Friday, 6 April 2018

Aura Perhentian - Part 1


Salam to all my dear friends and family.

As promised, my story of beautiful places around the magnificient Perhentian Island. Seriously, I am not a fan of snorkeling..The reason is tak sanggup kehangitan di tengah laut yang hangat lit-lit..keh keh keh!! Perhentian ni dah lama saya plan nak pergi. Kagum dengan laut dia yang super cantik membiru turquoise iteww. 

Percutian ni dirancang beberapa bulan jugakla..sebab nak accommodate ramai ahli.  Dalam pada tu..ada juga yang tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..insyaAllah next time kita plan semua k. So, yang join this trip is Kak Ita and Family, Kak Sue and Amie.  Jadila kan..tu pun dah gamat suasana havoc dibuatnya...hehehehe. Sebab dah plan nak ke Perhentian ni, saya search la sikit-sikit apa yang bakal kami lakukan kat sana nanti.  Untuk tak memeningkan kepala kami semua, saya terjumpa dalam IG pakej mampu beli iaitu Perhentianpeople.   So guys, cari kat insta "Perhentianpeople".  Depa layan kita baeekk punya.  Dari mula saya minta negotiate harga...hingga ke hari terakhir kami kt sana...this group tak jemu-jemu layan segala kerenah..segala soalan2 kami semua.   Pakej yang depa offer per pax is RM420..which is to me baloi sangat dah... :)  Apa yg depa offer? Nanti saya cerita k.




Kami bertolak 30 Mac 18, naik Sani Express pukul 10pm dari TBS. Just nice la amek time ni, by the time kami sampai Kuala Besut dah subuh.  Bas kami delay dalam 1/2 jam jugak la malam tu. Sebab traffic nak masuk dalam terminal bas tu sesak..tu yg buat lambat. Tak pernah naik double decker ni.... Ni la 1st time nak merasa naik bas double decker. The journey took us 8-9 hours to reach Kuala Besut.    Kononya nak naik atas bas je terus je nak tidoq..tapi masalahnya tak boleh nak tidoq..sebabnya sejuk mengigil yang amat sangat!! Aircond bas ni bapak sejukk..!!  Pakai jaket/selimut pun tak mampu tak menahan kesejukan dalam bas tu.  




Pastu bas ni berhenti rehap jap ke Perhentian Gambang kalau tak silap.  Time ni rasanya dalam pukul 2 pagi kot..tak ingat dah. Perut tak la rasa lapaq sangat pun..sebab dah dinner sebelum p TBS dan saya kena jaga perut tak mau sangat nak makan makanan yang saya rasa akan spoil mood saya.  Saya minum nescafe tarik ajer.  Tumpang burger Kak Sue aje alas perut sikit..hehehe.



Ni la Bas Sani Express double decker yang sejuk giloss!!  Lebih kurang 8-9 jam perjalan, dalam pukul 6.00am kami sampai dengan selamatnya di terminal bas Besut.  So, kami lepak situ jap ada jugak surau berdekatan untuk solat Subuh.


Travel buddies!!


Kami jalan kaki dari terminal bas hingga ke Jeti Kuala Besut. Jauh tak? Tak la jauh mana pun dalam 10 minit je lebih kurang jalan kaki.  Bila dah ramai-ramai tu jalan sambil borak-borak memang tak terasa apa dah...hehehe.  




 

Rehat kat pekan kecik ni kejap sambil borak, amek gambar, berhenti ke toilet...etc etc..



Kami breakfast kat kedai dekat dgn jeti ni haa..tak ingat nama kedai dia ni.  Harga boleh tahan mahal jugak..terkejut kami. Takperla nak buat macamana kan...bayar ajerla...makan ajerla.  Sementara tunggu Qebab (the agent) datang janji nak jumpa kat jeti dan bagi briefing sikit sebelum masuk pulau.




Roti jala ni sedap...recommended




Tiket bot ke pulau ; RM70 (return).  Weolls naik speedboat ni memang dah sekali dengan pakej. Bot ulang alik masuk ke pulau-pulau ni adalah antara 8 pagi hingga 4 petang.  Ohh ya, jangan lupa, uolls akan dikenakan bayaran caj pemulihan sebanyak RM5 oleh Taman Laut Negara.  To those yang ada student card harga RM2.00 sahaja.









 

Syok giler naik speedboat ni!.. memang adventure! Macam naik roller coaster pon ade... hahaa.. Nasib tak de yang mabuk laut... memang laju dia bawak pastu rasa cam nak terbang bot tu terhempas2 kat air... Melambung-lambung weolls sambil terpercik air laut!! splashhh!!! .. hahaa. Dalam setengah jam kitaorang sampai kat Shari-La island Resort. Untuk sape2 yang mabuk laut, sila prepare ubat tahan mabuk kalau naik boat ni sebab dia punye hentak dengan melambung tu gaya leh muntah dibuatnya!..ubat tu kene makan sebelum naik boat.. hehee 


Pulau Perhentian ni ade dua. Kecik & Besar. Kalau Perhentian Besar ni lebih sesuai untuk yang nak mood percutian yang rileks2, beg tarik style, bilik resort yang mewah & cantik. Lebih sesuai untuk nak datang bercuti dengan family.

Kalau Perhentian Kecik ni lebih sesuai untuk geng2 bekpekers yang adventurous, yang nak cari bilik yang murah & bajet, ada kampung nelayan, tempat yang happening nak lepak2 & ada 'Long Beach' dimana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian.

Kami sampai resort, mujur bilik kami dah siap dah boleh check-in.  By 12pm kami kena keluar...bukan check-out... Tapi to start our adventure pergi hiking!! Yeaa..hiking tengok windmill and to view the superb view of Perhentian!! 

Stay tune for next episode..:) :)


No comments: