Thursday, 12 April 2018

Aura Perhentian - Part 3


Salam to all my dear friends and family.

Well, hari yang ditunggu-tunggu...chewaahh!! Snorkeling!! Yeaahh...Jakun sebab ni first time pergi snorkeling.  Dulu pun pernah jugak tapi dulu tu tak berapa nak berani sangat...kiranya this time keberanian tu ada peningkatan sikit..hehehehe. Pada masa yang sama..scary pun ada jugak sebab tak tahu cara yang betul untuk snorkeling..biasala tu kan..human ni takut sebab dia tak tahu teknik sebenarnya.

Mengikut jadual snorkeling kami, boat yang akan datang bawak kami snorkeling ke tempat2 yang best dijadualkan pada pukul 10.30 pagi. Kenelah sarapan dulu, bagi tenaga sedikit sebelum mula aktiviti snorkeling. Biasanya kalau main air ini, selalunya cepat lapar. Dinasihatkan supaya ambil sarapan dulu sebelum membuat aktiviti snorkeling. 


Breakfast dia memang terbaiklaa...dari nasi lemak, ke koko krunch dan sekutu ke roti ke pancake ke mee goreng ke nasi putih ada lauk ayam kurma ke mee seup ke omelette ke roti canai...rinduu kottt dengan makanan kat resort ni.. Bagi yang tak amek pakej harga breakfast sahaja dikenakan dalam RM30/pax...mahal jugak la.




Extended family..:)



Start jalan-jalan ditepian pantai sambil tunggu group-group yang ikut snorkeling sekali.

 
Habis sarapan pagi, kami tunggu sebentar untuk boat kami sampai. Kira-kira pukul 11.00 pagi macam itu barulah boat kami ready untuk bawa kami ke trip snorkeling. Perlu diingatkan cuaca mungkin panas dan bagi yang kulit sensitif itu, bolehlah lumurkan badan anda dengan sun block atau pakai pakaian lengan panjang di kaki dan tangan supaya tidak menyesal dikemudian hari. Keh ..keh .. keh..!!

 

Perlengkapan snorkeling kami macam life jaket, mask snorkel semuanya telah disediakan dalam pakej. Tak perlu nak sewa kat mana-mana tempat lagi. Untuk aktiviti snorkeling ini, boat akan bawa kami ke 6 kawasan yang menjadi tempat tarikkan para pelancong. Tempat-tempat yang di bawa seperti:

1) Fish Point
2) Shark Point
3) Kampung Nelayan
4) Turtle Point
5) Light House
6) Romantic Beach

Untuk pengetahuan uolls, setiap snorkeling, botman akan mention hal gambar underwater terlebih dahulu. Sesiapa yang nak, botman tu akan amek gambar uolls dari awal point sampai last point dengan harga RM60-RM70 dan uolls akan dapat dvd..okay la tu kan... Tapi kami tak amek pun ..sebab kami guna gopro kepunyaan asben Kak Ita..:)



1. Fish Point

Nama tempat pun dah fish point, maka banyaklah ikan-ikan yang jinak di sini. Nak lagi best bawalah roti ke biskut ke bersama untuk memberi makan pada ikan-ikan yang sentiasa lapar ini. Kat sini juga terdapat coral-coral yang cantik dan asli. Banyak ikan yang cantik-cantik dekat sini. Air pun tenang, nampak semua yang ada di dasar laut. 


Abg Man ajar kami cara macamana nak guna equipment snorkeling dengan cara yang betul dan bernafas ikut mulut, juga dengan cara yang betul.  Lepas tu dia ajar la jugak pakai life jacket tu ketat-ketat sikit ikat supaya tak terangkat ke atas masa menyelam.  Masa masuk dalam air tu..saya try cari cara yang sesuai nak menyelam...berenang...eemm..hampeehh!!  Tak mau jugak dia terapung..panic duk bermain-main dalam kepala ni terus tak boleh nak apungkan badan.  Try jugakla berenang sikit-sikit..walaupun pakai life jacket..berjaya hanya seketika...lepas tu cepat-cepat naik bot semula.  




2. Turtle Point

Destinasi seterusnya yang kami pergi adalah untuk melihat penyu. Penyu ini merupakan binatang yang amat rare dan hampir pupus. Sebab itu, Abg Man kene cari dan adjust dulu kedudukan penyu ini dengan boat kami. Masa kami sampai kat tempat Penyu ini, hanya ada kot  sekor sahaja. Sempat  jugak yang sekor ni naik untuk mengambil udara kat dasar laut. Bila boat berada tepat-tepat dengan penyu ini, semua orang terjun dalam laut supaya tak terlepas tengok penyu. Memang besar penyu ini! To those yg turun tu, follow lah penyu ini mana pun dia pergi sampai puas! Memang jakun jugalah tengok penyu sebesar itu secara live. 



3. Shark Point

Next, kami pergi ke Shark Point. Macam biasa, Abg Man akan turun dulu nak tengok ada ke tak shark. Yang lain-lain pun turun jugak. Ramai yang excited nak tengok shark ini. Almaklumlah memang jarang-jarang sekali dapat tengok shark secara live selain di aquaria.  Saya tak turun sini, laut dia dalam giler!! Ombak pun kuat kat sini. Sapa yang turun tu masuk saja dalam air tengok, memang ada ikan sikit-sikit kat sini, kalau shark ada rasanya..ada jugak yang nampak..ada yang kata besar...ada yang kata baby shark. Ada antara geng-geng kami yang nampak dan ada yang tak. Anak-anak Kak Ita nampak shark...untunglaaa...rezeki depa..hehehe.



4. Kampung Nelayan

Dah penat kejar ikan dan baby shark bila naik atas boat. Perut pun dah lapar dan jam pun dah menunjukkan pukul 1 petang. Masa untuk makan tengahari. Untuk makan tengahari ini, memang sekali dalam pakej Perhentianpeople. Kalau nak makan kat Kampung Nelayan ni pun boleh..banyak kedai makan kat sini. Kat sini ada penempatan penduduk..ada balai polis, sekolah serta masjid. Harga makanan kat sini..tak la mahal sangat..standard harga pulau. Kat kampung ni nak p toilet kena bayar tau...limaposen.  So, kalau nak p snorkeling tu bawak je bag yang jenis kalis air..boleh letak gajet, bw duit sekali..senang nak membeli kudap-kudapan kt kampung nelayan ni.  





Area kampung nelayan (Fisherman Village)





Dah kenyang...jom explore more!!




5. LightHouse

Perut dah kenyang, Abg Man bawak kami ke tempat lain pulak. Kali ini nama tempatnya ialah Lighthouse.....di tengah-tengah laut tetapi ada menara kat situ. Sesiapa nak buat acara terjun...bolehlah ke situ. Masa ni laut agak tenang, Ashraf & Amira aje yang berani buat aksi stunt dari Lighthouse. Amira kata coral kat situ memang cantik!!!! Terbaiklah!! Sangat cantik uolsss. Ikan pun banyak dan berwarna-warni. Memang puashatilah..depa terjun sambil menyelam tengok corals yang cecantik. 





Bila dalam air tu kan..rasa macam..eee takutnya kalau mati.. Sebab dalam air tu sunyi sepi..rasa macam dalam dunia lain. Corals tu rupa dia pelbagai.  Memang cantik bawah laut ni. Cantik yang sukar nak digambarkan.  Ciptaan Allah swt..rahsia alam yang tiada siapa tahu.



Subhanallah! Kat dasar laut tu, banyak terumbu karang yang cantik-cantik, dan berwarna-warni. Ada soft coral, ada hard coral, ada coral yang nampak macam glow in the dark warna dia. Bermacam-macam-macam spesis ikan dalam tu. Nak senaraikan jenis-jenis ikan, memang tak tahulah. Tapi satu ikan yang saya tahu, ikan nemo! Hehe! Ada warna oren and warna hitam. 




6. Romantic Beach. 

Last snorkeling point, Romantic Beach.  Kalau pergi sini, ianya sesuai untuk lepak-lepak, jemur badan ala-ala mat salleh dan mandi pantai. Sepanjang di pantai ni, ada pokok-pokok yang orang kampung gantung shell yang cantik-cantik untuk nampakkan romantiknya pantai ni.  Kat beach ni, selain aktiviti mandi, boleh jugak snorkeling.  Abg Man bawa group kami tengok belut.  Saya tak berani la nak pergi sana..eeee..geli kot!! Anak-anak Kak Ita aje yang join him.  Depa cite, memang depa nampak belut tu..besar, tinggi...huhuhu..tak boleh nak bayangkan macamana..melain tengok sendiri kat IG Abg Man.






Ok dah..jom balik...kami dah cover 6 points hari tu. 





Resort kami memang terkenal dengan sunset yang lawa.  Tapi agak malang sedikit, sebab awan yang tebal tutup matahari dan kami hanya nampak cahaya senja sahaja. Still ada jugak sunset..jadila tu kan dari tak ada langsung..:)






Malam ni ada BBQ semua dah include dalam pakej Perhentianpeople.Jadi, tak payah nak pening kepala risau ke apa ke pasal makan dengan pakej depa ni. Buffet malam tu ada mee goreng, sayur, nasi goreng, dessert, coffee, tea, air perisa oren. For BBQ, kami dihidangkan dengan Ikan, Squid, Chicken, Sausage. Btw, Shari-la Resort ni ada jugak sediakan dinner buffet, harga RM25/pax.  Kiranya harga tu baloila jugak untuk menu makan kat tepi laut dalam resort.  Kenyang kami makan malam tu..sapa yang mai sini..dinnerla kt resort sini..highly recommended untuk harga RM25 tu dan banyak pilihan.




Selepas BBQ malam tue kami lepak tepi pantai Coral Beach ajer..tak larat dah nak ke Long Beach seberang nuun.. Borak-borak sampai pukul 10pm++ Esok nya hari yang sedih sebab kena meninggalkan pulau yang cantik nie..huhu. 

No comments: