Thursday, 27 October 2016

Spring trip - Queenstown, Day 3


Salam to all my dear friends and family.

Saya nak sambung kisah saya hari ni ialah ke Queenstown.  Jarak perjalanan lebih kurang 3 jam jugakla tu pun kalau tak menyinggah mana-mana.  Direct straight to Queenstown 3 jam sampaila kan dari Mt Cook ni.  Knowing us yang jenis suka explore merata ni...3 jam boleh melarat2 hingga ke lebih dari 7 8 jam...hehehehe.  Tak percaya...meh saya cerita kat bawah nih.

Bangun pagi kat Mt Cook ni...memang sangatla bercinta.  Satunya dah la sejukk...lagi satu ngantuk...lagi satu tilam empuk ada heater best ni dapat sambung tidurrr...ZZzzzzzz. Niat tu kenala batalkan yea kawan-kawan...kalau sambung tidur jugak..tak kemanala kami ni...asyik layan tidur aje.  Suhu pagi tu..memang sejukkk... Yeaalaahhh..dah la duduk kawasan gunung..mt cook plak tuu...sejuk weeyyy.. AND our toilet plak kat luar!! Adeeihhh lagila bercinta rasanya nak keluar gi mandi. Saya mandi tauu..tak boleh rasanya kalau tak mandi.  Apa ada hal..dalam toilet ada heater kot..mandi ajer..:)

Bila semua dah siap, packed..bag pun dah masuk dalam kereta..off we go..!!  Another journey today.  Tak breakfast ke? Mestila kami breakfast...mana boleh tak makan..tak ada tenaga pulak nanti.



Morning woke-up with this view.  Sapa yang tak suka kaannn?!?!?!  Cantik sungguhlaaa


Jangan tak tahu...tahap kesejukan suhu pagi ni adalah 3 - 4 degrees celsius!! Bukan pagi ni saja...malah pagi-pagi seterusnya memang sejuklaaa....Berkain batik la kami nak pergi mandi..sejukk weyyy!!! Macamana nak mandi ni weyyy!! Dahla toilet kat luar..'sigh' bertabahla wahai hati.


Tengok ni...bersihkan... Told youu..!! Memang toilet kat sana bersih..sebersih bersihnya walaupun pengunaannya adalah kerap oleh guest2 sini.  Kebersihan tetap tip-top!!


Sink...cermin..jamban...shower room...semuanya bersih..even lantai pun kering.  Kat shower room tu idakla kering...yang tu ajerla basahnya..had lain semua kering. Cara penggunaan jugak la saya rasa... Sikap pengguna tu sama.  Kalau kita dah kat tempat orang..pandai2 la kita menjaga kebersihan kan...tak kan nk buat kotoq plak..bila dah bersih macam ni...kita nk buat kotoq pun segannn..hehehehe.  


Luggage kami...sepadat-padatnya.. Cara susunan pun kena ambil kira jugak yeaa..kalau jenis sumbat ikut dan aje..mmg tak muat okey..!!


Snow-capped mountain.




Goodbye Mt Cook..till we meet again.. InsyaAllah.


On our left is the Lake Pukaki..on our right is the sheep


We heading to Twizel.  Straight road. View kali ni adalah sangat berbeza dari post yang sebelum ni.


Tiba-tiba ternampak airplane ni...its a very small airport.


Dah sampai Twizel town..tak jauh dr Mt Cook...1/2 jam ajer dah sampai.



Okey..meh kita teruskan.  We have our breakfast kat Twizel town.  Tercari-cari jugak the famous salmon restaurant kat Twizel ni, mungkin tak ada rezeki kami pada hari tu...kami tak jumpa kedai salmon tu.  Rezeki kami kt cafe at Twizel town.


Lepas breakfast, we heading to Makarora Valley. Jauh jugak  Makarora ni..saya dah mula lost hope sebab its veeery far from Twizel ni.  Lagipun kami nak ke Queenstown.. memang its very far.  Tapi, tekad jugakla...geng-geng pun kata...kita pergi aje..lagi pun tak jauh dah ni.  Bagi saya terasa sangatla jauhnya..ntah kenapa laa...'sigh'  Tak perla kita pergi jugakla tengok Blue Pool ni.  Kalau nak datang lagi kat sini..ntah bila pun tak tahu kan.



Sepanjang berjalanan kami asyik berhenti amek gambar.  Bak kata pepatah English...life is a journey not the destination.  Siapa yang teruja dengan permandangan di sepanjang jalan ke sana yang sangat cantik dan kita boleh melihat pelbagai bentuk muka bumi, ladang, gunung, sungai, tasik, gunung bersalji etc etc yang tak ada kat mesia.  Tak tergambar dengan kata-kata hanya gambar saja yang dapat menceritakan bertapa indahnya bumi Allah ni.

Dalam perjalanan ke Makarora ni..melalui Lindis Pass..kami berhenti sebelum lookout point sebab kalau berhenti kat lookout point..sure confirm ramai orang..  Bila kami sampai sini, rasa macam berada dalam satu dunia lain...keliling tak ada apa-apa kecuali bukit bukau yang kering kontang ni aje...tapi memang memukau laaa... Saya rasa kalau lalu jalan ni masa winter ni mau lagi menggila cantik kot sbb boleh tengok white snow yang tutup bukit bukau ni....lagila rasa macam dalam dunia lain..:)






To get to Blue Pools, you can take State Highway 6 from Wanaka in the direction of Lake Hawea, and the onwards to Makarora.


Cuaca mendung baru lepas hujan...dah alang-alang ni..terus kan ajer kt Makarora.  







Lake Hawea ni macam laut..air dari lake datang dari glacier.  Panjang jugak lake ni, kalau dari arah Wanaka, Lake Hawea ni berada di sebelah kanan dan jangan terkejut pulak tiba-tiba nanti nampak satu lagi lake di sebelah kiri, yang sebelah kiri tu Lake Wanaka..kalau tak caya boleh tengok google map...macam magic..now you see on your left...then you see it on your right.  Banyak magic kat south nz ni. Kami continue sebab tak mau buang masa nanti tak sempat nak catch up tempat lain lagi. 


Tadi tasik ni belah kanan....now dah belah kiri...see told you...its magic..!! Ni semua kuasa Allah swt.




Blue Pools are deep river pools that are located where the Blue River joins the Makarora River on the South Island NZ.


Kita ikut saja track yang disediakan..bila nak pergi tu memang seronokla sebab menurun bukit..semua laju ajer berjalan.  Balik nanti siap..penat mendaki weeyy..  Perjalanan masuk ke blue pool ni dalam 30 minit..slow walk sambil tengok-tengok burung dalam hutan ni.  Tapi, sebab kami nak kejar masa..terpaksala kami speed sikit langkah kami.


From the entrance you have to walk around 20 min to the pond. The path was well prepare and not hard to walk.



Berjalanla sampai kita jumpa jambatan..bila dah jumpa jambatan tu..kiranya kita dah sampaila blue pool tu.


Air sungai yang tersangat biru tapi bukannya sebab air tapi sebab batu kat dalam tuh yang asal dari glacier. Tak susah nak cari tempat attraction kat sini sebab semua signboardnya kat tepi main road.  Cuma nak menuju ke tempat lokasinya tu kita kena berjalan masuk dalam hutan, berjalan about 30 minit.  




Highly recommended..well worth a visit. The most beautiful, serene place to visit.  You will not be disappointed by the crystal clear blue pools.  We spend about 45 minutes there.



Pyramid of stones.




Puas hati dah dapat tengok Blue Pool.  Next is to Queenstown..lebih kurang 2 jam jugakla.  Boleh tahan jauh nih..huhuhu. 





Puzzling world ni kat Wanaka.  Kami tak masuk tengok kat luar aje.  Mahal jugakla nak masuk sini dalam $20 - $30 tak silap untuk seorang.  Lagipun kami tak minat.  


Dalamnya adala macam trick eye painting and puzzling games.  Kami pun tak sure, kalau nak tau..uolls bolehla masuk or check out story from other bloggers.


Dari Wanaka, kami terus masuk Cardrona Valley Rd..tujuan utama lalu sini sebab nak pi tengok salah satu tourist attraction yang penuh dengan kontroversi kat sini iaitu Bra Fence..!!  Tempat ni wujud dari tahun 1998 rasanya...ceritanya ada orang gantung bra kat pagar kat situ..sebabnya tak dapat dipastikan.  Bukan sikit bra yang depa gantung..banyak okeyy..ada kot dalam 200++.  Kalau berhenti kat sini..macam-macam size ada..pattern jangan cakapla...yang tak pernah tengok pun ada jugak kat sini.  Pernah jugak dikatakan ada pihak yang bertanggungjawab remove semua bra ni...tapii lepas tu penuh balik.  


Saya pernah baca sikit apa yang menarik pasal tempat ni is, sekarang ni, tempat ni famous as "Bradrona" untuk mengutip dana bagi mengubati pesakit kanser buah dada. Pink sign and collection box ni baru diletakkan berdekatan dengan fence ni, untuk menarik perhatian pengguna driveway ke Cardrona ni. Kalau sesiapa yang singgah kat sini, sudi-sudilah menderma...bukan saja derma bra..tak lupa jugak derma cash money..masuk dalam tabung breast canser yang disediakan itu..:) Sambil berkhidmat...sambil menderma..hehehe.


Kambing memang menjadi tumpuan..rata-rata kami jumpa kambing semuanya berpagar dan jauh-jauh.  Kali ni nampak dekat sikit..tu pun depa dah lari jauh dari kami..takut kot tengok kami.  Nak amek gambaq ajer punn...bukan nak sembelih pun..hahahaha.


Para-para paparazi..hehehe.  Kambing tu semua dah lari jauh.  Kalau tak..depa memang mai duk ragut rumput dekat aje dengan fence tu.  


Tu depa dah lari jauhhh...haaihhlaaa...huhuhu





Dikatakan jugak..hotel pertama di New Zealand terletak di Cardrona ni.  Kami hanya lalu sahaja tak sempat nak mingle around kt bandar Cadrona ni.


Okey...meh kita teruskan. Perjalanan agak mencabar sikit sebab kami kena melalui Lindis Pass and Cardrona Valley untuk ke Christchurch.  Jalan kat kawasan ni agak berliku dan bengkang-bengkok especially kat Cardrona Valley jalan macam ular kena dipalu.. Jalan dia..memang kena pusing almost 180 degrees dan speed masa nak turun tu adalah dalam 15kph sahaja yang dibenarkan.  Adala dalam 30 minit jugak perjalan nak turun bukit ni..Scary!!  Tapi ni antara pengalaman terbaik bagi kami.  Majoriti permandangan kat sini adalah berlatarbelakangkan bukit bukau yang menguning dan menghijau. 



 Crown Range Summit ni merupakan the highest sealed road in NZ ni..iaitu setinggi 1,076m di atas paras laut.


Menuruni curam yang sangat-sangat curam. Mula-mula tu OK agak mendaki..bila dah lama tu..perjalanan adalah menurun bukit tempat paling tinggi dan kat tepi-tepi kami tu adalah gaung tanah tinggi..!! View memang tak boleh nak bayangkan laaa..terbentang depan mata adala Lake Hayes dan pekan Arrowtown..kiranya pekan ni terletak kt lembah antara bukit bukau ni.. 


Jalan kat bawah tu...haaa itu dia nyaaa...Saya yang duduk sebelah driver ni, memang rasa diri ni betul-betul tepi gaung la kann..cuaakk okeyyy...!!!!  Tak habis-habis kak bisma pesan suruh kak kay ke tengah sikit sebab kami takut terbabas jatuh gauung tepi nuuunnn.  Tapi, permandangan kat depan kami adalah superb!!


Sharp turn!!!

Dari Crown Range Summit yang tinggi tu, kami mula menuruni jalan raya yang curaamm..pergghh masa ni cuakk sebab sebelah kiri saya adalah pagar yang ngam-ngam aje lepas tu gauunngg...kecut peruut!!  Guys, kalau nak lalu sini..tak payahla laju-laju..lantakla depa nk hon ke apa ke..lantak depaaa... Kita ni pemandu yang berhemah..biar lambat asal selamat!!

Dan akhirnyaa legaaa gilaa bila dah nampak signage simpang antara Cromwell dan Queenstown...harusla ke kanan dan terus ke Queenstown!!

Queenstown bandar paling indah sekali kat South Island ni.  Macam-macam aktivi luar boleh kita buat kat sini..contohnya bungy jumping, skydive, jetover, etc etc.  Bungy tu sendiri ada 3 jeniss...siap duit ajerla.  Tempat ni memang cantik!! Kawasan dia berbukit-bukit, sejuk dan cantik dan ia merupakan satu bandar yang sibuk.  Tapi, tak la sesibuk KL ni... Compare kalu....jauh sgtla bezanya. KL tu memang dah level sibuk gila!!  Ni saya akan cerita dalan next post.

Kami terus checkin at Reavers Lodge.  Tinggi atas bukit tempatnya...mujur wagon ni kuat mampu naik bukit yang boleh tahan curam jugakla.  Lepas dah checkin rehat kejap, then kami keluar untuk dinner and do some shopping...ni kiranya mini shopping la... Esok baru grand shopping.  Kami kt Queenstown for 2 days..so a lot more to explore and to share.


Dinner at Britannia Restaurant, Queenstown


Our dinner for that night is Lamb Shank..datang tempat orang ni..harusla kita merasa masakan depa...


Dah kenyang perut..jom kita pi shopping..!!


Satu lagi aktiviti wajib kat sini ialah shoppingg...!!  Queenstown terkenal dengan harga souvenir yang jauh lebih murah berbanding tempat-tempat lain.  DF Souvenirs menawarkan harga paling rendah banding kedai-kedai lain..kami dah survey dah...memang DF still the best.


Tengah tunggu cappuchino..sambil mencari free wifi.  Queenstown ni jangan tak tahu..ada free wifi tau.


Lama kami lepak kat sini, sambil update fb la...wassap family tanya habaq laa...exchange gambar la...macam-macamla sementara kedai kopi ni duk bukak lagi.  Bila dah nak tutup...pandai-pandaila kami mencari jalan pulang.


Apa yang buat kami boleh lepak lama malam tu dalam cuaca yang amat sejuk adalah....kedai depan kami tu...ada heater...BIG heater.  So, sangatla strategik lokasi kami lepak ni.  Dah la ada wifi free..laju pulak tu...dengan ada heaternya segala..mau tak lama.  Sebab kalau balik lodge kami, wifi tak ada..very limited signalnya.  So, must as well weolls lepak sini sampai kedai tutup.




Pengakhiran cerita hari ni...jangan lupa masing-masing sila charge apa-apa yang patut..esok ada sehari lagi di Queenstown..pastikan semuanya FULL.

Sekian dulu untuk hari ni...saya akan sambung kisah lodge kami kt post seterusnya.  Post hari ni pun dah panjang lebar...kita stop kejap k.

Stay tune....