all my dear friends and family
19 August 2023
Next JJBM trip to is to Pulau Tioman. Trip kali ni kami naik bas Sanwa Express, RM80 return trip. Kami berkumpul di TBS. Bas kami bertolak 1130pm..dan dijangka tiba di Jeti Mersing dalam 530am camtu. Lebih kurang 6 jam perjalanan.
Sampai di Jeti Mersing kami terus mencari surau tempat nak berehatla kan. Kawasan kami tak familiar kat situ, jadinya kami berjalan mencari kedai2 yang berdekatan untuk cari surau. Kebetulan kami jumpa satu kedai ni, awal pagi bukanya. Kami tumpang surau berdekatan dengan kedai beliau. Lepas dah solat subuh, kami breakfast di kedai tersebut. Isi perut dulu, sebab ferry kami pukul 830am. Perjalanan dari jeti ke Pulau Tioman dalam 2 jam jugakla. Makan siap-siap ubat mabuk...maklumla lamakan dalam bot tu nanti.
Ready nak naik bas dah ni
Tunggu Bas Sanwa
Alhamdulillah kami selamat sampai Jeti Mersing dalam pukul 530am camtu. Perjalanan pun smooth aje...adalah 2 kali bas ni berhenti for toilet break.
Menu kami pada pagi tersebut...meriah gaisss...!
Isi perut dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Tioman.
Mersing Harbour Centre ni macam tourist information centre la..terletak betul-betul depan jeti you wont missed it.
Tiket Feri Bluewater amek kat kaunter sini yea... Kita dah beli online earlier...for the hardcopy sila ke kaunter untuk pengesahan.
Kaunter ni untuk kita beli tiket marine park berjumlah RM5.00 per pax. Sila beli tiket ni dulu yeaa..sebelum masuk Pulau Tioman.
Bukti kami dah sampa sini..:)
Pusat ni tersedia juga tanda, surau, kioks2, KFC pun ada jugak, food court pun ada. Kiranya kalau sesiapa yang sampai awal pagi tu tak la takut, kita boleh je singgah berehat kat sini sementara tunggu feri kita kan..tempat ni memang selesa.
Sementara tunggu feri kami..kami lepak dulu kat kedai makcik ni minum ayaq.
Suasana di jeti mersing.
Ramai gaisss yang nak ke Pulau Tioman on that day.
Muka tak sabar nak explore Tioman!!
Alhamdulillah..2 jam perjalanan kami selamat sampai di Salang Indah Resort. Kalau beli tiket feri, pastikan tanya your tour agent tu, nak beli tiket feri ni turun kat mana. Sebabnya feri ni ada beberapa tempat singgahannya seperti Tekek, Gaya, Genting, Paya, ABC, Juara, Mukut. Jadi kena betul-betul pastikan jeti yang kita nak turun tu.
Marila kita heret bag kita ke Salang Indah Resort.
Upon arrival tu, terusla ke kaunter resort tu. Nama kami memang dah ada, kami cuma bayar terus remaining balance aje to the resort. Booking deposit cuma RM100 aje. Pakej kami ni berjumlah RM390.00 untuk 3hari 2malam. Termasuk full board meals - BLD. Tak lupa juga snorkeling trip to 4 check points includes equipment and guide.
Inila dia unit kami SV9. Deluxe Seaview Triple Sharing. Memang recommended sangat bilik ni, sbb dapat view laut!
View from our balcony.
Cuaca hari tu..boleh tahan panas jugak. Mujur orang pun tak berapa ramai sangat...mgkn sbb bukan cuti sekolah kot.
Memandangkan kami amek pakej dari resort ni, kami mendapat special treatment yeaa...kami dapat hidangan just untuk kami sahaja dan tidak bercampur dengan guest2 yang lain haaa gituu. Sangat tiptop service sebegini yeaa...:)
Walaupun hanya sekadar sup sayur, nasi goreng dan telur dadar berserta air sirap, tapi dia punya sedap tu kan..Ya Allahhh...sungguh ENAK!! mungkin sebab kami kelaparan kot kan. Apa-apa pun memang sedap laaa....:)
Setelah kekenyangan...jomla kita jalan-jalan kejap kat resort ni sambil menikmati keindahan Tioman ni. Mujurla tak ramai orang...lapang je rasa...tak sesak.
Kami kacau dia tidoq! Terus majuk masuk celah curtain..:D
Hangat dia tak boleh bawa bincang gaisss....mohla kita balik bilik..rehat-rehat, mandi, solat, tidoq kejap sebelum menjelang petang kan. Lagipun kami tak ada aktiviti hari tersebut..free & easy. Perjalanan kami dari KL ke Tioman agak lama dan jauh..huhuhu.
Sunset from our room..cantikkan!
Kami tak sempat nak mandi laut petang tu, sebabnya masing-masing terbabas tidur. Kononnya nak nap aje kan...tapi bila dah dapat katil kan masing-masing punya lena tak boleh dah nak buat apa dah. Dengan bilik sedap ekon kan..lagila syahdu tidurnya...hehehehe. Apa-apa pun kami tetap jugak turun ke laut petang tu untuk menikmati sunset.
Dah alang-alang nak masuk waktu makam malam, jomla kita terus ke restoran untuk dinner. Lagipun memang lauk-lauk tu semua dah siap tersedia tinggal cuma nak hidang je pada kami.
Menu malam tersebut sangat ENAK yea gaisss!! Hanya kami bertiga aje tau dah penuh meja. Haa best ke tak best kan service camni! Tomyam, Siakap 3 rasa, sotong, sayur campur, telur dadar, tembikai dan air. Fuhh...memang menyelerakan!
Lepas snap gambar....jom kita makan!
Lepas dinner kami jalan-jalan kejap tengok apa ada kat kawasan Salang ni. Ada kedai souvenir, kedai makan tepi laut, food court pun ada. Kami pun sempat order waffle dalam dah lepas makan tadi tu. Pehtu lepak kejap tepi laut sambil layan gambar-gambar siang tadi..sambil dengar music. Resort tak ada orang sangat masa ni...best aman damai aje.
Okla..cukup tuk kali ni...sat lagi saya sambung part 2 plak.
Sekian.
No comments:
Post a Comment