Thursday, 1 December 2016

Spring trip - Invercargill & Dunedin, Day 7


Salam to all my dear friends and family..

Dah sebulan lebih balik dari NZ, tapi laahaaii biasala semangat nak menulis tu lambat nak menyerahkan diri..kadang-kadang tu terus tak bertandang langsung..camne tuuu??  Kes baru-baru ni..dah siap semua dah cuma tinggal nak finalise sikit aje untuk day 7 ni...bila saya buka draft blog..tup tup tak jumpa..as if HILANG!!! OMG..!! can you imagine..i've drafted a lot!!! took me almost 2 weeks to complete...tup tup hilang..ko rasa?!?!  No choice i have to create everything all over again.  So, the story tu dah jadi lain sikit la kan...banding the one yang hilang tu.  Sedih tauuuu...uhukk uhukk... Its not an easy task tau nk buat semula ni.  Kena ingat balik what I have wrote in this post.  Yang peliknya....kenapa boleh hilang!!! PLeaaaseeeeeeee....!!  Well, nvm ...finally i managed to complete it within 2 days.. Haaaa....aameekk!!!  Gigih siapkan jugak.  Sebab tak bestla biar cerita lama-lama kannn.. nanti boleh jadi lupa.

Let's continue....

Pagi tu kami tak plan nak gerak awal...sebab tak rushing sangat nak ke our next destination. Next pit stop is at Dunedin.  Lebih kurang 3 jam jugak la dari sini kalau slow drive.  Tapi knowing us yang memang tak boleh nak slow drive + stop here and there..kiranya mustahil nak sampai sana on time...hehehehe.  Lagi pun, kita datang sini just to enjoy ourselves kann..enjoy the scenery while we can.  Tak sangka dah masuk hari ke 7..macam dah boleh rasa that our journey ni is ending sooonn...ohh noo..!!! Ok Ok...back to our story here.

Still tak boleh lagi nak move on dgn tempat ni.  Post yang sebelum ni saya cerita secara basic mengenai lodge kami ni.  So, this time saya akan cerita more details la. Kalau tempatnya elok dan selesa...why not kita share our experience masa kami stay kat sana.  So, that to those yang nak datang sini in future pun tak la rasa ragu-ragu.


This is the entrance nak masuk toilet.  Sebelum tu is the laundry area..which is kita boleh cuci baju-baju kita.  Nak iron pun boleh jugak kat sini..kiranya serba lengkapla kemudahkan kat sini. 


Ini ialah shower room.  Sparkling clean..memang tak jumpa langsung kekotoran.  Punyala baguih tuan rumah ni jaga tempat dia.


This is the laundry area that I mentioned earlier. 


Complete dengan sabun, softener..etc etc..  Sila la guna dengan berhemah..hehehehe.  Tak sure plak kena bayar ke idak...sbb kami tak guna washing machine tu..just snap gambar aje..sorry guyss!!


Rumah kecik kat belakang yang warna putih tu la tandas.  Tak jauh pun dari lodge kami..tapi memandangkan cuaca yang sejuk mengila malam-malam tak sanggup rasanya nak cross over ke sana... Sebelum tidur tu..elokla tunaikan 'hajat' yang sepatutnya..hehehehe.


Gonna miss this place so much...:)


Lodge kami tu ..bersebelahan dan kitchen.. Nampak comel aje..semua tu serba lengkap. 


View dari luar while we having our breakfast.


Dapur ni bersebelahan saja dgn bilik kami.  Kiranya kami boleh aje nak masuk sini at any time.  Tapi, there is rules here tau..close at 10pm and open at 6am.  So, kita ni kat tempat orang kan...kita kenala ikut peraturan depa.

 

Dapur yang serba lengkap..toaster, rice cooker.  Kalau rasa nak masak nasi tu..boleh aje guna ...go ahead.


Sink tu lepas guna...cuci bagi bersih buang sisa-sisa kotoran dalam tu.  Kita buat macam rumah kita la kan... Memang ada small notes kat sink tu..."Keep it clean" ... Kita kena faham-fahamla maksud tuan rumah tu kan.:)



Segala size pinggan, mangkuk, mug, periuk belanga lengkap kat dapur sini.  Pastikan lepas guna tu, kita cuci..lap bagi kering..dan simpan balik kat tempat yang disediakan.


Sebelum kami meninggalkan lodge sini...there is a guest book.  We wrote a short message to Karen..tell her how happy we are while we were there.



Kami dah settle packing semua...breakfast pun sudah... So now its time for us to look around at this area.  Almaklumla..semalam kami sampai dah petang..tak jumpa kami dengan sheep... Yang kami jumpa hanya baby sheep..yang kelaparan nak minum susu.


There they are...kat sini barula kami boleh tengok depa ni secara dekat.  Kalau tak asyik duk tengok depa dalam kawasan berpagar aje..tu pun dari jauh. 


Yang seekor ni nampak macam mesra alam.  Kiranya boleh mesra dengan manusia banding yang lain-lain tu.  Sebabnya depa ni kenal dah dengan manusia..lagipun guest2 kat lodge ni memang akan dibenarkan dekat dgn sheep2 ni semua.



Hello...!!!



 This is the nearest I can see them...happyyy..!!! 


Okey Karen...we got to go now.  Nice knowing you..we definitely enjoyed our stay, made us feel at home.


Bye Karen..!!

On our way to Dunedin, banyak pemandangan ladang rumput menghijau..kejap2 jumpa tasek...kejap2 nampak sheep...kejap2 nampak lembu...view macam ni memang terkenal sangatla kt south nz ni.  Tu yang kadang tu rasa sayang nak terlelap zzzzzzz...tapi kalau dah tak larat sangat tu..memang terbabas zzzzz jugakla.  But most of the time, payahla nak tidur sebab sayang nak lepaskan peluang tengok view cantik-cantik kat south nz ni.  

Kebetulan kami lalu di Balchutha, Kak Mama memang aim lama dah tengok tengok canola field dari dekat..and her wish came true.  Memang ada 1 kawasan ni canola field memang terhampar luassss..lawa beb!! Area Balchutha. Pada mulanya dah terlepas simpang..haruuussla kami berpatah balik..kalau tak mau 44 hari  44 malam duk mengigau tak dapat tengok canola field ni..hahaha... Jangan maraahh aaaaaa kak mama..:)  

Canola field ni terlalu luass..boleh nak guling-guling cite hindustan kalau maula kan..tapi mana bolehh..tempat orang ni..jangan buat hal..hehehehe. Kat situ memang posing sakanla...masing-masing bergambar sakan kat sini..pakai hp, selfie, wefie semua style keluar. Mujur masa kami sampai situ cuaca memang cantik sangat!!!   


Canola field, canola ni sejenis tumbuhan yang menghasilkan minyak macam kelapa sawit dekat mesia.  Cantik kan tapi bau dia ...huhu 


 Sanggup kami buat U turn demi canola field.  Cantik sangat kann...harussla patah balik kan..hehehehe.



Dah boleh buat video klip Sound of music ni...lalalala 


Disebabkan ladang canola ni berpagar...so apa lagi ni...memanjatla kaedahnya..hehehe.  Kalau tak manjat mana kan dapat hasil tangkapan yang superb kann?!?!

 

Selepas dah puas hati bergambar dengan canola, kami meneruskan lagi perjalanan kami..tapi dalam kereta tak habis-habis dengan excitednya bercerita pasal canola field ni.  Yelaahh...mana nak dapat canola field terbentang luas camni kat mesia kan.  Out of nowhere tiba-tiba aje terjumpa tempat macam tu..cun sangat!!  Rasa tak sabar nak jumpa internet and download kat IG/FB...nak cerita pasal canola ni..:)


Pantang nampak tempat boleh berhenti, the main problem driving through nz rasa nak amek gambar setiap minit dan saat. 





Hijau sepanjang jalan..kereta pun tak banyak





Penduduk tetap NZ..hehehe


Meh saya nak cerita pasal speed limit.  Saya belum sentuh lagi bab speed limit kat south nz ni.  Camni, setiap pekan kat south nz ni memang dah tetap 50km/j sahaja!! Masuk pekan aje mesti kena reduce speed to 50km/j.  Setiap jenis kenderaan ..tak kirala..bas ke..lori ke..kereta ke..semua akan reduce their speed.  Baguih pemandu kat sini, depa memang patuh betul undang-undang.  Untuk makluman, kt nz ni dalam kawasan luar dari pekan biasanya had limit 100km/j...depends ikut tempat..signage had laju memang besar terbentang sebelum masuk mana-mana pekan..juga ada tercatat kat gps kita..kena sentiasa alert sbb nz ni tengah jalan luar pekan..tetiba aje masuk pekann... Tengah syoq-syoq duk speed..tup tup masuk pekan..panic dah kena reduce speed.  Bare in mind tau. Police memang ada sentiasa memerhati kita saja yang tak tahu.  So, not to spoil our mood..patuhila undang-undang jalanraya.







Akhirnya kami tiba juga di Dunedin.. Perjalanan dari Invercargill ke Dunedin tak berapa jauh..dan tak melalui kawasan pergunungan salji.  Semuanya berjalan sangat lancar. Bandar Dunedin ni agak besar dan padat jugak berbanding tempat-tempat lain yang kami pergi sebelum ni.. Most of the houses are built on the hills..penuh kawasan bukit tu dengan rumah-rumah yang macam-macam bentuk.. cooll kan?




Dunedin ni banyak tempat-tempat yang menarik.  Pekan ni memang pekan student..kebanyakan penduduk kat sini muda-muda belia.  Dunedin jugak bandaraya paling tua di nz serta mempunyai jumlah pelajar/penuntut paling ramai kat sana. Sebesar-besar kawasan tu majoritnya bangunan university.  Ada banyak lagi bangunan lain dan keluar sikit dari city banyak resident area. 




Bila kami sampai pekan Dunedin ni..macam ada pesta kat Vogel Street [tolong jangan kecam..sebab memang inila nama tempat ni yang sebenar] ni.  Ramai betul manusia..macam-macam style...macam-macam show...all kinds of food pun ada tapi non-halal.  Berbagai bangsa ada kat situ.  So call as street party. 





Baca betul-betul sign tu.. :)  Kalau google pun akan keluar that particular event.



Ada live band masa tu. 



 Watching the show for awhile..  Tak stay lama pun kt situ.. nothing much to see sebab kami tak tahu event ni sebenarnya untuk apa..just follow the crowd.  We've decided to go out from there and go somewhere more peaceful.









PwC Dunedin pun adaaa..!!  Bangga lagi untuk kali yang kedua.  hehehehe. 




Set gps ke Botanic Garden..garden kat sini cantik..jadi dah alang-alang tengah tak tahu nak pergi mana..elok la ke taman bunga kan..dah sah-sah taman situ cantik.  Masuk aje taman ni dah nampak penuh dengan bunga warna-warni.  Pada pengemar bunga..jangan lepaskan peluang datang sini musim bunga..sambil cari ketenangan..hirup udara segar. Oh lupa nak bagitau yang parking kt sini is free..tak payah susah-susah nak bayar..hehehe.




Weolls jalan sebahagian kecil je tempat ni..tu pun tetap menawan tauu.. Satu yang memang dapat kita perati kat nz ni..kebanyakan tempat kat sana memang bersepah pokok tulip, mungkin sebab nz ni sejuk tak kirala summer pun kan.. Memang merata tulip tumbuh segar kat sana.  









Kat taman ni juga terdapat cafe dan information centre..tapi kami tak sempat nak terjah pun sebabnya kami sampai pun dah lewat.. Kami duduk dalam taman ni..sambil tengok-tengok itik ni...cuaca pun nyaman...best!! 



Macam tak mau dah nak balik ni...nak duduk lepak lama-lama kt sini..boleh takk??


Depa 2 ekoq ni duduk diaammm ajer.. Kita pi dekat depa pun depa tak gerak...meram la tuuuu ..sukerr!!! 


See...dekat dah tu haaa...depa 2 ekoq tu tak heran puunn...mmg mesra alam ..:) 




Sebelum hari gelap...jom kita usha tempat lain pulak.  Ramai yang kata kena pi kt Cadbury factory.  Kami cari Cadbury Factory yang terletak di tengah bandar Dunedin. Susah jugak nak cari..guna gps pun biasala boleh hilang jugak..jalan kt sana tak familiar sangat lagi..huhuhu..asyik memusing aje banyak kali pulak tu..sabar ajerlah drive kat sini.  Nak mencari parking 1 hal.. Akhirnya kami berjaya park our car kat Countdown mall yang terletak opposite Cadbury Factory.  Free parking cuma untuk 90 minit [P90] sahaja..kami perlu betul-betul set kan masa supaya tak terlajak.


Dah sampai sini..dah boleh bgtau kt orang kampung dah ni..hehehe.  Tapi, dah tutup kami sampai situ dah lewat.   



 Tak sure building apa kah yang ni..


Railway station ni macam bangunan Sultan Abdul Samad kt KL aje kan.. Stesen ni berusia lebih dari 100 tahun.. Kalau baca sejarah NZ ni ditemui orang Europe yang datang belayar..sebab tu banyak buildings kat sana macam ala-ala Europe gituuu.. Tapi penduduk asal nz ialah orang Maori. 




Simply stunning scenery!! 


Kami sampai kt Dunedin Holiday Park lebih kurang pukul 8pm camtu.  Process check in kat sini kejap aje tak lama..sebab booking dah buat since kt mesia lagi.  Kat sini, kami diberitahu yang towel and blanket akan dikenakan bayaran.  Per person $6.  Tapi kami tak amek pun..konon kebal la kan...sebab ingatkan dalam bilik ada heater so without blanket we should be OK.  Heater pula memang tak guna...every hour dia auto OFF...either me or Kak Kay yang jadi tukang ON.  Lepas tu it off by itself lepas sejam. Yelahh ...tula caranya depa nak kaut untung dengan membeli selimut $6 tu.  Bijakkk bijakkkk...  Malam tu memang sejuk giler!!  Padahal heater dah letak temperature yang maksimum kot!! Kesudahannya, weolls tidur tak berapa lena duk melayan kesejukkan yang mengila. Menyesal pulak nak berjimat sakan, tak nak bayar $6 untuk blanket.  Terpaksala tidur pakai 2 3 lapis baju + baju tebal + socks + snow cab..huhuhu.  


Kami book bilik ni for 4 pax, kami dapat bilik yang boleh muat 8 pax!! Haaa..amekk punyala besar biliknya.  Nampak tu kan..tak ada selimut..hampehh..!!! Unit sebelah ni memang lengkap dengan standard mini kitchen, kettle, fridge.  Ada heater jugak .  Bilik yang sebelah lagi tu, kami gunakan untuk keep our luggage, solat, tukar baju etc etc etc..sebab besar kann.  Harga sama aje no extra charges pun.  Tu la kebaikannya...keburukannya tula..saya cite yang mula-mula tadi tu, heater tak well function and the blanket that we have to pay. No choice..kena hadap jugakla..uhuukk uhuukk.  Lodge kami ni terletak betul-betul depan kitchen, laundry room and toilet.. Jauh jugakla kalau nak berjalan keluar nuunnn.  Cuaca sejuk gila kat sini compared to tempat lain. Tak sanggup nk redah malam-malam pegi toilet. Toilet kat sini, besarr...ada 6 shower rooms..memang muat untuk tampung semua penghuni kt sini.  Ohh...nak masuk toilet ada pin no.  Bukan sebarang orang dibenarkan guna toilet sini tau.


Its time to say goodnite guys... InsyaAllah nanti ada kelapangan saya akan habiskan blog nz ni sebelum saya hilang ingatan..hehehe.  Tinggal tak banyak hari lagi dah.. Lepas Dunedin ni ada 2 more places that I need to tell and share. 

So, please stay tune..:)


No comments: