Tuesday, 20 October 2009

My boss wedding


We have been waiting anxiously to share the gorgeousness of CKK’s wedding reception held at Carcosa Seri Negara in Kuala Lumpur recently. It's one of those weddings that look so effortlessly luxurious. Congratulations and thank you so much for letting us share in your wonderful celebration.




Nice sweet couple :)

Their wedding cup cakes..:)

At the registration area


In the bride's room. My boss is so pretty..:)



Nice table arrangements


With my friends

Me, Sabrina, Intan & Oya

With the married couple.

Me & Jess

TY's family favorite


Entry kali ni..banyak pula bab makan kan. Takpelah..lagi pun puasa pun sudah..raya pun sudah. Apa kata kita belajar buat simple dessert ye dak..bagi family kita makan.

Puding ni memang kegemaran parents saya. Papa & mama suka puding ni, sebab lembut, manis and berlemak dan yang paling penting senang nak hadam. Untuk orang yang tak ada gigi ni..puding ni sesuaila..he..he...heh..:P


Nila bahan-bahannya.

Masak gula hangus dulu.


Bila gula hangus tu dah masak and kuning, tuang dalam mangkuk kaca ni.

Sambil tu, boleh buat adunan caramel.


Satukan adunan tadi dalam mangkuk kaca yang ada gula hangus tadi, then, kukus

Nila periuk kukus klasik yg dah puluh2 tahun berjasa. Orang dah tak guna dah periuk ni. Kukus selama 30 minit.

Inila hasil setelah dikukus. Sebelum terbalikkan.


Setelah diterbalikkan Tadaaa!!! :D


Kalau nak buat puding ni, nila bahan-bahan dia.

Dan jangan lupa...mula dengan Bismillahirrahmanirahim.:)

Bahan-bahan gula hangus.
1/2 mug gula hangus (mug yg standard)
3 sudu besar air

Bahan-bahan caramel
1 mug susu pekat (jgn letak sampai penuh, kurang pun xpe)
1 1/2 mug air
6 biji telur (ikut sukala nak buh berapa biji teluq pun)
1 penutup esen vanila

Cara nak buat gula hangus
Masukkan gula dalam periuk berserta air.
Kacau pada api yang paling kecil hingga gula menjadi kuning.
Masa tengah kacau tu, abaikan gula tu punya texture.
Sebab sebelum ia menjadi kuning, texture gula tu akan bertukar pada berbuih, then keras, then mcm serbuk, then baru ia akan bertukar pada gula hangus.
Keeeeep on stiring it k.
Bila dah cair and kuning, masukkan dalam acuan. Then biarkan letak tepi. Buat caramel plak.

Cara nak buat caramel.
Masukkan telur dlm bekas, then kacau smp kembang
Masukkan susu pekat..kacau pelan sampai sebati
Masukkan air..kacau jugak
Last sekali masukkan esen vanila.
Kacau sesemua tu..sampaila sebati dan berbau seharum esen vanila.

Pehtu

Masukkan caramel kedalam acuan gula hangus yg dibiar sejuk tadi. Sebelum tu, tapis caramel tu dulu. Takutla ada kulit2 telur ke...benda2 'alien' ke termasuk dlm adunan gula kan.


Pehtu

Kukus selama 30 - 40 minit.


Pehtu

Bukak tudung kukus tu, asingkan caramel tu dari pengukus. Biar hingga sejuk, then masukkan dalam fridge. Bila dah sejuk tu...bolehla dihidangkan.


Monday, 19 October 2009

Ciskek ku


Resepi ni adalah dari kakak ipar saya iaitu K.Hus. K.Hus ni memang pandai memasak. Suruhla dia masak apa pun mesti menjadik punyalah. Bukan K. Hus aje yang pandai masak, even K.Hasiah, K.Maria and K.Nora pun pandai masak jugak..termasuk adik ipar saya Ila. Cuma saya seorang aje yang agak kekurangan cooking skill ni..:P InsyaAllah..pelan-pelan belajar kan.

