Thursday 3 January 2008

Ice lemon tea takderk

Untuk entry kali ni, nak paparkan satu adegan realiti yang terjadi bebaru ni kat I. Takla baru....sebelum raya haji....eeerr...lama dah tu ek. Takpela...bacala nih....masa tu I pergi Alamanda Putrajaya dengan my friend.

Anyway, nak dijadikan cerita, kitaorang singgah makan kat food court. Kami pun pergilah kaunter nak beli air. My friend pesan ice lemon tea macam biasa. Minuman favourite dia..katanyala. Maka terjadilah dialog seperti di bawah :

AA : Emm...ice lemon tea dua!

Kaunter : Aaa... ice lemon tea takderk hari ni. Sorry ekk. Ah! Tapi teh o ais limau ada!

AA : (dalam hati) Apa beza teh o ais limau dengan ice lemon tea? Ooo Bahasa?!

AA : Uhhh... bolehlaaa. Kasi dua ekk...

Kaunter : Wokeh!

AA : Aaa... ais kosong 1.

AA : (dalam hati) Ice lemon tea... kalau translate ke BM memang jadi teh o ais limau kan?

Kaunter : Okeh semua skali 5 ringgit!

AA : Huh? Ohhh.. okeh.

Last-last baru dapat tau from 1 of his friend. Diaorang punyer teh o ais limau tu adalah teh o ais yang dicampurkan lemon. Manakala ice lemon tea tu adalah ice lemon tea Nestle mahupun Lipton yang biasanya dijumpai dalam tin, botol mahupun 3 in 1. Hey, apa daaaaaaaaaaa.....

So sekarang kena pulak specify. Nak ice lemon tea ka? Atau nak teh o ais limau ka? Kerana kedua-duanya ditakrifkan sebagai minuman yang berbeza...

Tapi bukan ker teh o ais limau guna buah limau?

No comments: