Salam to all my dear friends and family.
Opssss...lupa nk update pasal weather kat Sydney. Camni....Sydney mempunyai 4 musim; summer (dec - feb), autumn (march - may), winter (june - august) and spring (sept - nov). Penting ni untuk kita tahu sebab kita boleh bawak pakaian yang bersesuain..:)
Opssss...lupa nk update pasal weather kat Sydney. Camni....Sydney mempunyai 4 musim; summer (dec - feb), autumn (march - may), winter (june - august) and spring (sept - nov). Penting ni untuk kita tahu sebab kita boleh bawak pakaian yang bersesuain..:)
Pagi ni our homestay agak riuh rendah sikit dengan penghuni dari Mesia yang baru sampai malam semalam. Rasanya depa datang dengan family kot..sebab keadaan suasana tu memang riuh rendah / bising. Terkejut kami pagi-pagi dengar depa duk bersembang. Kita ni punyala bercakap pelan-pelan control not to talk too loud takut ganggu other residence kan. Ni takk...depa punya hinggaq..macam homestay ni depa yang punya. We ignore them, we just wait for all of them to go out. Bila depa semua dah keluar, terasa aman bahagia...barula kami keluar bilik, mandi manda..makan..etc etc and proceed with our plan is to go to Paddy Market.
Sama jugak macam semalam..cuma kali ni kami naik light train..ala2 monorail la kalau kt Mesia ni. Kami naik train dari Arncliffe menuju ke Central station dan kemudian kami amek light rail menuju ke paddy's market. Guna aje kad Opal kemana saja..balance dalam kad pun banyak lagi..boleh jauh lagi perjalanan dalam Sydney town ni. Perjalanan ke paddys market ni lebih kurang 5 - 10 minit ajer. Penumpang yang naik light rail pun agak ramai jugak terpaksala kami berdiri. Mostly pengguna light rail ni adalah pelancong yang sememangnya nak pegi ke paddys market.
Paddy's market ni bukanla tempat menjual padi..hehehehe. Tapi jual barang-barang macam keychain, fridge magnet, t-shirt, mug dan banyak lagila souvenir kt tingkat satu. Kat tingkat atas pulak ada supermarket ala-ala Giant, tapi tula..ia buka sampai pukul 6pm saja dan tutup pada hari isnin. So, plan your trip well ye.
Paddy's Market
- Operating Time : Wednesday - Sunday
- Closed on : Monday - Tuesday
- Operating Hour : 9am - 5pm.
Sampai situ dah tak tengok kiri kanan daahh... bukan takat rambang mata saja...dah boleh terkeluaq terus mata..hehehe. Tempat ni adalah antara tempat yang termurah kt Sydney untuk shopping barang souvenir untuk bawak balik mesia.
Paddys market ni terletak dalam bangunan Market City, Hay Street.
Dah habis shopping...its time for us to have our lunch..!! Ok noww...kemana kita ni?!?! No choice kami masuk sajala Market city..naik 3rd ke 4th floor...ada food court / restaurant. We choose to have Nando's. Restoran Nando's kat sini is halal. Fakta Nando's halal di sekitar negara asing adalah benar belaka. Harganya pula not much diff kt mesia..:) Nando's australia memaparkan sijil halal mereka. Harga bermula dari $3.00 - 5.00 untuk side dishes dan $15.00 - 30.00 untuk Nando's Chicken.
Puas hati dgn hasil dagangan masing-masing..tengokla plastic bag tu haa... Kiranya masih terkawal lagi ni..sebab kami akan ke NZ..tak maula beli banyak-banyak...sebabnya kami akan singgah Sydney semula sebelum kami balik ke mesia. Naik light rail..terus ke Central station...kemudian naik city train ke arncliffe station.
Light rail is coming....let's go home, packed and get ready to the airpot.
Bertapa selesanya train ni...alangkah bahagianya kalau train ni berada kat sini.
Terlelap dah masa ni...too tired..hehehehe
Walked to our homestay
Kami siap kemas semua...by 3pm Tn homestay datang fetch and send us to the airport. Flight kami to Christchuct is 6.30pm, yess we know its still early. Sampai saja airport, kami terus ke Jetstar counter and check-in. Mujur kami awal..while check-in tu kami request to be seat together and they put us front row!! Uwaaahhh!! Hebatt..hebattt..and with no extra cost!! Lagiiii weolls sukerr!! Hehehehe. So, bila dah check in awal ni...we have soooo much time to mingle around at the airport. Terus masuk imigresen/kastam check..alhamdulillah smooth semuanya la. Settle dah semua checking this and that...bla bla bla.... We take a break minum coffee...sementara nak tunggu boarding.
Inila untungnya check in awal..dapat duduk depan with no extra charges!!
Our passport cover..variety of colors..hehehe.
Lepak minum coffee dulu sebelum boarding.
Inilah kali pertama naik Jet Star. kami dapati seatnya lebih luas dan selesa dari Air Asia.
Proses pemeriksaan kastam juga sgt meletihkan.Seperti yg dimaklumkan oleh rakan blogger lain,apa pun yg kita bawa mesti DECLARE. Kat dlm flight nnt pramugari akan bagi 1 kad kastam untuk kita isi.Kena isi la dgn jujur terutamanya bila kita bawa makanan dlm tin berasaskan daging ayam atau tenusu New Zealand sangat strict dlm bab2 kebersihan dan kesihatan. Mujur kami bawa maggie ajer...senang terus jalann..:) Jawab dengan jujur pegawai kastam, soalan-soalan dia. Kalau dia dapat tahu kita tak tidak bercakap benar, dia dapat detect..maka kita akan didenda.
Kita boleh tidur di area airport sebab ramai lagi pelancong yg tidur sementara menunggu pagi. Cuma pada jam 4pg kita kena bangun sebab airport akan dibuka untuk org ramai. Jangan tak tahu..ada tukang kejut / wakeup call at 4am!! Zombieelaaa...hehehehe.
Perut lapar...marila ramai-ramai makan megi secara berjemaah..sementara nak tunggu pagi. Ada cafe near arrival area tu...baik sungguhla bro tu sudi bagi air panas kat kami nak makan megi. Takut jugak dia tak bagi kan...ke kena bayar ke apa ke...rupa-rupanya tak payah bayar..dia bagi free ajer..mujurlaa...syukur. Sebelum tu kami minta proper permission boleh ke tidak kalau kami nak amek air panas..dia kata 'sure can'. Gumbira ria hati..hehehe.
Okey..sekian dulu...nanti saya sambung cerita amek kereta sewa dgn Mr Cameron pulak...
Stay tune..:)
No comments:
Post a Comment