Broga Hill is a famous landmark for casual hikers. In case you don't really know, Broga is a small town that sits along the border of Selangor and Negeri Sembilan.
Mood malas mai dah...tapi benda ni tak boleh nak simpan lelama..sat lagi lupaa..jenuh nk ingat balik.
Ok entri ni nak share pengalaman saya pergi hiking for the first time seumur hidup. Dulu-dulu ada jugak cita-cita nak naik bukit ni..tapi dulu-dulu geng tak berapa nak ada..masing-masing bz dgn studies, families, etc etc. Kebetulan baru-baru company ada organise a trip to BH ni..why not give a try. Mujur Elli, Alice, DZ, Dzila and a few other auditors pun ada jugak. Kiranya baru nk berjinak-jinak dengan hiking. Saya tak fit sangat ni...tapi try ajerla manala tahu boleh naik sampai atas..we never know kan. Saya suka dgn aktiviti lasak ni..boleh sihatkan badan. So, saya cabar diri panjat bukit yang tak berapa nak tinggi ni terlebeih dahulu.. Lepas ni mana tau kalau ada rezeki boleh try bukit/gunung yang lebih mencabar..hehehehe.
Broga Hills ni atau nama lainnya adalah Bukit Lalang. Sebabnya terdapat banyak dengan tumbuhan lalang ni.. Mana nak ke puncak tu, kiri kanan ada lalang. Pergghh!! Cantik pula tu saya tengok.. BH ni merupakan salah tempat pelancongan dan juga untuk hiking yang agak popular bagi rakyat Malaysia. Terutama bagi mereka yang baru sahaja nk belajar dan merasai hiking tu bagaiman sebenarnya. New beginner..macam saya ni..hehehehe.
Ketinggian bukit ni adalah 400m daripada paras laut. Selalu orang datang untuk melihat matahari terbit atau terbenam, tapi masa kami sampai kat sini dah terang menderang. Alamatnya, matahari memang dah tercacak kat atas kepala..hahahaha. Tak apa...just untuk ambil pengalaman dan for sure as a blogger yang tak berapa nak tegar sangat ni..bergambar tu memang tak dapat dipisahkan. So, aktiviti snap/boomerang etc etc gambar sana sini laaa apa lagi..hehehe.
Alhamdulillah, first time hiking ni tak la rasa terkejut sangat...tapi still tak pro macam orang lain, masih slow and steday je naik atas. Penat tu memang penat jugak tapi bila dah ada geng ramai-ramai yang support each other ni..tak terasa sangat penatnya..hehehehe. Stamina kena kuat jugak for me as first timer. Laluan BH ni boleh tahan jugakla mencabarnya...saya tahu ada lagi yang lebih mencabar. Memang sesuai sangatla bagi mereka yang nak merasai pertama kali mendaki bukit. Lagipun masa saya pergi ni, musim hujan...jalan untuk mendaki agak lecak sana sini..so, becareful..!! Orang yang datang sini dah ramai sangat ...macam kat shopping mall...tempat popularla katakan..ahaakkss...
Masa kat puncak pertama BH, kami lepak kejap kat situ sambil menghayati permandangan kat atas ni. Naik naik puncak paling tinggi, tapi memasing dah kepenatan.
Permandangan yang sangat cantik dari puncak. Lepak atas BH ni, possing-possing snap gambar..bukan senang nak sampai atas bukit ni kan.
Dah lebih 30 minit lepak atas ni amek angin dan bergambar..kami pun kena sedia untuk turun. Turun memang laju..tapi sangat bahaya. Kawasan licin botak tak berumput...tergelincir sekali dua camtu..tapi ok tak ada apa2.. Masa nk turun habis menggletar kaki. Saya masih tak kuat dan masih tak stabil masa nak turun bukit ni. Saya bukan jenis gayat, cuma rasa takut tu menghantui diri..takut tergelincir la..takut tertonggeng la..macam-macamla.. Alamatnya, kita kena banyak praktis lagi ni...hehehehe.
Terasa sangat berbaloi datang buat aktiviti macam ni.. Bukan saja boleh test diri sendiri yang boleh mengagahkan diri untuk panjat bukit..cewaahh...:) Pengalaman macam ni kami kenal erti kasih sayang, tolong menolong dalam kesusahn..dan banyak lagi.. best tau sekali sekala join aktiviti camni..dari buat routine work aje.. kan kan kan.
Sekian dulu...:)
1 comment:
spectacular views from the top.. so great.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbarrr
lebih challenge bab turun bukit kannn? huhuu.. at least u have got the experience shieraa!!
Post a Comment