Thursday, 5 April 2018

Seharian di MAPS


Salam to all my dear friends and family.

Kali ni nak cerita mengenai pengalaman ke MAPS di Ipoh.  Ramai yang dah tau kan pasal tempat ni.  To those yang ada anak-anak tu...tempat ni mesti depa tau punyala...hehehe.  Saya pun tau jugak tempat ni, sebab setiap kali balik dari Alor Setar exit Jelapang tu..on ur left..mesti nampak bangunan MAPS ni.


The main entrance

So, cuti sekolah baru-baru ni..my SIL mengajak ke sana...sebab katanya cuti sekolah ni Amir tak p mana-mana pun..sebab semua sibuk kerja. Kami pun plan la kan...kalau tak plan tak kan menjadi punya. Consider its a day trip..sebab dekat je tak jauh dr KL..:)  Beli tiket online ajer..senang. Actual price kalau tak salah dalam RM100++ . Saya beli online at Wonderfly.asia..harga tiket masa tu ada promo dalam RM68 for adults and RM58 for kids / senior citizen.
  
On the way tu..kami singgah Tapah bfast kt Pak Tam..makan dulu  kenyang-kenyang..baru boleh berjalan...:)  Pastikan print hard copy yea ur confirmation booking tu...senang tak payah beratur panjang-panjang...walk-in terus ke entrance ada staff tunggu kat pintu dia akan scan booking kita tu..then zasss masuk.  Ramai juga orang masa kami pergi hari tu..sbb last day cuti sekolah kan..ramaila yg pergi sana.



The weather was very hot...so, bawala payung ke...sunglass ke...minum banyak air.  FYI, barang makan dari luar..tak dibenarkan bawa masuk yea..harap maklum. Kt dalam ni, ada je kioks2..boleh beli kt situ. Harga boleh tahan mahal jugak...tapi nak tak nak kenala beli.  Dahaga weeyyy....tak minum camno...? huhuhu






Sampai aje dekat ruang tengah MAPS ni..serius cantik kawasan situ..full of colors.. dan sangat sesuai untuk sesiapa yang suka bergambar or selfie..hehehehe.  Depa deko dinding sudut dengan macam-macam jenis corak, warna pastel yang cantik serta replika-replika yang depa ukir tu memang buat sesiapa yang ada kt sini rambang mata. Rasa macam kalau boleh semua tempat nak bergambar. Mujuqla nak ambil gambar sekarang ni dah tak guna kodak macam dulu..hehehehe. Konsep lebih kurang macam USS...sini tak segrand USS la tapi..:)

Kami berpeluang masuk dan merasa sendiri Boboiboy 4D Adventure Theatre. Memang terbaikkk!! Rasa dah macam kanak-kanak ribena dah masa menonton..even Papa pun seronok. His 1st time la katakan..new experience for him. Memang seronok la sebab terasa macam real pulak bila kerusi bergoyang..ada air sembur-sembur dan terasa ala-ala kena elektrik shock..memang wajib cuba benda ni kalau ke MAPS. Habis je tayangan Boboiboy 4D Adventure Theatre tu masa untuk explore ke tempat lain dan bila keluar dari situ akan melalui Tok Aba Kokotiam. Siapa yang dahaga tu boleh la minum kt sini macam ada mini cafe.





Papa seronok tengok 4D...new experience for him.  Sebelum show start tu..dia boleh plak lena...hehehehe. Orang tua kan penat..dapatla pejam mata dalam 5 minit camtu.


Ini pun merupakan salah satu pertunjukkan aksi secara live yang memang wajib uolls masuk ke dalam Stunt Legends Arena dan tengok sendiri. Rugi bayar duit mahal-mahal tiket kalau tak tengok this show di dalam ni. Dari luar memang kita dah boleh dengar bunyi tayar kereta berdrift. Serius memang terbaik la stunt depa ni..drift, letupan dan macam-macam lagi lah..yg pasti sapa yang tengok ni akan rasa kagum. Serius memang layan persembahan pasukan Stunt Legends ni!!




To those yang tengok show ni...make sure duduk di kerusi atas yeaaa...harap maklum.  Sebab, aksi drift depa ni banyak keluarkan asap...memang sapa yang duduk kt bawah front row tu...hidu asap laaa....huhuhu.  Saya salah seorang dari mereka iteww...addooii... hadapla kann... Papa tak larat nak naik tangga...tinggi nuunnn!!! Hamba redhaaaa...demi Papaku...:)







Bergambar dgn para drivers adalah a MUST!!  


Sebenarnya dari awal masuk dalam MAPS ni..memang tertarik betul dengan space ship ni..mula-mula tu tertanya jugak apala benda ni..apa games yang ada dalam tu? Rupa-rupanya kapal tu ialah restaurant yang diberi nama Starship Restaurant Indoor & Outdoor.

Dalam starship ni sebenarnya ada 3 floors..dan setiap floors menu lain-lain. Saya try 1st floor makan Roasted Chicken. Sedap I tell youu. Kuantiti size pun besar..memang baloi la.. Papa makan Nasi Beriyani..pun sedap ya haamaatt!! Banyak lagi makanan disini yang uolls boleh try mcm lasagna..meal for kids ..semua sedap.



Besar betul restaurant ni...3 tingkat kan..manala tak besar.







Bersebelahan Starsport Retail ni ada satu bilik..saya lupa namanya..tapi kat sini macam-macam gambar 3D dan gambar 4D. Ada tempat biru-biru macam dalam filem Star Wars yang macam gambar ni.. Kat sini pun rasa mcm best nak bergambar sebab memang cantik tempat ni..lain sket dr yg lain.










Patung berkulat berlubang ni...rasa mcm kelakar sebab macam patung ni tengah sebut "Yuhuuuu"!! Hehehehe.







Kat sini jugak ada games yang menguji keberanian, kekuatan kefobiaan untuk uolls semua. Macam, Asteroid Attack, Hyperspin, Space X-Plorers. Bagai nak gugur jantung dibuatnya!! Satu aje tempat yang tak dapat kita kunjung ialah Dream Zone..sebab kawasan ni masih belum dibuka untuk orang awam. Bila? Tak tahulaaa..huhuhu.





Games ni yang sempat saya main..seronok jugak dan terasa mencabar sikit..Dia konsep macam pirate ship tu..tempat duduk boleh berpusing 360 darjah sekali!! Pada mulanya, memang slow motion..lepas tu dia punya pusing boleh kita pening kepala...!! Well, it was fun..just give a try..hehehe.


Can you see me?? Muka cuak weyy..takoott!! Tapi kena try dulu..baru tau takut ke idokk..hehehe.


Sepatutnya lepas naik Space X-Plorers tu nak masuk tengok Smurfs show. Kami cuma terlewat 5 minit sahaja..pintu dah tutup ..huhuhu.  Kami ingat nak tunggu till show habis so that boleh snap gambar dengan kawan-kawan Smurfs.  Bila tengok jadual, depa dah tak keluar dah...depa dah keluar pukul 12.30pm tadi. Emm..masa tu kami tengah tengok drift!! Hehehehe.



Rasanya kami dah cover semua tempat ni..its time to go home.. Papa pun macam dah tak larat dah nak berjalan lagi..moh la kita balik. To those yg nak mai sini..tunggu sat jangan mai lagi...tunggu bila Dream Zone dah officially open.  Kira tak baloila bayaq mahal-mahal and ada certain park yang still close kan.  Rasanya dah tak lama tu..dalam sebulan dua lagi..ataupun lepas raya ni dah terjah sini.  So, apa-apa pun call dulu..or visit their website for more info.


Sebelum balik rumah kami dinner di Man Burger Lava, Sg Buloh. Kedai ni menghimpunkan pelbagai kedai dibawah 1 bumbung..macam-macam menu ada kat kedai ni.  Antaranya, menu burger, meatball, pasta, mee racun, satu, ayam penyet bersarang, jagung cheese...name it got it. Lokasi tempat ni senang je nak cari kat Bandar Baru Sg Buloh, sebelah Shell Station. 





Rasa? Semuanya sedap-sedap...kalau free tu boleh la datang jalan-jalan makan kat sini. Harga pun tak mahal sangat...:) 

Sekian dulu... 

*Tak sabar nak tulis about my recent trip ni...:)

No comments: