Thursday, 28 February 2019

Winter trip_Osaka : Day 5

Salam to all my dear friends and family.


Well, destination for that day is Nara Park and Biwako Valley.  Ke Kyoto lagi kami kali ni. Same situation jugak macam semalam, lambat.  Tak payah cerita further.  Masing-masing dah besar panjang kan dan tahu tanggungjawab masing-masing.  Saya dengan K Su keluar dulu sebab berjanji dengan Kak Ita and family nak jumpa kat di Kuromon Ichiba Market.  Secara ringkasnya market ni menjual seafood dan banyak kedai buah-buahan sepanjang street market ni. Pasar ni sangat luas dan pelbagai makanan dijual disini samada makanan basah yang segar, sayur-sayuran, buah-buahan serta souvenir.






Test makan japanese food...hehehe



Route - Dari Osaka ke Namba St (Kintetsu Line) dan Kintetsunara St. (Kintetsu Line). Sepanjang perjalan dalam train lalu bangunan yang tinggi di Kyoto hinggala sampai ke kawasan kampung di pinggir bandar.  Kita boleh lihat rumah orang Jepun yang padat dan padat.  Bukak tingkap bilik boleh sentuh tingkap bilik rumah sebelah.  Rumah orang Jepun kebanyakkanya tak besar mana, sebab harga tanah kat sana sangat mahal. Sebab tu la depa prefer duduk kat pinggir bandar dan ulang-alik naik train.  Sebab tu jugakla train kat sana memang sentiasa padat dengan penumpang.  Nasib baik sistem train kat Jepun super superb!! 



Kami sampai di Kintetsunara Station dah dekat tengahari kalau tak silap.  Perjalanan dari Osaka ke Kyoto pun dekat sejam.  Nasib baikla seat tak penuh sepanjang perjalanan ke Nara boleh la kami duduk hilangkan penat berdiri.  Bila keluar aje exit station, kami semua zass terus ke 7-E.  Beli roti ke..biskut ke..kopi ke..pape yang patut sebagai bekal.



Dari Nara Station ke Nara Park jarak lebih kurang 1.5 km dan mengambil masa 30 minit berjalan kaki.  Cuaca sejuk..tak rasa sangat jalan kaki dalam 20 minit tu.


Rusa pertama yang menyambut kami.


Dari kejauhan kami dah nampak sekumpulan rusa yang jinak kat tengah jalan yang kerumuni oleh tourist! Jinak sungguh rusa-rusa kat sana.  Ramai jugak yang belikan biskut kering kt small stall tepi jalan ni.  Boleh jugak bagi makan kat rusa-rusa ni.  Muka pun buat muka kesian..bagila makan. Kenyangla rusa-rusa kat sini..ramai tourist bagi makan kat depa.



Rusa ni sebenarnya adalah rusa liar yang dah terbiasa dengan manusia.  Habitat asalnya adalah di hutan di kaki Gunung Wakakusa di mana Nara Park ini terletak.  Semua rusa dewasa di sini sudah dipotong tanduknya..untuk keselamatan semua pihak.


 

Boleh je nak peluk..nak pegang..nak selfie..rusa ni sangat jinak, sampai kita dekat je, depa suka duk sondol-sondol. Boleh dikatakan..memang rusa kat sini berkeliaran je kat bandar Nara ni dan dijadikan ikon untuk bandar ni. 



Rusa yang sporting..boleh ajak selfie lagi...:)



Jom kita pi tempat lain plak...tak jauh dari tempat weolls main rusa tu terletak satu temple yang famous which is Kofukuji Temple.




Bila tengok rusa yang banyak ni, buat saya terfikir mesti rusa-rusa ni happy dapat hidup bebas...ada rezeki tourist bagi makan lagi.. Memang tu adalah yang terbaik untuk haiwan-haiwan..mereka berhak untuk hidup bebas.


Belakang saya ni 5 stories Pagoda


Bertentangan dengan Pagoda ni, is Northern and Southern Octagon Hall. Bangunan belakang saya ni.








Ok dahh..lets go to our next destination which is Biwako Valley.  Dari Nara Park nak ke Biwako Valley dalam sejam lebih almost 2 hours jugakla journeynya. Yes agak jauh jugakla. Pkl 1230pm baru kami bergerak ke sana. By 5pm tempat sana tutup..huhu


Route : Kintetsu Nara Station - Kyoto Station - Tokaido Sanyo Line - Shiga Station.








Kami sampai dalam pukul 2 lebih camtu. Local bas ada setiap 30 - 40 minit sekali. 1st bas pukul 7.38am dan last bas is 5.15pm.  Masa kami sampai sana, kami tunggu dekat 1/2 jam jugak la for the bas.  Sempat jugak solat kat Shiga Station.  Memang kawasan situ tak ramai orang.






Bas ni hantar kami semua ke Biwako Valley..tak lama pun journey dalam 15 minit camtu.  Harga sehala ialah 320 yen.  Sediakan duit secukupnya yea. Bila kami sampai sana..kebanyakannya dah nak balik. Kami sampai agak lewat resort ni pun dah nak tutup.  Mujur ada jugak rezeki kami merasa snow. 


Entrance fee termasuk cable car : 2,500 yen.  Boleh beli kat kaunter kat bangunan belakang Kak Su tu.  Tu pun last trip cable car tau!!  Last trip naik atas ski resort.  Yelaahh..sebab kami kan sampai dah lambat..almost 4pm camtu baru kami naik.  


Suasana dalam cable car.  Just US!! 



Kami sampai atas, putih semua!! Snow turun dengan sangat lebat hari tu!!  Biwako Valley menyambut kedatangan kami yang sudah pastinya teruja nak bermain snow.  Kat sini jugak ada menyediakan kemudahan yang lengkap kepada penggemar aktiviti snow seperti ski, snowboarding, sledging atau just nak main snow.  To those yang nak main ski, boleh sewa peralatan ski cost 5,000 yen. Kami tak mainla..cukup sekadar bermain dalam snow!! 








Pengalaman main snow ni dah cukup mengembirakan kami semua kat sana!!


Heater untuk panaskan tangan-tangan kami yang membeku...keh keh keh. Sesambil tu sempatla kami makan isi perut dengan bekal yang kami bawa dari guesthouse.


Kami ajer yang naik ke atas. Yang lain-lain semua tak naik..depa tunggu lepak kat lobby.



Gonna miss you dear snow..huhu.  I will come back again!! 
Just wait..:)


Atas cadangan kengkawan kami setuju makan di Restoran Ayam Ya di Nakagyo Ward.  Sini ada restoran ramen jepun yang halal. Kalau tak pasti arahnya...sila google map..insyaAllah selamat sampai depan pintu.  Kalau tak ada bantuan google map..susah jugak nak cari tempat ni. Make sure ada internet along the way..senang nak mengoogle. Mujur kami ada pocket wifi..so, takla rasa gelabah.  Restoran ni unik..sebab pakai sistem vending machine.  Masukkan duit dan pilih apa yang kita nak.  Ada bahasa English yea..so, jangan risau. Then, sekeping kupon kecik akan keluar, then bagi kat kaunter. Bila order dah siap, depa akan hantar ke kita.

 

Dah sampai Kyoto ni..kenala makan ramen.  Ni la 1st time saya rasa ramen ni.  Orang kampungla katakan...sbb tula baru nak rasa.  Mula-mula sedap gakla...dah lama-lama dia muak plak..then tak habis...huhuhu.


Dah kenyang...badan pun dah lemau..jom la kita balik.  



Kami gerak dari Kyoto Station almost 11pm.  Just imagine nak balik Osaka ni kami tau dah lewat and last train is at 12am!!  Well, memang kami sampai Osaka 12am sharp!! And guest what...no train at all siap kami kena halau dengan station master tu sebab memang dah close service and how are we going home to our guesthouse? 7km okey!!  That is very far nak berjalan kaki.  Saya dan K Su memang dah tak larat berjalan weyy.. Jauh rasanya kami berjalan hari ni.  


Saya dan K Su dah tak lalu dah nak berjalan lagi.  Summore waktu ni dah lepas 12am++ tak kuasa dah la nak berjalan sejauh 7km untuk balik to our guesthouse.  Mujurla ada 2 orang yang join us. Thanks guys!! Depa pun tak kuasa dah nak berjalan tengah-tengah malam dengan cuaca sejuk.  Tak kisah la bayar lebih sikit naik taxi.  Bukannya bayar seorang..kami share-share 4 orang.  Total fare that day is 2,100 yen / 4 orang = 525 yen each = RM18 camtu sorg.

Alhamdulillah...less than 10 minutes kami selamat sampai guesthouse. Yang lain-lain tu..depa semua sanggup berjalan balik..memang depa kuat sungguh!!  Kami siap mandi, makan, lepak jap kat living room borak, then baru kami masuk tidur.  Yang lain-lain tu sampai dalam pukul 2am lebih kot..2 jam lebih jalan kaki dalam cuaca sejuk!! Haihhhh..kesian la. I really feel sad for them.

Well, ni je secara ringkas yang dapat saya cerita kali ni.  Padahal banyak sebenarnya incident-incident yang berlaku that day.  Cuma dah malas nak cerita kat sini..heh heh heh. Biarlah rahsia...cewaahhh...:) :P :D

Sekian dulu...nanti saya sambung our last day di Osaka.

Tungguu...