Friday 19 November 2010

Majlis tahlil


Bertarikh 22 Oktober 2010, iaitu 44 hari sudah arwah mama saya pulang ke rahmatullah. Pada 24 Oktober 2010 saya sekeluarga mengadakan majlis tahlil doa selamat untuk arwah mama. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan sempurna pada hari tersebut, walaupun hujan renyai-renyai, Allah memberkati majlis kami, agar pada hari tersebut tak terasa terlalu panas sangat, suasana terasa sejuk saja pada hari tersebut.

Majlis tahlil berlangsung dua sesi, iaitu selepas solat zohor dan selepas solat maghrib. Memandangkan ramai kaum keluarga dan sahabat handai yang akan hadir pada majlis ini, kami terpaksa bahagikan kepada dua bahagian, iaitu sebelah siang orang-orang surau, kawan-kawan saya, kawan-kawan Papa, dan sedara-mara sebelah Kedah. Manakala sebelah malam pula untuk, sedara-mara, sepupu-sepupu sebelah Selangor & Kedah jugak.

Sesi siang di ketuai oleh Ustaz Dziauddin yang merupakan imam surau Al-Huda di kawasan Taman Bukit Maluri. Syukur Alhamdulillah, ramai saudara-mara, sahabat handai, kaum ibu-ibu yg merupakan kawan-kawan rapat arwah mama turut hadir meluang masa ke majlis tersebut.

Sesi malam pula, diketuai oleh Tn Syed Mohsen (pak menakan). Walaupun tetamu waktu malam tak seramai waktu siang, keadaan majlis terus berjalan dengan lancar.

Ini merupakan majlis tahlil kami yg pertama, dan insyaAllah kami akan buat untuk hari yg ke 100.


Khemah ni dipasang pada hari Sabtu. Majlis hari Ahad..cuak jugak ni sebab hujan renyai-renyai pagi tu. Syukur by 11am matahari dah mula nampak..pelan-pelan terang.


Gigih kami berempat (Papa, Abg Faiz, Kak Nora & Me) susun meja-meja ni.


Living room dah clear!!

Para tetamu yang hadir pada majlis tersebut.


Contract katering aje...tak sanggup nak masak-masak..tak arif pun.:)



Intan pun datang...Thank for coming!!


Suasana majlis sebelah malam. K.Bisma and her kids



Juadah yang disediakan untuk majlis waktu malam.


Sedara mara yang hadir pada malam tu.





Ohhh…terima kasih Intan & Wana, dan K. Suriani sekeluarga, kerana sudi datang majlis tahlil doa selamat ini. Dalam ramai-ramai kawan (20++) yg saya jemput, ini saja kawan yg datang hari itu. Ada yg dah berjanji akan datang…tp tak nampak pun..hanya janji saja. Ada juga kawan saya yg dah RSVP tk dpt hadir sebab kena hadir majlis kahwin, ada kelas...itu takpe sebab dah diberitahu dari awal, so, catering untuk mereka-mereka tu sudah ditolak siap-siap. Senang macam tu kalau diberitahu awal…agar tidak membazir.

Apa yang saya perhatikan…bila sesuatu yang mengembirakan…kita akan mendapat perhatian..dan rasa seronok tak sabar-sabar rasanya nak menghadiri majlis tersebut…siap highlight dalam calendar…letak dalam reminder dalam handphone…membilang hari nak hadir majlis tersebut…tanya perkembangan dah buat apa…camne itu ini…is there anything to help..etc..etc..etc..

Tak pandai saya nak belit-belit....tapi tak boleh nak salahkan sesiapa jugak dalam hal nih kan. Masing-masing dah berkeluarga…masing-masing dah ada hal tersendiri…masing-masing dah mempunyai tanggungjawab yang lebih besar….masing-masing dah ada ealier plans and ada hal yang tak disangka-sangka timbul on that particular date. That’s common in life.

Tapi, saya cuma minta hanya 1 jam atau setengah jam..tak dapat ½ jam…15 minit pun jadila masa untuk diluangkan masa bersama saya….tak lebih. Tapi nak buat mcmanakan….kita ni merancang…Allah swt yang menentukan. Kadang tu saya rasa, ada sesetengah pihak lebih menyukai sesuatu yang mengembirakan berbanding sesuatu yang lebih bersifat keagaamaan. Contohnya…macam kenduri kahwin, birthday party, baby shower, segala-gala perkara yg mengembirakan dalam sesebuah majlis. Jika dibandingkan dengan majlis tahlil, kenduri arwah, kenduri nak pegi haji..macam ambik endah tak endah aje.

Saya ada juga bertanya pada beberapa orang kawan saya…jangan lupa datang rumah pada so and so date…on certain-certain time…ada yang hantar email..ada yang saya call sendiri ..then boleh pulak bertanya..on what occasion? "Sigh"…nvm malas nk cerita dah.

Sekian untuk hari ni.

No comments: