Thursday, 20 October 2016

Spring trip - Sydney, Day 2


Salam to all my dear friends and family.

Meh saya sambung cerita trip saya ni.  Kami gerak awal jugakla sebab kami cuma ada 1 hari saja kat sini.  Dari homestay kami ke train station tak jauh sangat lebih kurang 10 minit jalan kaki, sangat convenient.  Kami naik train saja nak kemana-mana pun, provided guna kad Opal.  Konsep kad ni macam touch & go kt Mesia la.  Cuma kat sana depa panggil Opal. Kad ni available at any convenience store harga $10 sahaja.  Tn homestay kata, kt Sydney kalau guna kad Opal ni..where ever you want to go, confirm tak lebih $15.  

Dari station Arncliffe, terus ke Central Station.  Dari Central Station kami ke station Circular Quay.  Mula-mula tu tertanya-tanya jugak, sebab kami tak sure sama ada betul ke tidak station ni, berpandukan train map..confirm tak hilang punca.  Kami suka menggunakan pengangkutan awam seperti City Rail Trains sebab murah dan kerap. Perjalanan lebih kurang 20 minit kot kalau tak silap.  Kami kagum weyyy bila tengok train depa adalah 2 tingkat ok!!   Kat Amsterdam pun 2 tingkat jugak, saya naik dah yang kat Amsterdam tu..:) Plus, takde pun manusia duk berebut-rebut nak masuk dalam train, memang comfy sangat-sangat.  To those yang datang bercuti-cuti ke Sydney, harusla cuba naik public transport depa ni..recomended sangat.  Bila kita dah pi tempat orang harusla kita try segala benda yang terdapat kat sana kan.


On our way to Arncliffe train station..aman saja kawasan ni..traffic pun tak busy sangat..tak semak..bersihh ajer.


Sekitar kawasan perumahan ke train station.



Inila station Arncliffe.


Train antara bandar ni..2 tingkat..nampak tak tangga tu...canggih kaann.. Naik train ni pun tak payah nak kalut nak rebut ke apa ke...depa semua berhemah.  Kat Mesia kaluu..jangan cakap la kann...huhu.



Bila dah sampai Circular Quay, 1st thing we want to do is to eat!! Turun saja train station tu dah nampak McD..moh la kita bfast kat situ.  Pastikan uolls makan yang halal yeaa.. Saya dan Amie share pancake + cappuchino.  Bila dah settle makan...its time for us to start our journey. 



Bfast mcD


Kedai ni dekat dgn mcD..selang 2 3 kedai kot.  Kedai ni bukak sampai 11pm yeaaa... To those yg rasa last-last minute ada souvenir yang tak sempat nak beli lagi tu...boleh la beli kat kedai ni.  Harga affordable..jangan convert sudahhh...hehehehe


Burung ni banyakkkk sangat..!! Jinak pulak tu.   Kena hati-hati takut dia 'melepas' kena baju ke...tudung ke...nayaaa aje..hehehehe





Ghost tour anyone? Eeeee...tak mau laa takoott..!! Uniknya bergambar kt sini sebab ada basikal..old school kan.




The Circular Quay area is a popular neighbourhood for tourism like us..hehehe and its made up of walkways, pedestrian malls, parks and restaurants.  It hosts a number of ferry quays, bus stops and a train station.  


Jalan-jalan makan angin...sambil tengok-tengok buildings.


Best lepak sini..weather pun not too hot...not too cold...its spring la katakan...sejuk-sejuk manja gitewww...:)


Kapal P&O kebetulan ada jugak berlabuh kt sini..so permandagan jadi lagi superpp laaa..


Semasa sampai je kat Circular Quay nampak Harbour Bridge & Opera House tersergam indah..Perasaan masa tu memang tak boleh dilupakan.  Tu la moment yang paling saya suka everytime pegi vacation.  Pandangan pertama tu yang mahal.  Selalunya dapat tengok dalam gambar je tapi bila berada betul2 depan mata, kadang2 tu rasa macam dalam mimpi pun ada.



Opera House - OP adalah bangunan seni kebudayaan yang terkenal dengan reka bentuknya yang unik.  Turun kt Circular Quay Station by train, dari situ jalan kaki ke OP hanya 5 - 10 minit.  

Lama jugak lepak kat sini...sambil menikmati permandangan yang indah.. :)  Cuci-cuci mata tengok orang lalu lalang..segak-segak belaka depa kt sana..weeehhuuuu..:)





Ada orang main music..not bad jugak dia punya performance.



Kapal besar P&O berlabuh kat situ.




Depa ni paparazi snap gambar kapal P&O..:D


While we're walking...ada Ford performance show kat situ.  We need to dance...betul-betul punya menari...make any movements..so that the graphic kat belakang kami tu akan appear as color images and different type of images.  It will playback kita boleh tengok the outcome..lawakkkk.. Saya ada amek video kt sini. Bestt jgklaa...kagum..hehehe



Sydney Harbour Bridge -  AKA "Coathanger".  SHB ni merupakan "world's largest steel arch bridge".  Confirm tak terlepas sebab lokasinya memang boleh nampak jelas dari Circular Quay.  Memang cantikla bridge..huge!!  Perjalanan merentasi jambatan ni akan mengambil masa 1/2 jam pergi balik dari laluan pejalan kaki.










Depa ni berangan artis bollywood - Saif ali khan & Rani mukerjee





 


OOppppsss...nak promote Huawei P9 sat kt sini..hehehehe.  Segak-segak gambaq amek dgn P9 ni...tak percaya?? You will see more photos taken with this P9...hehehehe.


Enjoy the scenery



We walked under HB ni...and its very windy.


Kebetulan tengah musim pokemon hunting..bykla patung2 pokemon...tu nampak tak patung tu...kemain lagii...hehehe



The Rocks ni senang aje kalau nak pergi.  Dari Circular Quay station boleh jalan kaki je ke The Rocks market yang macam kami buat.  




The Rocks market ni selain daripada makanan, ada jugak peniaga-peniaga yang jual produk buatan tangan diaorang, ada yang jual candles, ada yang jual jewelleries.  Ada yang jual coasters seramik..memang unik la.  




Seterusnya kami menapak hingga ke Darling Harbour.. Phewww...bukan main jauhhh.. Kita nak berjalan ni kena cergasss!!  Boleh tahan jugakla jauhnya..mujurla cuaca masa tu tak panas sangat..sejuk-sejuk manja gitewww...tak la kami rasa penat sangat.  Memang tak rasa pun..sebab too excited to explore new things.


Darling Harbour - Tempat happening sebabnya kat sini kita boleh lepak-lepak sambil makan angin sebab ada banyak restoran, bar, cafe, kedai-kedai.  Kat sini ada beberapa tarikan - Maritime Museum, Starcity Casion, Chinese Garden, Merlin Entertainments & Wildlife Sydney Zoo, Madame Tussaud, Sealife dan beberapa tarikan lain.  Kat sini jugak letaknya Hard Rock Cafe Sydney.




Bangga weeyy nampak PwC kat belakang tu...uolls nampak tak?!?!







Kami terus berjalan menuju ke food court (lupa nama bangunan tu) untuk makan.  Kat situ ada bermacam-macam restoran..dan kebanyakannya kita tak boleh la nak makan.  So, kena pandai-pandai kitala pilih yang halal.  We choose kebab..paling selamat.  Kami makan...rehat kejap for a while sebelum we proceed to go home.  



Sangat indah dengan hiasan lampu pada banguna dan kedai disekitarnya.


Darling Harbour..kalau belah malam lagi cantik.



Central Station ni adalah railway station yang paling besar dan paling sibuk di New South Wales, ada 25 platform dan dibuka pada tahun 1906.  Memang cantik station ni.

Tak sangka kami boleh sampai dengan berjalan kaki saja.  Boleh tahan jauh jugakla..mungkin sebab tempat baru sambil kita berjalan tu kita peratikan keadaan sekeliling tengok bangunan yang membuatkan kita lupa pada jarak yang boleh tahan jugak menapaknya...hehehe.  Kami travel memang banyak berjalan kaki..so you guys kena fit and cergas..lambat kalu memang kena tinggal..hehehehe.

Moh la kita balik..dari Darling Harbour kami berjalan ke Circular Quay station untuk amek train ke Central Station.  Dari Central Station take another train tu Arncliffe station. Menapak lagi balik ke homestay.  Tiring day...tomorrow another day before off to Christchurch.  Our flight retimed to 6.30pm.  Ada lagi masa esoknya sebelum ke airport. Janji dgn Tn homestay hantar kami pukul 3pm..biar awal jangan lambat..tempat orang ni kita tak tahu hassle dia macamana nanti.

Stay tune...

2 comments:

fazy said...

di sydney apa nama homestay tu? thanks

Syiera said...


Boleh refer FB - https://www.facebook.com/homestaymelayusydney/
Address -
22 Valda Ave, Arncliffe
2205 Sydney
Tel -
+61 469 934 934