Salam to all my dear friends and family.
Saya travel lagi..hehehe. Tapi hat ni tak pi jauh..pi hat dekat-dekat ajer...:) Kebetulan ada peluang ni..why not kan..?
Tarik bag lagi...hahahaha. Adhoc plan memang selalu macam ni. Mujur ada cuti 3 hari [Maulidur Rasul] amek peluang short trip ke Langkawi. Lama jugak tak pi sana..tengah ada peluang ni..grapla kan..:) Dah check-in online..just nak drop bag aje ni.
Selfie sambil jalan-jalan dalam terminal. Kami check-in awal...Orang macam tak ramai sangat ni boleh sangatla kami mingle around dalam terminal tu sambil cuci-cuci mata.
Sementara nak boarding, kami singgah mengopi kat Jongker's cafe. Awal lagi ni..banyak lagi masa..lepak jap sini mengopi sambil menyembang-yembang..:) Sedap nampak kopi tu Kak Kay..hehehe.
Flight kami delay. Sepatutnya 3.20pm depart dari KLIA...tunggu punya tunggu..punya tunggu..kepala kapal tak jugak muncul. Dah agak dah..mesti delay ni..kalau delay 1/2 jam takperla jugak..ni delay 2 jam..!! I was like...krikk krikk krikk.. Katanya ada technical problem kat Bangkok nuunn. Wel,, takperla delay nak buat macamana kan. Mohh la kita pi makan.
Tak jugak sampai kapalnya.. ntah hilang pi mana pun tak tahu. Hujan pun dah stop..tak lama lepas tu tiba jugak flight kami. Alhamdulillah..tak mau la nak complain lelebih kan. Sykur flight tu selamat sampai jugak kt KLIA ni.
Nak depart dah...bye KL..!! Masa ni tengah renyai-renyai
This is my second time fly with Malindo. Tapi kali ni memang berdesup laju flight hat ni.. sebab nak kejar masa la ni kot kan..sebab dah delay..lambat dari timing sebenar. Bila take-off aje macam nak tercabut jantung dibuatnya. Landing pun sama jugak..melambung-lambung kami dalam tu sebab too fast kot..mujur tak jadi pape..pheww..
Not bad ruang tempat duduk dengan kaki tu agak spacious jugak dan ada screent untuk setiap passenger..ada movies and games..setakat g Langkawi 1 jam.. apa yg boleh tengok je pun...tengok ajerla route flight ni dah sampai mana..:)
Dah nampak Langkawi Island..lama tak tengok view cantik camnin. Indah sungguh ciptaan yang mana Esa.
Kami duduk seat not so paling belakang..kami biarkan semua passenger depan turun dulu, sebab tak mahu nak rebut-rebut dengan depa. Kebetulan stewardess ni macam friendly dengan weolls..sudi jugak dia bergambar dengan pelancong mesia macam kami ni..hehehe. Thanks for your kind hospitality dear stewardess..:)
Walaupun 'you' tu delay...kami tetap sudi jugak bergambar dengan 'you' tau...:) :D Sampai kat airport we took a taxi to our hotel. Meritus ni dekat je dengan airport.
Disinila kami menginap untuk 3d2n. Segak tempat ni...i likee..!!
This is our room - 808. Bilik kami ada 4 pintu..our room is at the 1st floor. Sebab resort ni agak besar jadi nak bergerak ke bilik dari lobby ni kenala guna buggy. Kalau menapak pun boleh ajer...tapi 1st day sampai sini..ceruk mana pun tak tau lagi kan...so, naikla buggy..plus dia depa akan angkat bag kita sekali..hehehe.
Cozy room. Kat sini wifi ada so jangan risau..boleh upsate status sampai lebammm..:D
Kat sini haruss la bergambar yeaa dakk.. Malam ni kena pi cari makan kt pantai chenang. Mujur tak jauh dari hotel kami..walking distance dalam 10 minutes. Malam tu kami makan masakan panas - tomyam, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, telur dadar + rice and drinks. Tak sempat nak snap gambar..too hungry..huhuhu.
Jalan-jalan cuci mata lepas makan. Happening jugak malam-malam kat sini..macam-macam ada. Dulu masa saya datang sini tak la semeriah macam sekarang ni. Berapa punya lamaa daaa tak datang sini..huhu.
Boleh dikatakan semua unit kt hotel ni dibuat dari kayu.
Jom breakfast..!!
Open pool depan lobby..sambil makan boleh cuci mata tengok depa mandi pool.
Ni macam christmas notes...tulis kat daun-daun tu lepas tu gantung kat tali yang berjuntai.. Semua tu is christmas wishes from the hotel guest.
Christmas mood... Lobby dia agak grand, besar dan luass.. Bangunan diperbuat daripada kayu..memang sekali pandang scary jugak sebab gelap je tapi selesa sangat kat sini. At the same time bole rasa macam suasana kampung.
Jom cari port nak mandi.
Pool ada 2...satu pool dekat dengan lobby which jauh dari bilik weolls... pool yang dekat lobby tu untuk kids punya..bestla ..ada mini theme park lagi.. Bukan budak2 aje suka...adults pun lagi lagi la suka..!!
Bestkan? Besar gila pool dia..nak cetek ada...nak dalam ada...nak privacy ada 2nd pool, nak yang ala-ala playground ada..pilih pilih mana yg berkenan dihati..:)
Depan pool je dah boleh gi beach. Beach lawa plak tu sebab it's a private beach katanya..pasir halus bersih...scenery cunn.. Ramai guest matsalleh and arab kat sini.
Jalan-jalan tengok pokok nyoq..!!
Amaze with the scenery of this hotel.
Jom balik...bersiap nak keluar pi jalan-jalan bandar
Kami sewa kereta Avanza. Cadangnya nak makan laksa kt kedai Mak Munah kat Makam Mahsuri. Mana kami dapat tahu laksa ni sedap kt sini? Taxi driver yang bagitau kat kami, katanya laksa mak munah ni sedap dari yang tepi laut dekat airport tu. Harga pun boleh tahan murah banding yang kat tepi laut. Dia yang rekomen kami datang sini, try makan laksa kat sini. So, bila kami sampai situ rupanya kedai mak munah tu buka lepas zohor. Alaahaaiii..kami sampai awal la kt situ. So, no choice kami makan aje laksa yang ada kat situ...sorry tak ingat nama.
Lepas makan laksa..kami mengopi kt Starbucks kat airport. Sambil celeb mini birthday Amie..hehehe. Kami sambut ala kadar aje...just for fun makan kek..minum kopi..sambil sembang-sembang..:)
Sambil celeb mini birthday Amie..hehehe. Kami sambut ala kadar aje...just for fun makan kek..minum kopi..sambil sembang-sembang..:)
It's shopping time..!! Kebetulan kat RAMS, Tun Dr Siti Hasmah pun ada jugak. Dia datang shopping sini beli barang-barang rumah rasanya. Ramai orang Q nak bergambar dengan dia. Siap tanya lagi, kami ni dari mana? Bukan senang nak jumpa. Bila dah jumpa tak lepas peluangla kan.
Salah satu kedai duty free yang terkenal adalah di RAMS. Lokasinya kat Pekan Kuah dan tak jauh sebenarnya dari HIG. "Waza" aje confirm sampai. Nampak penuh kan dalam keta tu... Jangan tak tahu..itu adalah hasil dagangan sepupu saya..segala curtain, kain cadar, alas meja, pingan mangkuk, sudu garpu etc etc ada dalam tu. Harga memang kaw-kaw murah kat RAMS kalau nak beli perkakas rumah. Jangan ditanya macamana dia pack barang-barang ni..hehehehe.
Kalau uolls dah lama mengintai pinggan mangkuk, kuali, cooker brand Visions, CorningWare, Corelle, Tefal (barang-barang imported ni), silala ke RAM sebab kat situ ada banyak corak yang available. Harga pun not much diff dari other shops, kiranya kat RAM ada banyak pilihan.
Inila hasil sebenarnya..banyakkk kan..? Ini termasuk jugak pesanan dari kawan-kawan opis... :) :D
Semalam kami sampai, kami tak dapat welcome drink ni. So, malam ni kami claim dapat jugak merasa air dalam cawan comel ni. Rasa mcm mix cherry strawberry ribena gituuu..:)
It's dinner time. Mana lagi kalau bukan kt pantai chenang. This time kami tak jalan kaki..kami drive along the road.
Terjumpa Zaffron Lite ni...main dish is western. Boleh la try datang makan kat sini.
My lamb chop
Teman Batrisya pakai henna kat tangan dia..RM15 ajer.
Memandangkan nak krismas tak lama lagi kan. We plan to have an exchange gift just for fun.. Only the 4 of us. Draw numbers / names then exchange. Bajet amount is RM30 above.
We're going out again for last shopping..!! Sambil menunggu ahli jemaah yang lain.
Tak puas-puas lagi nak bergambar kat sini...view memang cantik.. Setiap sudut cantik kat hotel ni.
Ala-ala Bali plak view kat sini...:)
Antara tempat yang wajib pergi is Dataran Helang. Sebab Helang adalah simbol negeri Langkawi. Tunaikan hasrat Kak Kay jugak...sebab katanya dari Helang tu tak ada...hinggala wujudnya Helang tu...inila baru sampai dia kt situ. See, berapa punya lama daaa dia tak datang sini..
Tengok aksi-aksi orang yang bergambar kt situ..macam-macam gaya ada..hehehe. Dah puas snap gambar kat sini, jom kita pi tempat lain pulak.
Telaga Harbour Park ni terletak kat Pantai Kok. Ia merupakan tempat parking untuk private yatch. Memang plan nak datang sini tengok yacht kat Telaga Harbour ni. Terus aje parking dan jalan-jalan sat kat sini. Memang feeling-feeling orang kaya giteew kalau datang sini. Boleh berangan ajerlaaa...huhu
Another recommended place for sight seeing. Kalau nama dah duduk kat bandar bila dapat tengok tempat macam ni, harusla rasa excited..:)
Dah time makan ni...usha kedai makan kat sini. Kebetulan kami jumpa Mare Blue Rest.
View from the Mare Blue Rest.
Us with the foods.
Clams Soup
Grilled Lamb Cutlets
Chocolate IceCream
Well, that's about all to tell about my short trip to Langkawi. We need to go back to our hotel and do the final packing. Our flight is at 8.20pm. Pukul 6pm kami dah check-out dari hotel with our luggages yang besar gedabak tu. Hantar kereta kat airport, park saja kt situ then the owner tahula nak cari macamana nanti. Bagus punya service..hehehe. Lepas dah drop bags semua..still early. Lepak makan dulu kat MarryBrown. Pukul 7pm kami semua masuk...while waiting to boarding ada annoucement. Our flight is delay again. Kali ni sejam..'sigh' No choice..tunggu ajerla kan...jangan complain.
Bye Langkawi...InsyaAllah panjang umur jumpa lagi..:)
Sekian dulu...
1 comment:
wow...
Post a Comment