Friday, 6 April 2018

Aura Perhentian - Part 2


Salam to all my dear friends and family

Lepas dah check-in dan merehat kan diri, masa untuk explore pulau pula. Sunblock kena pakai wei sebab panas terik. Memang boleh burn nanti kulit. Bila dah burn, adoiiii....pedih nya hanya diri sendiri yang tahu. Ada baca dekat blog orang cakap view lawa dekat kincir angin. Mujurla nak pegi ke windmill ni termasuk dalam pakej kami sekali. Jadi, tak payah kami nak pening kepala lagi dah..sebab dah orang bawa kami ke sana. So kami pun terus menuju ke sana. Seperti yang dijanjikan, jumpa dengan Hafis pukul 12pm di Ombak Resort. On time dia memang ada kat sana.!! Bagusss..!! 



Sempoi gilerr kedai makan tepi laut nihh!... jangan hanyut dibawa ombak sudah!.. hahaa 










Nak sampai sana kena la hiking sikit. Lebih kurang setengah jam baru sampai atas. Lencun satu badan sebab naik bukit tu sangat curam. Tapi bila dah nampak permandangan ni, terus hilang rasa penat.



Kalau dah hiking masuk hutan macam ni..tak la terasa sangat panasnya...rasa nyaman sejuk..:) We really take our own sweet time.  Lagipun kami hanya nak santai-santai..nothing to rush.



So, tengah-tengah hari buta yang panas terik tu, mulala aktiviti pendakian kami. Hiking ke kincir angin tengah panas i tell uu..!! Time dalam pukul 12pm lebih kot!! hahahaha. Hadoii..memang semputtt... mencanak je laluan dia memang penat...!!  Dalam 30-45 minit mendaki akhirnya kami pun berjaya sampai ke puncak bukit!!


Yeayy..!! Kami dah sampai kt windmill.  



Nin dia kincir angin yang nak tengok sangat tu! hahaaa 


Dalam 40 minit camtu..Alhamdulillah kami semua selamat sampai kat tempat yang ingin kami tuju iteww.. Terus rasa bersyukur sangat sebab SubhanaAllah..MasyaAllah cantik gila view..!! Kat sini best jugak lepak kat atas bukit kat windmill ni sebab ada line telefon!! Yeayy..dapat internet full!! Semua terus diam hadap phone seketika..hahahahaha!! Sebenarnya, duduk pulau ni susah tau nak dapat internet laju..camne nak update IG / FB kat kawan-kawan kan..??  Bila dah ada peluang ni..zassss la update apa2 yang patut.



Memang berbaloi la berpeluh, berpanas terbakarr dapat tengok view yang indah macam ni! Seriouslyyy!!! 


Welcome to Maldives!... Eh Perhentian jerr... hahaa 


Keterujaan melanda melihat air laut yang biru!... wohoooo! Lepas dah rehat2 jap kitaorang pon turun. Ape lagi dok snap2 gambar la... Perghhh3... memang lawa giler pantai dia dengan air laut yang sangat2 jernih! 



Dari pondok tu ada tangga yang turun ke bawah sampai ke gigi air..tangga dia..fuh tinggi jugak! tidak syak lagi macam tangga batu caves..hehe~ 



And yang sedihnye tempat ni kurang diberi perhatian lagi2 bab tangga yang banyak dah reput..so, be careful ke sini ok..


Memang puas la bila dah sampai ke sini.. ada pondok melepak pulak!..macam tau2 aje weolls nak melepak.. Naik bukit tadi terus dah lapar balik.. patut bawak makanan leh berkelah kat sini.. Ni hiking sehelai sepinggang jerrr!... Bravo kawan2!....  hahaa 


Memang sebiru warna laut!! Laut 3 layer 






Menikmati keindahan alam ciptaan tuhan! Subhanallah!!


