Wednesday, 19 October 2016

Spring Journey 2016


Salam to all my dear friends and family.

Semangat Australia & NZ..jadinya baik saya update cerita ni cepat-cepat...sebab takut tunggu lama-lama jenuh lupa pulak nanti..  Saya sebenarnya excited nak share my experience kat sana..nak share gambar-gambar kami kat sana..yang sesungguhya sangatla cantik..!!

TIKET FLIGHT KUALA LUMPUR - SYDNEY

Memang tak dirancang awal trip ni..adhoc saja sebab every year saya sure akan plan to go out somewhere...out from Malaysia..hehehe.  Reward for myself la katakan setelah penat kerja cari duit/kumpul duit..:)  We've plan and decided to go to NZ transit kat Sydney. Kebetulan AAX buat promo dan kami berjaya membeli return ticket Sydney dengan harga RM1,080 seorang..berbaloi sangat harga ni sebab termasuk 30kg luggage.

TIKET FLIGHT SYDNEY - CHRISTCHURCH

Dengan kerjasama cheapflights.com, kami berjaya beli tiket dari Sydney ke Christchurch by Jetstar.  Christchurch to Sydney by Qantas.  Total cost for both ways is RM1,200++. With 30kg + inflight meal, request for Halal meal bila buat booking tu yea.  Thank you to cheapflights.com.  So, to those yang planning nak travel overseas, receommeded sangatla guna web ni...thanks to my boss yang recommend me to buy the flight with this web which is very helpful dan senang sangat!!  Payment guna credit card definitely la kan. Kena rajin-rajin search tau..:)

PENGANGKUTAN DI CHRISTCHURCH

We had a discussions lepas buat rough calculation, we've decided to rent a car..usha punya usha..akhirnya kami memilih Shoestring Rental.

Senang sungguh buat urusan booking dengan company ni, owner dia Mr Cameron tu sangatla helpful..tanya je macam-macam soalan..dia dengan rela hati menjawab dengan baik..hehehe.  We communicated via email..which is more easier.  Masa isi form untuk booking kereta tu, kita boleh pilih nak kereta small, medium, large or family wagon...untuk kami berempat, kami pilih medium a.k.a sedan car.  Ikutkan hati nak amek Estima, senang sket..besar luas kan sebab our journey covers south NZ jauhh tu...tapi Estima dah ada orang booked.  Redha dengan sedan car.

Kalau nak diikutkan harga untuk medium car ni is $39..darab dengan bilangan hari, macam kami amek kereta tu pukul 7am, 2 Oct, hantar 12pm, 11 Oct, dia kira 9.5 days..lepas tu kami sewa jugak GPS dengan harga $8 per day..dan ini menjadikan harga yang perlu dibayar setiap seorang adalah $120.00 (RM350.00) sahaja. OK la sangat kannn for 9.5 days with that cost.

PENGINAPAN

Masa nak survey accommodation ni..Allah ajerla yang tahu macam mana peningnya kami berpusing-pusing nak susun route especially NZ serta mencari tempat tidur yang bersesuaian dengan itinerary dan bajet kami..tapi akhirnya kami berjaya booking penginapan hotel, lodge, motel, homestay untuk 9 malam trip kami ni..  Semua penginapan kami booking through Agoda, cuma Leisure Inn Sydney je booking dgn Booking.com.  Ini senarai penginapan kami di Australia dan NZ beserta harga..review setiap penginapan saya akan buat dalam post-post yang akan datang okey... harga penginapan ini dikongsi oleh kami berempat.

Arnclifee Homestay, Sydney (2N) = RM120 per night
Amalfi Motor Lodge, Christchurch (1N) = RM450.00 per night
Glentanner Park Centre, Mt Cook (1N) = RM323.00 per night
Reavers Lodge, Queenstown  (2N) = RM300.00 per night
Fiordland National Park Lodge, Te Anau (1N) = RM410.00 per night
Lorneville Lodge and Holiday Park, Invercargill (1N) = RM230.00 per night
Dunedine Holiday Park & Motels, Dunedin (1N) = RM222.00 per night
Timaru Top 10 Holiday Park, Timaru (1N) = RM362.00 per night

ITINERARY

Bila dah settle hal tempat tidur, baru laa boleh susun betul-betul itinerary kan..mana attraction yang boleh pergi dekat tempat-tempat kami bermalam tu..untuk di Sydney, tak susah sangat..sebab kami duduk setempat saja..  Yang di NZ ni la mencabar sikit..kena pastikan bila kita sampai kat tempat tu on time..attraction buka till what time..normally akan tersasar punyala dari jadual asal.  Tapi dengan adanya google..insyaAllah mudah ajer. Sambil rajin-rajin bertanya pada yang pernah pergi kan..hehehe.  Masa ni la group wassap sangatla diperlukan untuk berbincang.  Tak la hanya seorang saja yang buat kerja..we work in groups, we discuss, plan, survey..semuaa orang memainkan peranan..work in team.

Day 1 : Sydney
Day 2 : Sydney - Christchurch
Day 3 : Christchurch
Day 4 : Christchurch - Ashburton - Geraldine - Lake Tekapo - Lake Pukaki - Mt Cook
Day 5 : Mt Cook - Twizel - Omarama - Wanaka - Cardona - Queenstown
Day 6 : Queenstown, Lake Wakatipu, Glonarchy, Coronet Peak, Canyons River
Day 7 : Queenstown - Milford Sound - Te Anau
Day 8 : Te Anau - Invercargill
Day 9 : Invercargill - Dunedine
Day 10 : Dunedine - Moeraki Boulders - Oamaru - Timaru
Day 11 : Timaru - Christchurch
Day 12 : Christchur - Sydney
Day 13 : Sydney - Kuala Lumpur


PERTUKARAN WANG

Bila dah almost settle persediaan bagi trip Aussie & NZ ni, 2 hari sebelum depart barula saya terhegeh-hegeh pergi tukar duit..duk usha lama dah..last-last makin naik makin naik plak rate dia masa saya tukar nih..haaaaiihhhh la kann.. Saya dapat tukar AUD1 = RM3.15 dan NZD1 = RM3.05..bertabahla wahai hati dengan rate sekarang ni.  Pejam mata la tukaq duit huhuhu. Macam nak tekeluaq jantung...tapi nak buat mcamanakan..dah nak berjalan..tukaq la dgn hati yang trluka..uhuukk uhuukk uhuukk.

No comments: