Tuesday 7 August 2007

Demam??

Tatau la nak cakap camana lagik. I pun dah naik bosan la dengan demam I ni, nak kata demam teruk tak jugak. Nak kata demam kura-kura pun tak jugak. Entahlah, tapi yg I tau mata I dah berair, idung I dah tersumbat, bersin dah tersembur sana sini dan badan I dah panas sejuk since last week. Ekon kat office ni…I cadangkan kalaula depa boleh control tutup buang dlm 3 4 jam ke….legala sket…..ni dari pagi smpi petang…tak tahan sejukla. Hidung ni duk sok sek..sok sek…ckp phone dgn client pun sengau, nak pronounce nama client pun dah jadi nama orang lainla plak. Adduieehhh….tak tahanla. Baru jer seminggu lebih la, aku sihat skit, dah demam lagik. Bosaannnnyaaaaaaa I.

Tapi dalam I duk rasa nak demam tak demam nih, keje I tetap buat, update blog pun I buat jugak..walaupun tak hari-hari. Sementara masih larat. Actually I tak suka sangat amik mc. Kalau setakat demam sikit, selsema sikit, pening sikit, sakit perut sikit tu, bolehla tahan lagi. Lain la kalau dah tak larat langsung..tu lainla citer. Doktor nak bagi mc pun i tak amik. Baikkan i nih...eemm...Kan best kalau boss I outstation jauh-jauh, meeting lama-lama tak balik office ke, barula best. Tapi jangan harapla…bos semua sibuk dgn tax comp kena review semua..balik pun tak tentu masa. Yang penting, I mesti balik on time…5.30pm cabuutt. Tak der maknanya nak lepak office lelama.

Dan sekarang keje aku dok menguap je la kat opis nih pasal dah makan ubat selsema tadi ahahhahhha.

No comments: