Tuesday, 23 November 2010

Kampungku banjir..:(

Assalamualaikum semua.


Baru-baru ni Allah menguji kita dengan bermacam-macam ujian. Tapi seberat-berat ujian yang Allah bagi kat kita, berat lagi ujian yang Allah bagi kat rakya Indonesia, letusan gunung berapi. Sampai sekarang pun gunung berapi tu masih meletus lagi. Semoga Allah memberikan mereka ketabahan dalam mengharungi bencana ini.


Kita di utara tanahair di uji dengan banjir besar. Banjir kali ni agak teruk jugak berbanding 5 tahun lepas. Kali ni tempat-tempat yang tak pernah kena banjir pun habis tenggelam..contohnya kampungku..:( Kampung saya berada dalam kawasan Kota Setar. Berhari-hari rumah di kawasan Kepala Batas, Jitra, Titi Gajah, Changlun, Wang Tepus, Bukit Tinggi, Bukit Pinang, Pokok Sena, Kuala Nerang, Hutan Kampung, Anak Bukit, Mentaloon, Alor Merah, Alor Setar, Kuala Sungai, Gunung Keriang, Pantai Johor dan banyaaak lagi yang tenggelam. Nama-nama kawasan ni aje yang saya arif.


Saya balik baru-baru ni dapat tengok sendiri, dapat rasa redah banjir sendiri, kesian sangat-sangat kat mangsa banjir. Dah la rumah tenggelam. Barang-barang semua rosak. Ada yang terpaksa bermalam bawah khemah yang didirikan di atas divider jalan saja. Masak kat situ, makan kt situ. Nak membuang hajat? Mandi? Tiada bekalan air bersih. Yang dapat berlindung di pusat pemindahan, mungkin agak mudah dapat bantuan dan makanan. Yang tak dapat berpindah? Ya Allah, kesian sangat..:(


Saya dengan Papa sepatutnya balik kampung 4 Nov 2010 dengan express Sinaran Langkawi. Sebelum tu saya dah dengar berita mengenai banjir kt Perlis / Kedah…seluruh negeri dah dinaiki air. Kemudian saya telefon KTM di KL Sentral bertanya mengenai tren ke utara malam 4hb tu and according to them, ALL train to NORTH cancelled!! Dah sudaaahh!! But, kami boleh dapat FULL refund..:) Camne nak balik ni. Well, we’ve been discussed, call uncle/auntie, call Syamil..call Izuan…call Naim tanya status kat sana semua whether kalau balik drive boleh ke masuk kampung semua..and according to them still boleh masuk lagi…:) :D Well, pagi tu jugak amek EL, kemas-kemas barang semua..then zasssssssssss drive balik Alor Setar. Syamil adik saya pun nak balik jugak tapi tak boleh dapat cuti coz lack of pilots.

5 hours journey…standardla tu balik kampung. Berdebar-debar ni nak drive balik sana, sbb takut sangkut kat tengah-tengah jalan tak boleh masuk kampung. Sampai sana saya kena keluar exit Alor Star (S) sbb jalan seterusnya dah tutup akibat air banjir dah melimpah ruah. Lepas bayar tol, kami diarahkan oleh polis trafik untuk lalu ke arah Hutan Kampung iaitu jalan alternative untuk ke Utara. Jalan Hutan Kampung pun sudah dinaiki air, cabai saya masih boleh go through that area. Then, kami kena melalui kawasan Lepai, juga merupakan jalan alternative ke kampung saya Bukit Pinang. Kebetulan masa tu saya drive belakang bas express. Bas tinggi..besar…memangla boleh lepas banjir. Melalui pengalaman-pengalaman sebelum ni, kalau nak meredah banjir seelok-eloknya ikut belakang bas. Air mmg tinggila…dah melepasi tayar kereta saya…dengan keredat dan semangat yang ada ni…tawakal jugakla drive jugakla redah banjir tu. Bas lalu aje…air tu wave out…so pelan-pelan ikut belakang bas dengan jayanya saya selamat melepasi banjir yg dalam tu..heh..heh..heh..:) Kereta-kereta yang lain tu…tengok ajerlah sebab tak berani nak meredah air tu.

Saya sempat beli barang-barang dapur dan juga Ikan, Udang bawa balik sana. Takut stok makan tak cukup masa tu. Kat kampung saya tak keluar pegi mana-mana pun duduk aje dalam rumah sebab memang tak boleh nak kemana-mana pun everywhere banjir. Melainkan hanya pergi ziarah kubur arwah mama..Syukur Alhamdulillah air tak naik langsung kat kawasan perkuburan tersebut..sebab ia berada dikawasan yang tinggi.

4 hari saya di sana..keadaan semakin pulih. Orang-orang kampung semua sibuk mengemas rumah masing-masing. Saya balik KL hari ahad pagi hiway Hutan Kampung pun dah dibuka semula untuk semua kenderaan.


Kesian kt tuan punya kereta ni.

Kawasan Hutan Kampung

Suasana kampungku.


Ni ruang tengok tv dan ruang makan

Sambil masak berendam dalam air. Ni kat dapur.



Izuan pun update status kat adik bradik

Naim tgh update statusla tu..:P

Pondok belakang rumahku..:(

Mak dengan anak-anak tk ketinggalan jugak..:)

Budak twins ni jangan cakapla...seronok main air..:D

Orang kuat yang menolong kemas

6 comments:

suriani said...

dugaan kali ni dgn air banjir pulak, kan?
sekurang2nya u have experienced new things.. syukur semuanya dah selesai..kan?

Ibu kami said...

jenuh nak mengemas pas banjir kan k.ira??.. xpe le anggap sbg dugaan je..

Syiera said...

hi umi ameer,

Ha'ah..dugaan banjir pulak..mmg new experience for me..alhamdulillah semua dah selesai.

Syiera said...

hi ibu kami,

jenuh jugakla..sebab tu kena ada kederat lelaki utk menolong...
yelah..ni semua dugaan..terima dengan redha.

zie said...

Ya allah, teruk jugak heh. Tapi masih tersenyum.

Syiera said...

Hi Zie,

Dlm gmbr dh nmpk teruk...kalau tgk in live lagilaa..sadissss.
Bergambar tetap kena senyum no matter what happen..:)