Last week saya ada baca entry K.Hus on KokoMarble Cheese Cake nih. Sembang punya sembang punya sembang, dengan a few tips here and there from her..semalam saya buatla cheese cake nih dengan gigihnya.

Bahan-bahan senang aje nak cari. Banyak kat supermarket. Caranya pun senang.

Sebelum mula membancuh bahan-bahan pastri, pastikan dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim. Bukan buat kek aje kena bismillah..segala-gala perkara pun mesti dimulakan dengan bismillah. Dan jangan lupa, diakhiri dgn alhamdulillah. InsyaAllah...menjadikla kek tersebut...heh..heh..heh...


Bahan-bahan wajib, tak lupa juga gula dan esen vanila




Perkakas wajib, cake mixture kena ada kalau nak buat cake ni. Penat weeiii nak pukul guna tangan.

Adunan A campur dgn adunan B


Bila tadi dah dicampur, bakar dlm oven suhu 160 selama sejam.

Tadaaa!! Inila hasilnya..:P :P Sila abaikan rupa kek tersebut, yang penting rasa dia...raaasssaaa dia tu pentinggg... Yummmy...yummmyy...:) :)

Bahan-bahannya ialah -

Bahan A

185gm butter

1/4 cwn serbuk koko

1/2 cwn gula halus

1 cwn tepung naik sendiri

2 biji telur

Bahan B

250gm cream cheese

1/2 cwn gula halus

1/4 cwn fresh milk

1 biji telur

1 sudu teh esen vanila

Cairkan butter,masukkan serbuk koko,kacau sebati. Biar sejuk. Pukul gula dengan bancuhan butter, masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung, gaul, ketepikan dulu.

Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula, esen hingga sebati. Masuk telur, fresh milk, sebatikan. Tuangkan adunan koko selang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.

Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist

Raya open house

Tahun ni tiap2 minggu ada rumah terbuka. Tapi, saya tak boleh nak pergi kesemua rumah kawan-kawan saya tu.

Dengan ini saya nak mengucap ribuan terima kasih diatas jemputan tersebut dan jugak saya nak minta maaf atas sebab-sebab tertentu saya tak dapat nak elak, saya tak dapat nak menghadirkan diri. InsyaAllah kalau umur panjang, tahun depan kita boleh berjumpa lagi.


Kat rumah Shameen.
Oya, Shameen, Me, Azimah & Eza


Nak balik dah ni, Eza, Oya & Me


Ni kat rumah Has di Rawang.
Faiz, Eza, Azimah & Me



Dah kenyang dah ni.
Ni pulak kt rumah Flora di Puchong


Ni kat rumah parents Intan di PJ.
Adria, Wana & Mummy Intan, Oya & Me

Birthday Girl Wan Nur Intan Farhana

Ni dah ready nak balik dah ni.
Adria, Oya & Me

Monday, 12 October 2009

Hobi baru..


Baru-baru ni saya beli pokok orkid. Yang putih tu Dedro Liberty and yang purple tu Doritis. Ni pun saya google tgk website nama orkid saya ni. Bukannya saya reti nama2 orkid ni. Paling command is..orkid putih and orkid purple..hahahaha.

Ni nak mencuba hobi barula kononnya nih. Rumah saya ni tak ada pokok-pokok bunga. Dulu mama rajin gak tanam pokok2 bunga...lepas dia dh sakit. Saya ni tak reti plak nak take over. Last-last mati...heemm..mana taknya..dah berbulan-bulan berkampung kat hospital. Pokok bunga pun sakit gak masa tu.

Yang ada pun pokok bunga raya, pokok bunga melur, pokok bunga kertas dan yang lain-lain cuma tanaman hijau yang biasa2 kita nampak. I'm not into a pokok person actually. Mama dulu pernah cakap, 'Shira ni tak boleh tanam pokok, asal tanam aje mati, asal tanam aje mati'..org tua-tua kata, tangan saya ni panas. Heemm...panas sebab nak kena penamparla kot..hahahahah.. Jangan Uuuu..i ni garang Uuuuu...:P :P

Well, lately ni terdetik plak nak membela orkid. Hopefully kali ni bukanla hanya sehangat tahi-tahi ayam.








Masa mula-mula keluar kan pasu dari kete, Papa dah tanya -


Beli apa pulak tu?!?!
Pokok Orkid.
Beli buat apa? Buat rugi!
Papa ni...cuba bagi semangat sikit. Ni asyik nak fikir negative aja.
Beli buat apa? Bukannya shira nak jaga, papa jugak yg kena jeruih
Alaaa Papa ni...Dah alang-alang jeruih pokok2 yg lain tu pagi2 tu...jeruih sekali orkid Shira nih..Okey perrrr..:P
Haa..tu la...Papa dah cakap dah...papa jugak yg kena jeruih..!!
Sssshhhh...ssshhh......kang lawan kang..durhaka plak kan..so i just...ssshhh....ssshhhh...to him..:P


Dia masih pok pek pok pek pok pek.....
Saya buat diaamm ajer...sambil melayan orkid2 saya..walaupun hanya 2 pokok. Biasala tu kan...bermula dengan 2 pokok...besok2....berpokok2la jadiknya...hahahahaha. Bunga dia tahan lama....tu yg syok tu...ni dah tumbuh putik..haa..tandanya akan berbunga lagi....hemmm...lagi ralitla saya tgk2 bunga tu. Nak bela kucing, papa bising.....So, baik bela orkid nih....sunyi sepi....heh.heh..heh..

Wednesday, 7 October 2009

Post filing lunch..

We went to Monte's Restaurant at BSC for our post filing lunch last Wednesday.



Me & Eza
TLS/CIP staff


Berusaha keras memotong roti

Mana foodsnya ni..lama dah tunggu..:P

My Sirloin steak

Sabrina & Sze Mei..x habis2 dgn gossips

More TLS/CIP staffs


Flora & Azimah


Ester Lee (our VT) and Yu Ming (New staff)

Wei Yee & Yvonne

Tuesday, 6 October 2009

Saje-saje suka beli...



Semalam lepas solat Maghrib saya pegi Ikea beli barang-barang sikit. Tak sikitla...bykla jugak. Ni semua gara-gara dapat katalog Ikea 2010 last weekend. Papa pun dah berkenan a few things. So, dia kata 'Shahira, sat lg lepas Maghrib, pegi Ikea p beli barang-barang ni'. Dia pun tunjukla apa benda yang dia mau tu. Well, saya dengan muka cerianya..berangkatla ke Ikea..heh..heh..heh. Nasibla dekat aje...less than 10 minutes dah sampai. Ikea pun lengang aje...lepak aje jalan sambil bawa troly besaq gedabak tu..tak ada halangan..heh..heh..he..:)


Nila barang-barang yang saya grap semalam.


Vanlig Glass
(Papa suka buat collections gelas2 ni..so, ada sesapa nak sewa gelas2 ni..boleh berjumpa dgn Tn Rumah ni iyer..)

Lack side table
(Meja ni nk letak kat living room, yang ada sekarang sudah agar uzur..:P)


Arvinn Folding Chair
(Kerusi ni pulak, saje suka-suka nak beli..sebab murah..:P)




Stockholm Table Lamp
(Lampu ni pulak, nak letak kt bilik Mama, yang ada sekarang ni...seperti dah outdated..conceptnya...tu kata Papa sayala..:) )

Nara Paper Napkin
(Ni memang kegemaran saya, suka napkin bunga-bunga ni, baru ada class kalau nak present kat guest yg datang rumah untuk makan-makan. Tak mainla napkin yg biasa2 tu..NO NO NO!!..)