Nasihat saya, kalau boleh datang la masa siang-siang lagi. Macam yang kami datang ni..pkl 12pm..haaa.. Kalau nak tunggu sunset memang bergelap la nak turun balik sebab tak ada lampu pun dan jalan agak bahaya dan curam. Lagipun Hafis tak advise kita turun malam-malam atau dah dekat maghrib.  Takut perkara yang tak diingini berlaku. Kalau boleh kita elak...Kita elak kan.




Masa tengah hiking nak balik...terserempak dengan tourist dari Spain ni. Bergambar la dengan depa sbg kenangan.



Lepas penat hiking, masa untuk makan. Kami lepak kat Ewan's cafe.  Hafis yang recommend kami lunch kat sini. Ikutkan banyak lagi kedai makan yang lain, tapi harga lagi mahal compare dgn Ewan's cafe ni. Rasa pun sedap. Perut memang kelaparan sungguh. Last makan masa bfast kat jeti tu ajer. Makanan sampai ajer..semua makan macam dah lama tak nmpk makanan..hehehe. Yelah kan..dah la penat...lapar lagi... Cepat aje pinggan kami semua licin. Kedai Ewan ni terletak dekat dengan CoralBay. Jadi kena jalan sikit kalau nak p situ.  Tak jauh mana pun..lebih kurang 10 minit ajer. 



Si bulus penghuni pulau..manjaaaaaa ya amatt!!


Our resort for 3d2n stay.  



Introducing my new aquashoe!! Beli ni sebab semata-mata nk p Perhentian. Kasut ni tersangatlah selesa..walaupun dalam kasut penuh pasir..tapi tak terasa sangat pun. Tapi, kalau kasut ni nak pakai g tracking tak sesuai sebab tapak dia nipis.  Pakai masa snorkeling/mandi pantai untuk elakkan kaki dari luka terkena corals dan sewaktu dengannya. Kat mana nak beli?? Beli di Decathlon, Damansara. One of the largest sport retailer kat Malaysia ni. 


Kami trbabas tidur..trlepas tengok sunset..letihh wooo hiking..hehehe. Anyway, kami nak ke Long Beach tengok fireshow. Sebelum tu kami minum2 dulu kat kedai ni ..ntah tak ingat nama apa.. Bestnya kedai ni..dekat dengan laut..kalau air pasang tu...mmg basahla kami. Makan minum dalam lautla kami..hehehe. Kedai ni jual macam2..sedap2 plak tu.. Makanan ringan contohnya..pancake, variety of pancakes, kopok leko, sandwich, variety of coffees..nmpk je kedai camni..tapi best woo!!



Kedai ni sebelah Ombak resort je.



Mujur laut tak dalam...:)

Nak tengok fireshow, kita kena hiking ke Long Beach. Tak jauh dalam 15 minit camtu. Dulu dikatakan kalau nk p LB ni..jalan tak ada lampu..now dah ada.  Hiking sikit ajer...hiking manja-manja. Tapi still gelap...dan untuk langkah berjaga-jaga bawala torchlight.  Kami takdak torchlight...semua guna lampu kt handphone.  Ramai je orang yang lalu lalang kawasan situ..so, tak la rasa takut sangat.  Just bare in mind..extra careful k.. Sbb kita lalu jalan dalam hutan..ingat tu.!!
  

Malam tu, kami jalan-jalan kat pantai lagi..ye lah kan..dah nama pun percutian pantai..ke pantai la kita kan..hehehe.  Sini ada 2 beach party kt Long Beach.  Satu hut ni, dia pasang lagu rileks slow rock and raggae.  Uolls boleh hisap sisha, beli air and lepak keliling unggun api.  Lepak dengan local, lepak dengan beach boys, lepak dengan mat-mat salleh.  Depa pun buat fire show juga. Macam-macam aksi kita boleh tengok..end of the show, depa minta kita sedekah ikhlas la camtu..terpulang la nak bagi berapa pun.



Its time to go home..!! Kena tidur awal..esok nak bersnorkeling!! Can't wait. Walaupun tak berani...tapi I must give a try kan!!

Till then....

No comments: